Tuesday, October 28, 2008


Happy Birthday, Bro!

Terima kasih kerana masih setia teguh berdiri memberi sokongan tanpa henti dalam apa jua keadaan tanpa rungutan atau makian kau tetap terbaik tiada tandingan segala jasa dan pertolongan sentiasa kukuh dalam ingatan..

No matter what happen in the near future, you know I love you, don't you?

NoteToMyself: Happy Birthday to Acik Ila, Abang Juan and Newborn Baby Kak Nani.

Sunday, October 26, 2008

Pada hari Ahad lebih kurang tiga minggu yang lalu, saya telah mengikuti rombongan ke Barossa Valley anjuran International Student Centre di universiti saya. Dalam rangka lawatan itu, kami telah dibawa melawat ke tiga buah kawasan pemprosesan wine, termasuklah sebuah kawasan yang dinamakan Château Tanunda yang merupakan sebuah Château yang tertua dan terbesar di Australia. Château ini telah dibina pada tahun 1890 yang menjadi ikon pada Barossa Valley.


Ketika berkunjung ke sini, kami telah ditawarkan untuk mencuba wine secara percuma, tetapi memandangkan 90% dari ahli rombongan kami beragama Islam, kami hanya mengadakan sesi bergambar secara berjemaah. Seperti yang tertera dalam gambar di bawah, bangunan dua tingkat berwarna pink ini merupakan bangunan utama di Château Tanunda.


Untuk makluman pembaca, South Australia, terutamanya Barossa Valley merupakan kawasan pengeluar wine terbaik di Australia dan antara yang terbaik di dunia. Tidak hairanlah jika terdapat beribu pusat pengeluaran wine di sini. Proses penapaian wine biasanya dilakukan di dalam sebuah alat yang dikenali sebagai traditional wooden open ferments yang dapat memuatkan sehingga 3 tan wine dalam satu masa. Gambar di bawah ini menunjukkan saiz mini bagi alat tersebut.


Bangunan di bawah ini juga merupakan sebahagian dari kawasan yang terlibat dalam urusan pemprosesan, pentadbiran dan penjualan produk di Château Tanunda. Sekiranya berkunjung ke sini, wine akan dapat dibeli pada kadar harga lebih murah berbanding harga pasaran. Perlu diingatkan kepada pembaca yang beragama Islam, urusan jual-beli wine adalah HARAM di sisi agama, walaupun sekadar untuk menghadiahkan kepada mereka yang bukan beragama Islam.

Lawatan saya diteruskan ke beberapa buah tempat yang menarik seperti The Big Rocking Horse, Menglers Hill Lookout, Whispering Wall dan Angas Park Fruits Laporan bergambar seterusnya akan disiarkan selepas tamat peperiksaan akhir nanti. Sampai jumpa lagi ya?

Saturday, October 25, 2008

Hai kawan-kawan! Hari ini saya akan membawa anda semua melawat rumah saya. Gambar yang tertera di bawah ini adalah pandangan rumah saya dari sudut sisi sebelah kiri. Seperti yang kawan-kawan dapat lihat di dalam gambar ini, terdapat sebuah bilik utama di bahagian kiri dan sebuah bilik di bahagian kanan. Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, bilik di bahagian kanan itu asalnya adalah kawasan ruang tamu yang berpintu kaca, tetapi telah diubahsuai menjadi sebuah bilik yang memuatkan dua orang di dalamnya.


Pandangan dari sudut kanan pula, tertera nombor rumah saya dengan jelasnya. Rumah saya merupakan rumah kedua dari jalan utama. Dalam gambar di bawah, kawan-kawan dapat melihat pintu masuk ke rumah saya yang dipasang jeriji besi berwarna putih di hadapannya. Kebiasaannya, saya menggunakan pintu hadapan ini hanya untuk tetamu yang datang berkunjung, saya pula akan menggunakan pintu di belakang rumah untuk keluar masuk.


Sekarang kita beralih ke bahagian kanan rumah ini. Terdapat pagar kayu yang perlu kawan-kawan lalui untuk masuk ke bahagian belakang rumah ini. Jika kawan-kawan memandu kereta sendiri, sila buka pagar kayu ini untuk meletakkan kenderaan di dalam garaj yang tersedia di belakang rumah saya.


Sebaik sahaja melepasi pagar kayu, kawan-kawan dapat melihat sebuah rumah kecil berpintu hijau. Itu bukan rumah tumpangan ye kawan-kawan, itu adalah garaj yang mampu memuatkan empat buah kereta dalam satu masa. Garaj ini juga dikenali sebagai bilik kurungan yang menjadi bahan ugutan ke atas kanak-kanak nakal yang berkunjung ke rumah ini. Setakat ini, tiada sebarang hidupan pernah tinggal atau sengaja ditinggalkan di dalam garaj ini.


Sekarang tibalah kita di pintu keluar masuk di bahagian belakang rumah. Di sudut kanan di atas pintu ini, kawan-kawan dapat melihat lampu pengesan objek melintas. Sekiranya terdapat sebarang pergerakan objek dalam keadaan gelap, lampu ini akan bersinar dengan terang-benderang. Jika kawan-kawan cuba hendak membuat kejutan dengan kedatangan mengejut di waktu malam, tindakan kawan-kawan pasti akan berakhir dengan kegagalan kerana pastinya kawan-kawan akan kantoi secara terang-terangan.


Owh, lupa pula saya hendak memberitahu tadi. Rumah saya ini terletak berhampiran dengan lapangan terbang, kurang dari sepuluh minit berjalan kaki. Tapi kalau kawan-kawan jalan berlenggang kangkung Mak Limah, belum tentu lagi boleh sampai dalam masa setengah jam. Setiap hari telinga saya akan dihidangkan dengan bunyi kapal terbang yang ingin mendarat. Malah, saya dapat melihat dengan jelas tingkap kapal terbang tersebut semasa ia berada di udara. Saya tak dapat menunjukkan dengan lebih jelas kepada kawan-kawan kerana saya hanya menggunakan kamera telefon bimbit sahaja.


Sekian sahaja kisah mengenai rumah saya. Sekiranya kawan-kawan bercadang mahu berkunjung ke rumah saya, sila maklumkan terlebih dahulu, supaya saya dapat menyediakan hidangan yang enak. Jika tidak, sila bawa sendiri makanan untuk kawan-kawan dan juga ahli rumah ini yang sentiasa dalam keadaan kelaparan. Dengan ini, saya mengalu-alukan kedatangan kawan-kawan dan saya pastinya sentiasa bersedia menerima kunjungan tetamu. Sampai jumpa lagi kawan-kawan. Tata. Titi. Tutu.
Pernah tak terfikir kalau jauh beribu batu dari tanahair sendiri, tiba-tiba dimaklumkan kondisi orang tersayang berada di tahap kritikal, tapi sedar yang bukan mudah untuk pulang berada di sisinya dalam sekelip mata? Haih. Tuhan, buat yang terbaik ye untuk saya, untuk semuanya? Saya penat nak nangis dah. Bantu saya ye?

Banyak sangat perkara menggembirakan saya nak kongsi, tapi macam takut kalau terlebih gembira, entah apa pulak yang jadi nanti. Macam kelakar la bila jadi camni. Tapi takpela, saya nak bertenang sikit, dan bila semuanya pulih, saya akan kembali ceria seperti selalu. Err.. tolong beri ruang sikit, boleh? Terima kasih :)