Tuesday, November 11, 2008

tuhan itu ada, tuhan itu satu

Semalam berborak panjang dengan seorang kawan yang berkongsi tarikh lahir sama, kawan yang dikenali sejak lebih tujuh tahun lalu. Dia ada kekasih, hampir enam tahun bercinta, tapi kerana kesilapan tak disengajakan, meminta sedikit ruang untuk menenangkan hati dan fikiran, untuk memikirkan kembali hala tuju hubungan yang lama terjalin, dia ditinggalkan sekelip mata, tanpa sebarang alasan yang boleh diterimapakai. Puas pujuk rayu, minta ampun maaf, menangis meraung mengharapkan belas dan kasih, tapi sang pujaan hati buat keras kepala, terus berkeras mahu putuskan hubungan. Hanya kerana kekeliruan komunikasi, hubungan yang dah terjalin lama, habis terus, hancur lebur meninggalkan kepedihan tak terhingga.

Dia mula persoalkan, adilkah semuanya? Selama menjalinkan hubungan dia yang banyak berkorban wang ringgit, masa, tenaga, perasaan. Sang kekasih hanya tahu ambil jalan mudah, minyak kereta pun diisi dengan kad kredit milik si kawan. Malah dah putus pun konon setuju nak berkawan, tapi kad kredit dalam pegangan dia, dijoli sakan. Sudahnya, diam-diam mula mengasingkan diri, cuba pergi menjauh, tinggal segenap beban untuk dipikul, hutang menggunung nak diselesaikan. Lelaki jenis apa terlalu pondan menggunakan segala kemudahan diberikan si kekasih, lepas tu lari dari tanggungjawab melangsaikan hutang. Aneh. Jelik. Jijik.

Si kawan yang derita makin dirundung malang. Menangis meraung bagai nak gila. Puas dipujuk, diberi kata semangat tapi hidup dia macam dah hilang punca. Kesian. Simpati. Berkongsi sedih dan duka. Melayan kekecewaan hati dia, esak tangis yang tak pernah pergi dari hidup dia. Perlahan dia bangun kutip sisa kekuatan yang masih ada, dia bentuk balik jalan hidup dia. Tuhan tu Maha Kaya, sekarang dengarnya makin murah rezeki, satu persatu kejayaan, kegembiraan datang balik pada dia. Alhamdulillah.

Si lelaki pondan bekas kekasih dengarnya makin kusut. Sudah segala kemewahan ditarik balik, hidup makin sempit, hutang makin berganda, rezeki tak kunjung tiba. Harus dipadan muka? Perlu dicaci nista? Patut diludah muka? Apapun, yang pasti Tuhan itu satu, Tuhan itu ada. Terima kasih Tuhan atas kurnia pada si kawan. Moga dia terus tabah, kuat dan gembira meneruskan kehidupan, dan seharusnya dijodohkan dengan yang lebih layak memilikinya.

1 comment:

Dark @ng3L said...

tym..
kesiannye kawan ko tue..
takpe takpe..
tuhan akan tolong orang dianiaya..

insya allah