Friday, June 24, 2011

The (Weird) Dream

I used to fancy your husband by looking at the way he treated your kid. You were lucky enough to marry such a wonderful husband. Your husband treated me nice, so did you. I quickly built a wall all around me so there won't be any access to my heart. There was nothing happened and you still live happily with your little family. Last night, I dreamt of you. You asked me to marry your husband. He has fallen in love with me for years. I did not give any answer. It's weird, really weird. I wake up this morning with a big relief and thanking God that it is just a dream. 

Wednesday, June 08, 2011

Friday, June 03, 2011

My Hellboy Daddy

@Emergency ICU, HUKM on 22 April 2011



It was a very sad day for all of us, but we managed to laugh it away. After 6 weeks, it was supposed to be taken off today, but after the awful incident, Ayah fell 3 times and somehow, needed to be put on the hellboy mode once again. We shall wait until next Monday as the doctor needs to do some x-ray, and hopefully, he can be free and quit his superhero job, insyaAllah.

Wednesday, May 25, 2011

Budak Kenit Sudah Membesar!!!


@Bilik Aunty, tempat kegemaran di rumah Opah

1. Nasyran Al-Fath dah boleh jalan sendiri, sangat laju dia melangkah, kadang-kadang macam nak berlari je. Secara rasminya berjalan pada usia 1 tahun 5 bulan (corrected age: 1 tahun 4 bulan). Lambat berbanding rakan-rakan sebaya, tapi bersyukur saja atas kurnia-Nya. Alhamdulillah.

2. Tumbuh 2 batang gigi bawah, selang beberapa hari, tumbuh pulak 2 batang gigi atas. 4 batang gigi serentak pada usia 1 tahun 4 bulan. Sama seperti di atas, kami panjatkan kesyukuran kerana tak perlu lagi dia meraung diambil darah untuk diuji di makmal hanya kerana gigi lambat tumbuh. Alhamdulillah.

3. Tidak perlu lagi ke hospital untuk pemeriksaan lanjut selepas doktor mengesahkan perkembangan fizikal dan mental si borderline premature baby kami ini, adalah normal seperti kanak-kanak seusia. Maka, 23 Mei 2011 adalah temujanji terakhir kami di hospital dan insyaAllah, harapnya Nasyran Al-Fath terus dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Alhamdulillah.

4. Pada usia 1 tahun 5 bulan, berketinggian 73cm, berat 8.1kg, agak kecil berbanding kanak-kanak lain, nyatanya memang acuan Daddy, jadi kami terima saja dengan hati yang redha. Alhamdulillah.

5. Akan berusia 18 bulan dalam tempoh 2 minggu lagi, mendapatkan imunisasi terakhir dan harapnya, semua akan baik-baik saja. Semoga si kecil kesayangan kami ini akan terus membesar sempurna, insyaAllah menjadi seorang yang bertakwa dan berguna kepada semua. Terima kasih Tuhan, kerana mengamanahkan satu nyawa ini untuk kami didik dan sayangi hingga ke hujung nyawa. Alhamdulillah.

Friday, April 08, 2011

Jawab Soalan Betul, Main Free!

Semalam masa aku sampai je kat cc, tengok bos sukasukalensa.net sibuk dok main soal jawab dengan bebudak ni. Hadiah yang ditawarkan adalah boleh main game free selama setengah jam ataupun sejam. Rata-rata yang join, budak yang dah sekolah menengah la. Ni antara soalan yang ditanya beserta jawapan terlebih konfiden yang diterima.


Q1:
Q: Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang  ke-4?

A: Najib

Q2:
Q: Siapakah Timbalan Perdana Menteri sekarang?
A: Anwar Ibrahim

Q3:
Q: Kumpulan Bunkface berasal dari mana?
A: Indonesia

Q4:
Q: Siapakah yang mengeluarkan Iphone?
A: Game SEGA

Q5:
Q: Apakah ibu negeri Selangor?
A: Langkawi

Q6:
Q: Messi main untuk negara mana?
A: Indonesia

Q7:
S: Camne sebut skateboard dalam bahasa kelantan?

J: Skibut

Q8:
S: Dari daerah manakah Siti Nurhaliza berasal?

J: Jengka

Q9:
S: Apakah bandar diraja negeri Perak?

J: Ipoh

Q10:
S: Apakah nama penuh Noh kumpulan Hujan?

J: Sixth Sense

Rasanya macam tanya common questions je, tapi jawapan yang diorang bagi, Subhanallah, memang cukup bijak. Dah la sangat-sangat konfiden bila jawab, semua muka tak sabar nak main free je. Adoyai.

Thursday, April 07, 2011

Ashu Belum Masuk Form 1, la!

Ashu: Baby ni kira kanak-kanak ribena lagi la, sebab belum masuk Form 1.
Kakak: Belum masuk Form 1? Bukan sekarang Baby dah Form 1 ke?
Ashu: Ye la, birthday Baby kan lambat lagi, so Baby belum Form 1 la lagi.
Kakak: Baby kan memang dah Form 1. Cuma belum  masuk 13 tahun, kan?
Ashu: Eh, ye la. Tu la maksud Baby. Belum masuk 13 tahun lagi.
Kakak: Hahahahahahaha. Kakak nak tulis dalam blog nanti!
Ashu: Jahatnya Kakak ni! Baby salah cakap la.

Wednesday, April 06, 2011

Wednesday, March 30, 2011

Wednesday, March 09, 2011

Tuesday, March 08, 2011

Assalamualaikum, kak.. nama aku Iwan!


Ini Iwan. Seorang yang dianugerahkan keistimewaan oleh Tuhan. Ayah Iwan hantar dia ke sekolah khas yang berasrama kat Melaka. Setiap kali cuti sekolah, Iwan akan balik rumah dan menjadi pengunjung setia cc sukasukalensa.net.

Setiap kali datang cc, Iwan akan salam dan sapa aku. Bagus budaknya, walaupun sangat istimewa, dia tahu hormatkan orang yang lebih tua. Tapi, Iwan selalu jadi mangsa buli budak-budak lain yang hidup normal tapi perangai macam lahanat. Bila Iwan mengadu je dia dibuli, habis semua budak-budak tu aku hamun, mencicit lari selamatkan diri.

Kak, aku ada lima posen kecik dua. Boleh tak aku nak main PC satu-tiga?

Kak, aku nak main PC satu-sembilan! Ni aku bagi lima posen besar dua. Kau tambah la sikit lagi, aku nak tengok Do Re Mi ni!

Kak, malam ni kau bukak cc tak? Kau jangan lambat, nanti ramai budak tunggu ni. Aku nak main game pukul orang.

Kak, tadi ada budak tu nak pukul aku. Dia ada bawak kayu. Macam mana aku nak balik rumah ni? Kau tolong pergi marah dia. 

Kak, budak kecik ni anak kau ke? Kau kahwin dengan siapa?

Bila Iwan cakap lima posen kecik, maksudnya duit 20sen. Lima posen besar maksudnya duit 50sen. PC satu-tiga, maksudnya PC 13, dan PC satu-sembilan, maksudnya PC19. Siapa je pekerja yang tolong jaga CC, memang dah faham sangat apa yang Iwan maksudkan. 

Kalau kami terlewat bukak cc ni, tak kira siang atau malam, dia akan datang ketuk pintu rumah. Kelakarnya si Iwan ni, dengan Mak aku pun dia ber'aku-kau'. Tak tahu nak gunakan perkataan yang lebih sesuai, agaknya. 

Ada sekali tu, dia datang bawak duit syiling yang sangat banyak, letak dalam cawan plastik. Terus aku ambil pindahkan dalam plastik, ikat dengan getah dan suruh Iwan simpan dalam poket. Siap aku bagi peringatan jangan bagi duit dia dekat sesiapa pun yang cuba mintak. Terus dia pulak bagi amaran kat semua budak yang ada dalam cc hari tu, jangan berani-berani nak mintak duit dia. Alahai, Iwan..

Nanti cuti sekolah akan datang, mesti Iwan akan muncul balik kat cc ni. Lagi meriah la budak-budak ni dok menyakat dia, dan aku pulak makin galak bertempik nak selamatkan Iwan dari jadi mangsa. Apapun aku harap, Allah akan sentiasa lindungi anak-anak istimewa macam Iwan ni, dan masih ada tempat untuk diorang terus hidup di bumi Allah ni, InsyaAllah.

Wednesday, March 02, 2011

Thursday, January 27, 2011

Hari Menjadi 1


Kejap je rasanya, dah setahun umur si kenit ni. Makin bijak dan banyak akal. Belum ada gigi walaupun sebatang dan belum berjalan. Rasanya nanti dia terus berlari je, tak pun shuffle je terus. Haha. Takde official celebration, ni pun saja kumpul satu family, makan-makan dan potong kek sebab semua kaum kerabat insist suruh jugak celebrate, tangkap gambar, buat kenang-kenangan.Ni pun kami celebrate lewat 4 hari dari birthday Nasyran, tapi tak kisah la, kan? Siap Opah sponsor kek, Cik Epah sponsor KFC lagi. Baju yang Nasyran pakai tu pun, Opah hadiahkan. Murah rezeki Nasyran.

Ni first time Atuk datang rumah Nasyran, semangat siapkan Atuk letak atas wheelchair, tolak masuk rumah terus dengan wheelchair, mudah dan selesa untuk Atuk makan. Nasyran selalu ikut Mummy jaga CC, siap ada peminat setia kat CC ni, tu yang ada hadiah dari Kak Norish & Abang Firdaus. Pantang je nampak Nasyran, masing-masing berebut nak kerumun, nak dukung. Diorang selalu gaduh nak bagi hadiah paling besar untuk Nasyran, paling tak tahan Abang Firdaus kata nak bagi hadiah sebesar bumi. Adoi la, tak terbayang macam mana punya besar la hadiah tu, kan?

Mummy & Daddy bawak Nasyran ke Melaka Wonderland dengan family Daddy. Nasyran happy sangat. Balik tu kita ke Wangsa Maju pulak, potong kek dengan Abang Farhan, sama-sama December babies ni. Harapnya tahun depan kita masih dipanjangkan umur, dapat meraikan ulangtahun Nasyran sama-sama. InsyaAllah.