Tuesday, October 28, 2008


Happy Birthday, Bro!

Terima kasih kerana masih setia teguh berdiri memberi sokongan tanpa henti dalam apa jua keadaan tanpa rungutan atau makian kau tetap terbaik tiada tandingan segala jasa dan pertolongan sentiasa kukuh dalam ingatan..

No matter what happen in the near future, you know I love you, don't you?

NoteToMyself: Happy Birthday to Acik Ila, Abang Juan and Newborn Baby Kak Nani.

Sunday, October 26, 2008

Pada hari Ahad lebih kurang tiga minggu yang lalu, saya telah mengikuti rombongan ke Barossa Valley anjuran International Student Centre di universiti saya. Dalam rangka lawatan itu, kami telah dibawa melawat ke tiga buah kawasan pemprosesan wine, termasuklah sebuah kawasan yang dinamakan Château Tanunda yang merupakan sebuah Château yang tertua dan terbesar di Australia. Château ini telah dibina pada tahun 1890 yang menjadi ikon pada Barossa Valley.


Ketika berkunjung ke sini, kami telah ditawarkan untuk mencuba wine secara percuma, tetapi memandangkan 90% dari ahli rombongan kami beragama Islam, kami hanya mengadakan sesi bergambar secara berjemaah. Seperti yang tertera dalam gambar di bawah, bangunan dua tingkat berwarna pink ini merupakan bangunan utama di Château Tanunda.


Untuk makluman pembaca, South Australia, terutamanya Barossa Valley merupakan kawasan pengeluar wine terbaik di Australia dan antara yang terbaik di dunia. Tidak hairanlah jika terdapat beribu pusat pengeluaran wine di sini. Proses penapaian wine biasanya dilakukan di dalam sebuah alat yang dikenali sebagai traditional wooden open ferments yang dapat memuatkan sehingga 3 tan wine dalam satu masa. Gambar di bawah ini menunjukkan saiz mini bagi alat tersebut.


Bangunan di bawah ini juga merupakan sebahagian dari kawasan yang terlibat dalam urusan pemprosesan, pentadbiran dan penjualan produk di Château Tanunda. Sekiranya berkunjung ke sini, wine akan dapat dibeli pada kadar harga lebih murah berbanding harga pasaran. Perlu diingatkan kepada pembaca yang beragama Islam, urusan jual-beli wine adalah HARAM di sisi agama, walaupun sekadar untuk menghadiahkan kepada mereka yang bukan beragama Islam.

Lawatan saya diteruskan ke beberapa buah tempat yang menarik seperti The Big Rocking Horse, Menglers Hill Lookout, Whispering Wall dan Angas Park Fruits Laporan bergambar seterusnya akan disiarkan selepas tamat peperiksaan akhir nanti. Sampai jumpa lagi ya?

Saturday, October 25, 2008

Hai kawan-kawan! Hari ini saya akan membawa anda semua melawat rumah saya. Gambar yang tertera di bawah ini adalah pandangan rumah saya dari sudut sisi sebelah kiri. Seperti yang kawan-kawan dapat lihat di dalam gambar ini, terdapat sebuah bilik utama di bahagian kiri dan sebuah bilik di bahagian kanan. Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, bilik di bahagian kanan itu asalnya adalah kawasan ruang tamu yang berpintu kaca, tetapi telah diubahsuai menjadi sebuah bilik yang memuatkan dua orang di dalamnya.


Pandangan dari sudut kanan pula, tertera nombor rumah saya dengan jelasnya. Rumah saya merupakan rumah kedua dari jalan utama. Dalam gambar di bawah, kawan-kawan dapat melihat pintu masuk ke rumah saya yang dipasang jeriji besi berwarna putih di hadapannya. Kebiasaannya, saya menggunakan pintu hadapan ini hanya untuk tetamu yang datang berkunjung, saya pula akan menggunakan pintu di belakang rumah untuk keluar masuk.


Sekarang kita beralih ke bahagian kanan rumah ini. Terdapat pagar kayu yang perlu kawan-kawan lalui untuk masuk ke bahagian belakang rumah ini. Jika kawan-kawan memandu kereta sendiri, sila buka pagar kayu ini untuk meletakkan kenderaan di dalam garaj yang tersedia di belakang rumah saya.


Sebaik sahaja melepasi pagar kayu, kawan-kawan dapat melihat sebuah rumah kecil berpintu hijau. Itu bukan rumah tumpangan ye kawan-kawan, itu adalah garaj yang mampu memuatkan empat buah kereta dalam satu masa. Garaj ini juga dikenali sebagai bilik kurungan yang menjadi bahan ugutan ke atas kanak-kanak nakal yang berkunjung ke rumah ini. Setakat ini, tiada sebarang hidupan pernah tinggal atau sengaja ditinggalkan di dalam garaj ini.


Sekarang tibalah kita di pintu keluar masuk di bahagian belakang rumah. Di sudut kanan di atas pintu ini, kawan-kawan dapat melihat lampu pengesan objek melintas. Sekiranya terdapat sebarang pergerakan objek dalam keadaan gelap, lampu ini akan bersinar dengan terang-benderang. Jika kawan-kawan cuba hendak membuat kejutan dengan kedatangan mengejut di waktu malam, tindakan kawan-kawan pasti akan berakhir dengan kegagalan kerana pastinya kawan-kawan akan kantoi secara terang-terangan.


Owh, lupa pula saya hendak memberitahu tadi. Rumah saya ini terletak berhampiran dengan lapangan terbang, kurang dari sepuluh minit berjalan kaki. Tapi kalau kawan-kawan jalan berlenggang kangkung Mak Limah, belum tentu lagi boleh sampai dalam masa setengah jam. Setiap hari telinga saya akan dihidangkan dengan bunyi kapal terbang yang ingin mendarat. Malah, saya dapat melihat dengan jelas tingkap kapal terbang tersebut semasa ia berada di udara. Saya tak dapat menunjukkan dengan lebih jelas kepada kawan-kawan kerana saya hanya menggunakan kamera telefon bimbit sahaja.


Sekian sahaja kisah mengenai rumah saya. Sekiranya kawan-kawan bercadang mahu berkunjung ke rumah saya, sila maklumkan terlebih dahulu, supaya saya dapat menyediakan hidangan yang enak. Jika tidak, sila bawa sendiri makanan untuk kawan-kawan dan juga ahli rumah ini yang sentiasa dalam keadaan kelaparan. Dengan ini, saya mengalu-alukan kedatangan kawan-kawan dan saya pastinya sentiasa bersedia menerima kunjungan tetamu. Sampai jumpa lagi kawan-kawan. Tata. Titi. Tutu.
Pernah tak terfikir kalau jauh beribu batu dari tanahair sendiri, tiba-tiba dimaklumkan kondisi orang tersayang berada di tahap kritikal, tapi sedar yang bukan mudah untuk pulang berada di sisinya dalam sekelip mata? Haih. Tuhan, buat yang terbaik ye untuk saya, untuk semuanya? Saya penat nak nangis dah. Bantu saya ye?

Banyak sangat perkara menggembirakan saya nak kongsi, tapi macam takut kalau terlebih gembira, entah apa pulak yang jadi nanti. Macam kelakar la bila jadi camni. Tapi takpela, saya nak bertenang sikit, dan bila semuanya pulih, saya akan kembali ceria seperti selalu. Err.. tolong beri ruang sikit, boleh? Terima kasih :)

Friday, October 24, 2008


Can I?

Thursday, October 23, 2008

Tadi siang tertidur lepas solat Asar sementara tunggu waktu nak berbuka. Baru hari pertama buat puasa sunat ni dah letih semacam. Tetiba je dalam dok mamai nak bangun, terasa macam nak makan ABC la pulak. Rasa macam nak panggil Abang kat bilik sebelah mintak tolong belikan ABC kat pekan Sungai Besi. Gagah jugak paksa diri bangun, takut tak sempat nak suruh dia belikan sebelum berbuka nanti. Tapi celik je mata, rasa macam aneh. Bila dah hilang mengantuk, baru tersedar ada kat Adelaide sebenarnya sekarang.

Dalam tidur tadi, tengah mamai, rasa macam ada kat Malaysia lagi je, di hujung puasa tu, mengharapkan dapat ABC untuk bukak puasa. Sedihnya bila sedar yang dah lama tinggalkan bumi Malaysia sebenarnya. Rasa macam nak meraung je kuat-kuat, lempang diri sendiri laju-laju. Haih.

Wednesday, October 22, 2008

Cik yang disayangi,

HAPPY BIRTHDAY!!

Sila bertabah dalam apa jua dugaan yang melanda.
Semoga semuanya akan baik-baik saja.
Peluk cium anda dari jauh.

Tuesday, October 21, 2008

Hari ulang tahun kelahiran Bakal Doktor disambut sederhana di 'Kedai Mangkuk Hayun' The Swinging Bowl of Satay bersama adik-adiknya, The Idea Man and The New Partner in Crime. Semoga beliau diberikan yang terbaik dalam kehidupan, dan berjaya menjadi seorang doktor yang 'berani'kan darah.

Terima kasih kerana menjadi kawan yang terbaik, dalam apa jua kesulitan dan kesenangan.

Monday, October 20, 2008

Maaf. Kehidupan sejak akhir-akhir ni semakin menyesakkan. Ini jalan hidup yang saya pilih, dan harus diteruskan dengan tabah. Tinggal sebulan saja lagi sebelum saya tamatkan pengajian di sini (InsyaAllah). Cuma saya sudah mula kehilangan orang-orang tersayang. Konflik, masalah, salah faham, pertengkaran silih berganti. Saya buntu, kerana hidup saya tetap ceria gembira di sini, cuma masalah mereka yang jauh di tanahair membebani fikiran saya.

Jarang saya luahkan persoalan di hati, tapi bagaimana rasanya ya jika semalam kita gelak tawa ria, tapi hari ini dikejutkan berita dari pakar perubatan, menjangkakan hayat kita cuma tinggal sebulan dua? Memikirkan terlalu banyak perkara yang belum selesai urusannya, bukan saja sesama manusia, malah dengan Tuhan sendiri kadangkala terlupa dari ingatan.

Apakah cara terbaik untuk kita hadapi semua tu? Memikirkan bila-bila masa saja kita boleh dijemput pergi. Meraung menggila mengenang nasib diri? Atau bersiap-sedia untuk kembali ke sisi Sang Pencipta? Atau lebih penting berhibur sepuas hati selagi punya kesempatan? Di sinilah seharusnya kita tepuk dada, tanya iman.

Saya buntu. Tidak tahu apa reaksi terbaik harus diberikan, bila dimaklumkan orang yang sangat saya sayang, dalam keadaan yang agak kritikal sekarang. Dan saya jauh dari tanahair, sedang berperang dengan tugasan dan peperiksaan akhir yang bakal muncul kurang dari sebulan lagi. Mana satu yang harus saya pentingkan sekarang?

Payah, pedih, kecewa rasanya bila kehilangan orang tersayang. Dalam keadaan sekarang, saya seharusnya bersedia untuk menerima berita sedih bila-bila masa saja. Orang yang saya sayang akan pergi meninggalkan saya sekelip mata. Apa yang seharusnya saya lakukan? Saya dah terlalu banyak meminta pada Maha Esa, dan saya tak pernah berhenti berdoa untuk yang terbaik.

Tapi bagaimana pula kalau yang terbaik itu untuk orang tersayang pergi buat selamanya dari hidup saya? Tepatkah cara saya berdoa sebenarnya? Jujurnya setiap hari bangun pagi, pasti saya tertanya, masih ada peluangkah untuk saya bertemu dia nanti? Masih ada ruangkah untuk kami saling bertanya khabar, merindu, menyayangi hubungan yang telah sekian lama terjalin?

Maaf. Ini bukan ruang sepatutnya saya luahkan rasa di hati. Cuma jika yang tersayang membaca catatan saya di sini, sekiranya dia punya kesempatan, terima kasih saya ucapkan di atas segala kekuatan dan ketabahan yang dia pinjamkan pada saya selama ini. Terima kasih juga kerana pernah muncul dalam kehidupan saya, dan memberi kenangan suka duka untuk saya simpan sampai bila-bila.

Yang Maha Pengasih, Maha Pengampun,
Seharusnya berikan yang terbaik untuk dia. Saya akan cuba redha, walau seperit mana pun keadaannya nanti. Keadaan ini juga buat saya semakin kuat untuk terus menetap di bumi asing ini, tanahair sendiri penuh kenangan menyakitkan. Semoga saya terus tabah.

Sunday, October 19, 2008

As I was browsing around, I came across Datin Jangok's blog (is it how you spell it?) and found out that I was tagged. Without further ado, here goes..

Berapa pasang baju raya anda tahun ni dan kaler apekah?
Baju raya saya adalah tidak siap dijahit oleh si tukang jahit yang tidak berdedikasi dan penuh janji manismu itu. Nasib baik saya ada bawa balik extra baju dari ostolia, jadi pakai baju raya tahun lepas saja. Raya pertama berbaju kurung kaler purple, raya kedua berjubah hitam pinjam dari adik saya.

Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
Adakah sambal goreng jawa dikira tradisional? Walaupun saya takde kaitan dengan salah silah keturunan Jawa, saya sangat suka makanan tersebut. Nasi impit, lemang, rendang, lontong, semua pun saya tak suka.

Apakah biskut raya kegemaran anda?
Tat Nenas, Kuih Sarang Semut versi Mak saya, Biskut Sikat versi Mak Long saya.

Bape banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?
Almost 5 figures from the one and only Ayah, dan few hundreds from my lovely Mak. Tapi duit dari Ayah telah diconvertkan menjadi AUD, cuma duit dari Mak masih ada dalam purse sebab tak laku pun nak belanja kat sini. Untuk kanak-kanak riang ria di kampung, saya bagi 50sen versi duit Ostolia. Adalah sangat unik duit bersegi-segi begitu, semua kanak-kanak dan juga ibu bapa kanak-kanak pun sangat suka.

Apakah aktiviti malam raya korang?
Balik kampung malam raya, dari KL 1.30am, hujan sangat lebat sepanjang perjalanan, the maximum speed Mak bawak hanyalah 120km/h. Berhenti tidur more than 5 times, di pelbagai pit stop dan setiap kali berhenti melebihi setengah jam. Setelah hujan berhenti, menambah kelajuan sehingga 150km/h - 160km/h. Tapi still it took us 6 hours to reach the destination. Tu la sape suruh pit stops banyak sangat.

Who to tag?
Encik Bajan my darling kekasih gelap sekiranya beliau masih belum ditag yang sama.

Saturday, October 18, 2008

1. They work unusual hours or lots of overtime. Their pay stub does not reflect this.

Gaji tetiap bulan dok serupa tu jugak, tapi bukan main lagi teruk kerja, tengah malam baru sampai rumah.

2. They stay up late or get up after you are in bed to be on the PC.

Konon sambung buat kerja kat rumah la, padahal dok cakap telefon dengan marka, tak pun sakan dok chatting.

3. You notice all the email, including the trash bin, is constantly being deleted.

Punya rajin dok check email, sehari paling koman pun sampai 4-5 kali. Punya baguih. Dedikasi sungguh.

4. The phone bill has unexplained charges or is now paid online by your partner.

Kalau pakai prepaid tu, tak dan habis airtime, dah topup lagi. Setakat topup RM30 tu, sat ja abih dah.

5. You often receive wrong number phone calls by someone of the opposite sex.

Tak dan cakap apa, si pemanggil terus ja tau dah call number yang salah. Cuba orang yang dimaksudkan angkat, dan-dan tak salah nombor dah.

6. Your partner becomes unable to reach at times.

Semedang ja phone low battery, tak pun tertidur kat opis, lagi best bos ajak pi site visit tapi phone tinggal kat opis.

7. They become more unavailable at the office re: meetings, lunches.

Alasan standard, site visit tak abis-abis. Kerja posmen pun ada site visit no.. bukan main hebat.

8. Partners co-workers seem awkward or uncomfortable around you. (They usually know)

Mana yang dah biasa tu, mula la jadi pelik-pelik ja bila jumpa, cakap pun tunduk ja, takut nak angkat muka bertentang mata, kot kena soal jawab, takut kantoi pulak.

9. They have a new cell phone but insist the number is used strictly for business.

Konon opis bagi phone, tak boleh la guna untuk kepentingan peribad. Baik punya menipu. Tapi sakan punya dok layan SMS.

10. Their clothes smell of unfamiliar perfume or cologne.

Tak tau la pi kerja dok peluk makcik cleaner ka, tea lady ka, kot dok bayar duit tol kat jurutol siap melekat bau depa, tak tau la pulak kan? Tapi nampak tak masuk akal ja.

11. They take a sudden interest in helping with the laundry.

Dulu seluar dalam sehelai pun malas nak tonyoh, la ni punya rajin bra pasangan pun tolong cuci sekali.

12. Their mood is irritable and they tend to get angry easily.

Pikir dia punya emo ja eh, kita ni apa? batu? kayu? gila selfish dok buat kelaku macam ni.

13. Your partner often whispers on the phone or hangs up if you are close.

Sanggup pi cakap telefon jauh-jauh, luar bilik tak pun luar rumah terus. Takut sangat orang dengar apa dia cakap.

14. You find birth control pills and your partner has had a vasectomy.

Hat ni lagi pelik. Nak bagi sapa makan pulak ni? Macam boleh mengandung kan?

15. You find condoms and you are on the pill.

Konon prevention is better than cure la? Punya tak mau anak, tak cukup dengan birth control pill, nak jugak la pakai kondom kan? Gila menipu.

16. Your partner stops confiding in you.

Cakap la apa pun, dia selalu ja curious eh. Syak wasangka ada di mana-mana. Tatau pasaipa. Nampak macam kita ja jahat eh.

17. If you confront them about having an affair they become aggressive and overly defensive.

Tanya sket ja dah melenting semacam eh. Dok tengking sampai nak terkeluar anak tekak. Asyik nak hangin ja eh.

18. All intimacy is gone. You no longer share kisses, hugs or say “I love you”

Nak salam cium tangan sebelum pi kerja pun tak dapat dah. Communicate pun benda penting ja. Muka pun rosom ja, payah nak senyum.

19. They act and behave in a guilty manner.

Buat apa pun serba tak kena. Macam nak sorok-sorok benda ja eh.

20. They frequently call to say they will be late.

Standard reason, ada meeting dengan client, pi dinner dengan client, client mana pun tak tau.

21. More time is spent on personal appearance.

Nak keluar rumah ja, bukan main lama lagi bersiap. Dok belek rambut, belek muka, belek baju, serba tak kena.

22. You find new underwear or lingerie they have yet to use.

Tak pakai dah hat getah longgar, bertaik lalat, semua beli baru eh. Sebelum ni ada koyak sket pun dok sarung lagi.

23. They join a gym or start an exercise program.

Tetiba pulak terlebih peduli soal kesihatan, nak grooming segala. Dulu selekeh ja eh. La ni dok try nak get rid perut buncbunc tu. Nampak segak la konon.

24. You stop having sex together or they want to explore more sexual positions.

Alasan standard letih la kat opis sebab kerja banyak, tak pun konon nak buat pembaharuan la, so try la style lain pulak. Mangkuk tingkat betul la.

25. Sex does not last as long but is more frequent. They tend not to reach orgasm or fake it.

Tak mau kantoi dok makan luar kot. Layan jugak la kan padahal kat luar punya sedap dok pulun. Keji sungguh.

26. They have unexplained scratches or marks on their back, neck or chest.

Semedang la alasan berlaga bucu meja la, langgar dinding la, alasan semua tak logik la.

27. Excuses are made such as snoring to sleep in a different room.

Alasan konon. Padahal senang nak berphonesex dengan kekasih baru. Kot sebelum tidur nak berangan saat-saat manis dengan kekasih baru, tak tau la pulak kan.

28. They will pick a fight over something small as an excuse to get out for a while.

Pasal channel TV pun nak bergaduh. Macam budak-budak ja eh. Pastu keluar bukan seminit dua, sampai 3-4 jam. Melampau sungguh.


Wow! Words by words, seems totally true. I could not agree more, could I? I know, I haven't encounter these weirdest things before, but IMHO, the truth simply can't be denied. It might seems that this article is quite biased, focusing on a cheating boify or hubby. But it can be a good guide for you to be aware of any sudden changes of your sleeping partner.

Friday, October 17, 2008

Blog ini telah sekian lama diabaikan, tidak dikemaskini kerana tuannya telah pulang melawat kawasan selama dua minggu. Terdapat beberapa peristiwa yang berjaya dirakamkan dalam kotak ingatan tuannya sepanjang tempoh persembunyian di sebuah lokasi yang tidak misteri. Berikut disenaraikan beberapa fakta, kisah, ceritera tuan blog untuk tatapan bersama.

1. Perjalanan dari Adelaide ke Gold Coast pada pagi 21 September menaiki pesawat Virgin Blue, mengambil masa kira-kira 2 jam. Terdapat sedikit masalah timbul semasa pemeriksaan masuk bagasi sehingga terpaksa menunggu ahli rombongan terulung tiba untuk menumpangkan muatan yang terlebih timbangan ke dalam bagasi beliau.

2. Tiba di Gold Coast, menyimpan beg di peti simpanan, perjalanan diteruskan ke Harbour Town dengan menaiki 3 bas memakan masa 2 jam untuk tiba. Boleh sampai ke Adelaide semula nampaknya. Malangnya, tiada tawaran menarik, hanya berjaya membelikan dua helai baju raya untuk ayah tersayang di butik Colorado.

3. Terus ke Surfers Paradise, membeli cenderamata di Hard Rock Cafe, ahli rombongan terulung ingin membeli belah di DFS Galleria, tapi malangnya tidak beroperasi di hujung minggu. Dengan gaya kecewa, bercadang membungkus makanan untuk berbuka puasa di Restoran Maharani, malang sekali lagi, Haji Nordin sudah mula bercuti raya. Keputusan akhir, membeli Chicken Beryani di Sher e Punjab untuk dimakan ketika berbuka puasa nanti.

4.Terdapat masalah untuk daftar masuk bagasi di kaunter Air Asia X, tetapi berjaya diselesaikan dek kebijaksanaan pakcik yang super kewl di kaunter tersebut. Tepat jam 9.50 malam waktu tempatan, berjaya meninggalkan bumi kangaroo dengan menaiki pesawat D72703 ke LCCT.

5. Tiba di LCCT tepat jam 4.05pagi, selesai urusan di kaunter imigresen, tetapi keluarga tercinta masih belum muncul di tempat kejadian. Menemani teman serumah daftar masuk penerbangan ke Kuching.

6. Selesai urusan, muncul ahli keluarga yang dinantikan. Membawa bekalan Big Mac yang diidamkan sejak sekian lama. Bersahur secara berjemaah di belakang kereta di tempat parkir, sebelum meneruskan perjalanan pulang.

7. Bersolat Subuh sebelum tidur keletihan setelah tidak berjaya melelapkan mata melebihi 10 minit di dalam penerbangan.

8. Dikejutkan dek panggilan telefon oleh ahli rombongan terulung, meminta bantuan untuk ke LowYat membeli barangan komputer sebelum beliau berangkat pulang ke Sabah keesokkan harinya. Bersiap-siap dan baru sedar tinggal keseorangan di rumah. Ada satu lagi kereta tersadai di tempat parkir, tetapi tiada keberanian untuk memandu. Menelefon ayah meminta bantuan hantar ke stesen STAR LRT berdekatan.

9. Membeli-belah dalam keadaan separa sedar dek mengantuk yang melampau. Bandaraya KL penuh sesak dengan orang yang mungkin sudah mula bercuti untuk sambutan Hari Raya yang bakal menjelang tiba. Ahli rombongan terulung membelikan sedozen Big Apple Donuts untuk dibawa pulang ke rumah. Sangat sedap di luar batasan normal, berjaya mengalahkan kesedapan Krispy Kreme yang dimakan di Melbourne dan Sydney. Masih terasa kesedapan Choreo, Duran Duran.

10. Pulang dalam Monorail yang penuh sesak sehingga kemek kotak donut yang dibeli. Sangat panas hati tapi kerana berpuasa maafkan saja. Telah secara tidak sengaja meninggikan suara pada yang mengambil kesempatan menolak dan meraba semasa bersesak menaiki monorel. Maaf, itu yang selalu membuatkan saya benci menaiki pengangkutan awam di Malaysia. Kalaulah semua orang boleh meniru gaya hidup orang tempatan di Australia yang mematuhi peraturan dan bersopan santun menaiki pengangkutan awam, kan bagus.

11. Berbuka puasa buat kali pertama di rumah. Seperti dijangka, mak masak kwey teow kerang kegemaran. Sangat lazat tidak terhingga mengakibatkan kepuasan maksima dan menambah dengan banyak sekali.

Selesai kisah hari pertama di tanahair tercinta. Akan disambung sekiranya dirasakan perlu. Sampai jumpa lagi ya? (",)

Friday, October 10, 2008

Tag ini berpunca dari Aie yang seharusnya dilakukan sebelum tibanya lebaran mulia. Malangnya, disebabkan blog ini terabai sepanjang tempoh melawat kawasan hari tu, baru sekarang dilaksanakan tuntutan beliau. Berikut adalah soalan berserta jawapan yang diperlukan:

Sejak bila saya berpuasa penuh?
Seingat saya, seumur hidup saya tak pernah berpuasa penuh. Ini adalah kerana saya memiliki perut cap ayam, selalu diserang sakit perut yang teruk berguling-guling muka pucat-pucat dan terpaksa berbuka puasa supaya tidak memudaratkan kesihatan diri. Setelah mencapai tahap kedewasaan, lagi la takkan dapat berpuasa penuh. Paling hebat pun tinggal puasa selama sehari je.

Pernah ponteng puasa dan apakah alasannya?
Jawapan seperti tertera di atas. Harap maklum.

Pernah bermain bunga api dan mercun?
Paling hebat main mercun tarik je. Pengalaman ngeri dihalakan mercun das terus ke pergelangan tangan kanan masa zaman kanak-kanak dulu sehingga meninggalkan parut sampai sekarang ni membuatkan saya fobia untuk bermain sebarang mercun.

Juadah apakebenda yang hang suka masa berbuka?
Agar-agar yang mak saya masak, mee goreng yang mak saya masak jugak, cucur udang yang mak saya goreng, kesimpulannya semua masakan mak saya la.

Lagu raya mana yang paling suka?
“Anak muda di rantauan, semuanya pulang ke desa” by Anuar Zain dan Elina
“Ikhlaskan hati mohon kemaafan leburlah dosa di tapak tangan lupakan segala silap dan salah” by Raihan, Nowseeheart, Rem, Ajai

Nak beraya kat mana tahun ini?
Kampung Temelok, Trong, Taiping, Perak dan Kampung Tengah, Trong, Taiping, Perak

Pernah anda bertugas pada hari raya?
Sebagai seorang cashier di Carrefour yang gigih menjalankan tugas di hari raya dengan memakai baju kurung biru berkilat siap dapat duit raya dari customer. Hohoho.

Kenangan paling manis pada hari raya?
Zaman kanak-kanak beraya di rumah lokasi “Pemburu Malam”. Ramai-ramai beratur ambik duit raya sorang seringgit. Masa tu tahap duit raya 50sen kira gila mewah dah. Seringgit tu dah macam sepuluh ringgit je nilai dia.

Disebabkan Tag Raya ni hanya valid sebelum raya, jadi saya tidak akan menyuruh mana-mana pihak untuk menjawab soalan seperti tertera di atas. Sekian dimaklumkan.

Thursday, October 09, 2008

Encik Kekasih Gelap I telah memaksa diri ini untuk mengambil kuiz apekejadahntah dengan hasil keputusan seperti berikut:


You are .exe When given proper orders, you execute them flawlessly.  You're familiar to most, and useful to all.


Adakah ini bermaksud aku perlu menerima arahan yang lengkap dan tepat untuk berfungsi dengan baik dan sempurna tanpa sebarang kesalahan? Benarkah aku dikenali ramai dan berguna pada semua? Kuiz ini sangat aneh, tapi tetap digagahkan juga menjawabnya. Dengan ini aku ingin memaksa semua penggigih berikut untuk turut sama mengambil kuiz ini:

*PinkyWani
*AlongZunaira
*MeanieMean
*ZatiDY

Tuesday, October 07, 2008

Hari bersejarah keputerian seorang pemilik tujuh sepuluh yang dikenali lebih kurang setahun yang lalu melalui tulisan penuh warna warni pelangi di blog comel miliknya. Ucapan telah dilakukan secara langsung melalui panggilan telefon jarak jauh ke kediaman milik keluarganya setelah cubaan menghubungi telefon bimbit sejak pagi hari telah gagal sama sekali. Semoga beliau akan terus emo tabah mengharungi pahit maung onak duri kehidupan dan berjaya menjadi penaung Kelab Kasut Setengah Inci di masa mendatang. Aminnnnnnn. Hihihi.

Selamat Menyambut Hari Keputerian Cik Tujuh Sepuluh. Semoga doa saya dimakbulkan Allah dengan kadar segera. Kalau dah sedia nak kirim kad wangi, silalah minta alamat rumah ye? Hihi. Saya sayang kamu wahai Cik Tujuh Sepuluh, walaupun kamu selalu emo jauh di mata, tapi tetap dekat di hati.

Peluk kamu dari jauh (",)
Selamat kembali ke dunia nyata, bersama pakej lengkap demam + batuk + selsema + sakit kepala + cirit birit + sakit perut berguling-guling. Melawat kawasan selama 2 minggu adalah sangat tidak cukup masa tetapi dapat melihat wajah orang tersayang dari jarak dekat adalah begitu berharga. Blog akan dikemaskini setelah pulih sepenuhnya dari kecederaan teruk. Sesiapa yang teringin membuat amal jariah melalui pemberian duit raya, sila tinggalkan email atau nombor telefon untuk diberikan maklumat akaun si penulis blog. Akhirul kalam, selamat berpuasa enam dan selamat menghabiskan saki-baki raya. Sampai jumpa lagi!