Sunday, January 25, 2009

The beach houses at Mornington Beach, Mornington Peninsula, Victoria. Photo is taken by The Official Photographer for Rombongan Cik Yah ke Australia, Encik John.

Saturday, January 24, 2009

British man killed wife over 'single' Facebook status

LONDON (AFP) - A British man who murdered his wife after becoming enraged when she changed her relationship status on Facebook to "single" was jailed for at least 18 years late Thursday.

Edward Richardson, 41, stabbed wife Sarah, 26, to death in a "frenzied and brutal" attack at her parents' home in Biddulph, central England, last May after she altered her profile on the Internet social networking site.

The couple had been living apart since the previous month, said Fiona Cortese, a spokeswoman for the Crown Prosecution Service, which is responsible for prosecuting cases in England and Wales.

"Richardson became enraged when Sarah changed her marital status on Facebook to single and decided to go and see her as she was not responding to his (text) messages," Cortese said.

"He gained entry by breaking the front door window and made his way into the property.

"Once inside, he found Sarah in her bedroom and subjected her to a frenzied and brutal attack with a knife and then attempted to take his own life."

Sarah Richardson's parents Beryl and Alan Boote said they were left "devastated" by her murder after the verdict at Stafford Crown Court, central England.

"We hope that Richardson will be an old man before he's ever allowed out of prison," they said.

Detective Inspector Andy Wall, who worked on the case, added: "She had decided that her marriage to Edward Richardson was over but this was clearly something he could not accept."

(taken here)


WOW! That's horrible!! Pretty scary, huh?!! Sometimes I wonder how stupid people can be at times. Talk about true love and such, given a brain to think, but never know how to use it to think wisely! Everyone's getting crazy nowadays, and the world is not a safe place to live in anymore. How sad.

Friday, January 23, 2009

Went crabbing with some friends last few weeks at Grange Beach jetty. We used frozen pilchard (sardine) combined with chicken carcass as bait. It was a full moon night, where the lights on the jetty were all turned off and the only source of light that we had was only from the moon. A lot of baby crabs were trapped in the net which need to be released to the sea again as they did not meet the requirement of 10cm minimum length.


Look at the baby crabs, how cute! Maybe in real human life, they were like a bunch of kiddie in kindergarten, playing hide and seek, running happily here and there but suddenly got trapped in the net. Poor little baby! So, those baby crabs had safely continue having their own sweet times in the sea after being released from the net.


Preparing the bait before the net is released to the sea. We used a total of 4 net that night, 1 with shrimp paste (belacan) which bring us no luck at all. Maybe local aussie crab didn't like the smell and taste of belacan, eh?

Baby Gummy Shark!! This fella keep on trapping from one net to another, it was too small, not even 1 meter, did not meet the minimum length required, and need to be released to the sea again.

Well it was a great night for us, not until some local dudes went fishing and encountered with a 3ft shark. We waited for a while and continue crabbing, but finally called it a night when the guy next to us 'fighting' for his fishing rod with a 9ft shark! It was entirely our fault, and some others who stubbornly use the strictly restricted bait;the chicken carcass. The worst thing is if you get caught, and issued a summon by the Sea/Jetty Inspector, you have to pay a large amount of money which obviously worth zillion times more than the total of crabs you manage to get.

Some of the hasil tangkapan, after almost 4 hours spent on the jetty. 8 crabs in total, so masak lemak cili api it is! It was super fun and exciting with the great company that night, something that I would tremendously miss when I left Adelaide for good, one day.

Tuesday, January 13, 2009

Ada seorang kawan yang saya rindu amat menyambut ulangtahun kelahirannya beberapa hari yang lalu. Memang saya nak ucap melalui panggilan telefon ataupun kiriman sms, tapi hati masih terluka dek penipuan dia hingga maruah saya tercarik luka. Saya mahu jadi orang pertama tepat jam 12 ucap selamat bahagia gembira buat dia, tapi kalau saya panjatkan doa pada Tuhan saja pun, kira cukuplah kan?

Dia tak perlu tau pun saya mendoakan dia dari jauh.
Dia tak perlu tau pun saya rindukan dia.
Dia tak perlu tau pun dia masih kawan saya.
Dia tak perlu tau pun saya masih sayangkan dia.
Dia cuma perlu tau untuk tidak menikam belakang kawan.
Dia cuma perlu tau untuk tidak meletakkan maruah kawan di bawah tapak kakinya
Dan dia cuma perlu tau untuk belajar bercakap jujur.
Itu saja.

Monday, January 12, 2009

Maaflah kawan-kawan. Nak kawan dengan kami ni hati kena kental. Jiwa kena kuat. Kalau cuit sikit dah menangis meratap nasib diri, lupakan je la niat nak jadi kawan kami. Kami memang kejam, tapi takde pulak sampai tahap sekejam zionis. Mulut laser menikam laksana halilintar memanah bumi dah memang trademark kami. Gurauan kasar lebih kasar dari permukaan jalan berturap tar memang aktiviti harian kami.

Kalau setakat mengungkit titisan air mata menaiki bas di laluan o-bahn lapan kali sehari, dengan nama panggilan kekal seumur hidup sebagai datin jangok kerana memakai rantai tiga lapis ke majlis rumah terbuka hari raya, membangkitkan isu arm rest dek kerana perut buncit mengalahkan ibu mengandung, isu katil tinggi sebelah senior junior, digoda menggoda pakcik pemandu bas dan kanak-kanak di bawah umur laksana pedophile, dan hanya sekadar itu anda rasa mahu mengadu satu semesta, maka lupakan hasrat untuk menjadi kawan kami.

Jangan pula rasa aneh bila kami saling menikam secara langsung tapi tidak pula ada yang berbunuh sesama sendiri. Kami memang begini. Jadi maaf jika anda sering tidak diajak ke sana-sini, kami tidak berkongsi juadah istimewa popia masin rentung, bihun goreng hangus, ayam masak merah halia habis serai kering kontang, kari kambing campur lembu. Kami bahagia begini dan akan terus begini. Anda tidak terpilih bersama kami mungkin kerana anda manusia aneh keluarga alien. Jadi maafkan kami dan teruskan kehidupan anda yang tak bermakna macam kami ni.

Thursday, January 08, 2009

Kepada pihak yang berkenaan,

Jangan ingat aku duduk sini goyang kaki boleh buat bodoh je bila dengar Ayah sakit. Korang tak tau situasi aku kat sini jangan simply nak pikir yang bukan-bukan. Korang ingat hati aku tenang ke bila Ayah asyik keluar masuk CCU, di bawah pengawasan doktor 24/7? Ingat aku boleh bergelak ketawa senang hati ke bila keadaan jadi worst macam ni dan aku hanya boleh menangis berdoa dari jauh? Korang ingat boleh ke sekelip mata aku muncul je terus jejak kaki depan Ayah? Ada pulak kan duit nak turun dari langit terus bertukar jadi tiket kapal terbang bagi aku balik sekelip mata? Korang paham ke apa yang aku rasa sekarang ni?

Ayah tu dah sakit tunggu masa je nak pergi, boleh lagi kan korang ikut kepala otak korang je? Payah sangat ke nak turun berjemaah kat surau? Tak payah cakap jemaah la kan, setakat nak bangun Subuh pun nak kena kejutkan jugak? Maghrib agaknya kat mana korang solat ye? Ayah dah sakit camtu, takkan Ayah jugak nak kena kejut korang bangun solat pagi-pagi? Ayah sendiri pun terketar-ketar nak turun tangga pi solat kat surau, ada ke korang nak pimpin tangan dia?

Aku memang kecewa gila dengan sikap korang sekarang ni. Korang tau tak apa ayat pertama yang keluar dari mulut Ayah bila dia sedar kat CCU hari tu? Dia cakap yang dia sedih anak-anak lelaki dia tak nak solat jemaah dekat surau, dia sedih anak perempuan dia payah nak bangun solat Subuh, even dia dah kejut bersungguh-sungguh. Korang pernah pikir tak perasaan dia?

Sekarang ni dalam keadaan dia kritikal pun, ada korang peduli ke nak ambik hati dia? Nak bagi hati dia tenang sikit? Payah sangat ke korang nak solat jemaah? Kalau korang boleh habiskan masa dengan duduk depan komputer dua tiga jam sehari, bergayut layan kekasih kat telefon, berbalas sms, payah sangat ke habiskan 15 minit sehari berjemaah kat surau, atau bangun solat Subuh sendiri, tak payah dikejutkan?

Aku rasa korang memang nak sangat tengok Ayah mati kot. Lepas tu dah takde sape yang akan bebel dekat korang kan? Dah takde sape nak bising korang lengahkan waktu solat, yang kacau mimpi indah korang tiap-tiap hari kejutkan solat Subuh? Itu yang korang nak agaknya.

Camni je la. Aku cadangkan, buat masa ni, korang berambus je la dari rumah tu. Tak payah balik rumah lagi bagus. Korang pun ada je tempat korang boleh tidur kan? Lagi bagus kalau buat masa ni, korang takde depan mata Ayah, takde tambah beban orang tua tu nak pikir pasal solat korang. Nanti esok lusa Ayah dah mati, dah selamat kebumi, time tu korang pun dah bebas, takde sape nak bising kat korang, korang boleh la balik rumah, dan teruskan ape yang korang suka buat. Tak nak solat ke, nak tunggang terbalik ke, lantak korang la. Korang bukan peduli pun Ayah tu ade ke tak kan?

Aku memang kecewa sangat dengan perangai korang. Kalau apa-apa jadi dekat Ayah dalam masa terdekat ni, aku memang salahkan korang sepenuhnya, dan aku takkan maafkan korang sampai bila-bila. Korang tanggung sendiri la dosa kat Ayah sampai korang mati esok. Aku harap Allah akan bagi balasan yang seadilnya kat korang atas layanan buruk korang kat Ayah selama ni.

Tuesday, January 06, 2009

Orang tercinta sudah pulang ke tanahair meninggalkan diriku dalam kesangapan terlampau. Singkat sungguh masa 17 hari bergembira bersama. Sedang cuba menyusun kembali kehidupan dan seterusnya memulakan misi mencari kerja. Semoga semua yang terbaik menanti sepanjang 2009, meninggalkan segala luka pedih 2008. Akan gigih menulis selepas hilang segala kesibukan. Doakan yang terbaik, ya?