Ayah,
Jujurnya Adik mahu Ayah sihat dan ceria macam dulu, macam zaman Ayah masih bekerja, masa Ayah masih kuat dan cergas, Ayah yang Adik tinggalkan 3 tahun dulu yang masih punya daya ingatan yang kuat, sebelum Adik merantau ke negara asing sendirian.
Tapi kan dalam keadaan sekarang, kita semua kena redha bila usia tua mula menjamah Ayah, dengan kondisi kesihatan yang semakin teruk hari ke hari, sampaikan Ayah nampak lebih tua dari usia sebenar.
Tuhan dah bagi Ayah kat Adik 27 tahun, jadi Adik memang tak boleh tamak kan? Cumanya, Adik masih harap Tuhan kesiankan Adik, kesiankan kita semua, dan masih bagi peluang untuk Adik beri Ayah sedikit kemewahan lepas apa yang Ayah dah berikan dan korbankan untuk Adik selama ni.
Segala keputusan yang Adik buat semuanya untuk bantu Ayah ceria macam dulu balik walaupun terpaksa Adik abaikan semua kepentingan, keinginan dan harapan Adik, supaya dapat dekat dengan Ayah, mengharapkan perubahan positif membantu kondisi kesihatan Ayah jadi lebih baik.
Adik pergi negara orang, jauh dari semua yang tersayang sebab nak penuhkan impian Ayah yang tak tercapai dulu. Adik teruskan perkahwinan yang timbulkan pelbagai persoalan dan teka-teki malah guna seluruh tenaga dan kudrat sendiri, dalam jangka masa singkat buat segala persiapan, untuk beri Ayah kesempatan punya rasa terima menantu.
Semuanya Adik buat untuk Ayah tapi masih rasa tak cukup. Jadinya, harap Tuhan masih beri masa yang cukup untuk Adik dapat lihat Ayah terus berusaha melawan penyakit Ayah dan kembali menjadi Ayah yang sama macam 3 tahun dulu. Juga dapat Adik cuba untuk berusaha menyenangi hati Ayah dan beri sedikit rasa bahagia untuk Ayah sementara masa masih ada.
Ayah,
Terus kuat teruskan semuanya ya? Adik sayang Ayah. Sampai bila-bila.

No comments:
Post a Comment