Friday, October 10, 2008

Tag ini berpunca dari Aie yang seharusnya dilakukan sebelum tibanya lebaran mulia. Malangnya, disebabkan blog ini terabai sepanjang tempoh melawat kawasan hari tu, baru sekarang dilaksanakan tuntutan beliau. Berikut adalah soalan berserta jawapan yang diperlukan:

Sejak bila saya berpuasa penuh?
Seingat saya, seumur hidup saya tak pernah berpuasa penuh. Ini adalah kerana saya memiliki perut cap ayam, selalu diserang sakit perut yang teruk berguling-guling muka pucat-pucat dan terpaksa berbuka puasa supaya tidak memudaratkan kesihatan diri. Setelah mencapai tahap kedewasaan, lagi la takkan dapat berpuasa penuh. Paling hebat pun tinggal puasa selama sehari je.

Pernah ponteng puasa dan apakah alasannya?
Jawapan seperti tertera di atas. Harap maklum.

Pernah bermain bunga api dan mercun?
Paling hebat main mercun tarik je. Pengalaman ngeri dihalakan mercun das terus ke pergelangan tangan kanan masa zaman kanak-kanak dulu sehingga meninggalkan parut sampai sekarang ni membuatkan saya fobia untuk bermain sebarang mercun.

Juadah apakebenda yang hang suka masa berbuka?
Agar-agar yang mak saya masak, mee goreng yang mak saya masak jugak, cucur udang yang mak saya goreng, kesimpulannya semua masakan mak saya la.

Lagu raya mana yang paling suka?
“Anak muda di rantauan, semuanya pulang ke desa” by Anuar Zain dan Elina
“Ikhlaskan hati mohon kemaafan leburlah dosa di tapak tangan lupakan segala silap dan salah” by Raihan, Nowseeheart, Rem, Ajai

Nak beraya kat mana tahun ini?
Kampung Temelok, Trong, Taiping, Perak dan Kampung Tengah, Trong, Taiping, Perak

Pernah anda bertugas pada hari raya?
Sebagai seorang cashier di Carrefour yang gigih menjalankan tugas di hari raya dengan memakai baju kurung biru berkilat siap dapat duit raya dari customer. Hohoho.

Kenangan paling manis pada hari raya?
Zaman kanak-kanak beraya di rumah lokasi “Pemburu Malam”. Ramai-ramai beratur ambik duit raya sorang seringgit. Masa tu tahap duit raya 50sen kira gila mewah dah. Seringgit tu dah macam sepuluh ringgit je nilai dia.

Disebabkan Tag Raya ni hanya valid sebelum raya, jadi saya tidak akan menyuruh mana-mana pihak untuk menjawab soalan seperti tertera di atas. Sekian dimaklumkan.

No comments: