Wednesday, September 02, 2009

Kalau la awak rasa seronok jadi saya kan, awak nak tak kalau Tuhan bagi awak dapat penyakit kencing manis pada usia 27 tahun? Pastu doktor ambik darah selang sejam untuk buat segala mak nenek ujian, belum kira lagi berapa gelas air gula awak kena minum, kena pi toilet pulak untuk ambik sampel air kencing, pun selang sejam jugak? Seronok tak awak rasa bila lengan awak ni asyik kena cucuk je untuk ambik darah? Hospital tu dah jadi macam rumah kedua awak, paling kurang pun dua minggu sekali awak kena menghadap muka doktor dari pagi sampailah ke malam.

Kalau la awak rasa seronok jadi saya kan, awak nak tak kalau Tuhan bagi awak sakit pinggang sampaikan awak kena berjalan merangkak dalam rumah? Jangan ceritalah nak pergi berjalan sini sana, nak tawaf shopping complex sampai tujuh pusingan, memang kena lupakan semua tu. Lagi best awak tak bebas duduk, tak bebas baring, badan awak sengal-sengal, ngilu, pedih sepanjang masa. Nak tidur malam pun seksa, tak boleh pusing kiri sikit, kanan sikit, nak senget badan pun payah. Seronok tak awak rasa bila awak terbaring kaku je macam robot, merenung siling dan memandang keliling tapi awak tak mampu nak buat apa-apa?

Kalau la awak rasa seronok jadi saya kan, awak nak tak kalau Tuhan bagi awak sakit perut sampaikan rasa macam nak meletup setiap kali awak makan? Awak akan termengah-mengah menarik nafas, dan rasa sesak yang sangat menyakitkan, tapi awak tak berdaya melakukan apapun selain mengusap perlahan perut awak yang tiba-tiba membuncit membusung? Bukan setakat seminit dua, selepas makan sejam dua pun, perut awak tetap terus meragam. Seronok tak awak rasa lepas enak menikmati makanan, awak menanggung seksa derita?

Sebenarnya kan, tak seronok pun jadi saya ni, penuh dengan segala penyakit yang muncul secara tiba-tiba satu persatu yang tak mudah nak dihapuskan begitu saja. Jadi jangan tanya kenapa saya masih tak cari kerja, kenapa saya masih bersenang lenang duduk rumah, kenapa saya tak gunakan kelulusan yang saya ada, kenapa itu, kenapa ini.

Jangan tanya kenapa, sebab saya pun tak tahu apa jawapannya. Kalau awak nak, awak tanyalah Tuhan, kenapa Dia bagi saya semua ni? Saya tak nak tanya sebab saya tahu, ini kifarah dosa saya yang lalu, dan ini cuma sedikit saya diduga dibandingkan balasan yang mungkin saya akan terima di alam sana kelak. Jadi, untuk itu saya redha, sebab saya masih punya Mak, Ayah dan Sang Kekasih yang sangat memahami, dan turut sama redha macam saya.

Tolong ya, berhenti tanya saya "KENAPA?".

Tuesday, September 01, 2009

Ini memang kena tulis untuk rujukan di masa hadapan, terutamanya bila dah kehabisan idea nak bahan cik Baby. Tatau la apa masalah kanak-kanak berumur 11 tahun ni, asyik salah cakap je. Dah la gila konfiden dia betul, memang selalu buat orang guling-guling gelakkan dia. Muka tak bersalah pulak tu.

Kesalahan Pertama
Masa ni baru lepas makan sahur, pastu suruh Baby pi letak pinggan dia makan dalam sinki. Sekali dia nak pi dapur tu, ada pulak lipas muncul secara misteri. Terus dia tak jadi meneruskan misi meletak pinggan, timbul pulak cerita ni.

Adoila.. boleh pulak dia silap dok ingat perkataan yang betul BERENDA. Kami dok confuse pasal ada ke lipas badan dia berenda, pasepa pulak nak kena tunggu kan. Rupanya dia nak tunggu lipas tu pergi baru la dia nak pi letak pinggan dia kat sinki. Bukan main konfiden lagi cik Baby ni. Nasib baik Mak yang tangkap apa maksud sebenar cik Baby ni cakap. Kalau tak, mesti terus confuse je cari maksud BERENDA tu. Haih.


Kesalahan Kedua
Ni pulak jadi masa kami dok tengok CSI beramai-ramai semalam. Ada satu part tu, tengah post mortem satu mayat ni, yang agak menjijikkan jugak la pasal tunjuk segala isi dalam perut dia semua. Sekali cik Baby menyampuk tetiba, tak pasal-pasal je kena gelak pastu.

Dah besar panjang pun tak reti sebut cacing kerawit betul-betul. Dia dok ingat KEREWET tu betul sangat la. Terus cik Baby kena bahan secara berjemaah. Nampaknya lepas ni, lagi banyak la kesalahan beliau akan direkodkan untuk rujukan masa hadapan. Kesian jadi anak bongsu ni, mangsa bulian pelbagai pihak. Hehe.