Encik Aie telah mengetag saya beberapa hari yang lalu tapi saya baru sedar kerana baru membaca blog beliau. Jadi mari sama-sama kita saksikan apa yang telah saya tulis di bawah ini.
- Bekas kekasih saya adalah: seorang (yang perasan) Superman. Memang dia yang paling gagah dan paling kuat (kononnya).
- Saya sedang mendengar: bunyi kipas berpusing, bunyi jarum jam berdetik, bunyi air menitik. Sunyinya rumah ni!
- Mungkin saya patut: berhenti duduk menghadap komputer sebab pinggang saya dah mula rasa sakit. Jadi saya kena baring.
- Saya suka: makan dan makan dan makan lagi. Sebab tu perut saya telah membesar dengan jayanya.
- Sahabat-sahabat baik saya adalah: tidak normal dan tidak tipikal, penuh cacat cela dan mengalami masalah mental yang ketara. Tapi saya chenta mereka juta-juta tau.
- Saya tak paham: kenapa masih ada manusia tongong yang membelakangkan ibu bapa sendiri?
- Saya kehilangan: kepercayaan bahawa manusia akan berubah menjadi positif apabila sudah bersedia untuk berkahwin. Ada yang jadi lebih teruk dan memualkan.
- Ramai yang berkata: muka saya makin tembam, badan saya makin berisi. Tapi saya tak heran pun sebab hati saya tetap gembira.
- Makna nama saya: pi tanya Ayah saya, dia yang bubuh nama ni. Kalau ikut Mak, nama saya sekarang ni patutnya Nurul Hidayah.
- Cinta (sejati) itu adalah: patutnya kat Tuhan je, cinta sesama manusia ni kadang-kadang jadi terlalu menyakitkan.
- Di suatu tempat, seseorang sedang: melakukan cubaan balik keje awal dengan meminta kawan beliau tolong punch card.
- Saya akan cuba: menahan sakit dan melawan sakit pinggang ini dengan segera sebelum situasi menjadi lebih parah.
- Ayat SELAMANYA membawa maksud: FOREVER. Tengkiyu.
- Telefon bimbit saya: dapat secara percuma setelah melanggan talian 3 selama setahun semasa di adelaide.
- Bila saya terjaga dari tidur: check orang kat sebelah saya tu dah bangun ke belum nak pi keja.
- Saya paling meluat apabila: ada orang jenis tikam belakang, depan mulut bukan main manis, belakang? Sendiri mau ingat la..
- Pesta/Parti adalah: aktiviti bergembira kerana banyak dapat goodies (merujuk pada parti tupperware yang saya hadiri bersama mak masa kecik-kecik dulu)
- Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah: seorang kucing bernama cat. Eh adakah beliau adalah haiwan? Tidak!!!
- Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah: semasa belum akil baligh, buat jahat camne pun tak tanggung dosa sendiri lagi.
- Hari ini: saya pi beli mekdi mcvalue lunch lalu makan dengan gembira.
- Malam ini saya akan: menonton tv atau muvi ketika si kucing pergi bergembira berperang di CC bersama kawan seangkatannya.
- Esok pula saya akan: paksa si kucing pi pasar malam jalan TAR lepas dia abes keje.
- Saya betul-betul inginkan: sakit pinggang saya ini tidak jadi bertambah serius. Seksa nak tido di malam hari.
- Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini: tertanya-tanya sendiri, apsal mata macam bengkak je ni?
- Pusat membeli-belah atau arked permainan: Dua-dua tamau, nak duduk rumah je elakkan jangkitan selsema babi.
- Makanan Barat atau Jepun: Sekarang semua pun saya tamau. Selera makan dah haywired lepas demam teruk hari tu.
- Bilik yang terang atau gelap: kalau nak tidur kena gelap, rasa macam sakit mata bila lampu terang.
- Makanan segera adalah: sepatutnya dijadikan makanan ruji negara ini.
- Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?: Nak pi mekdi satgi, mesti awak dengki kan? (padahal orang tu dapat makan mekdi free, bos dia belanja. cis!)
- Saya rindu: nak tengok langit cantik di adelaide. Tak sabar betul mau kembali ke sana!
No comments:
Post a Comment