Tadi pergi check-up di AL-iSLAM Specialist Hospital, ada masalah lagi sebenarnya. Satu persatu kan Tuhan bagi dugaan? Tapi, takpelah, kena redha sebab masih ada yang lebih malang. Nak pujuk hati, pi jalan Pavillion, layan Papadom dan mengenyangkan perut dekat Carl's Jr, balik siap tapau Mini U-Hu!-Hu! lagi dari The Loaf. Alhamdulillah rezeki hari ni makan sedap-sedap.
Banyak sebenarnya dok pikir sekarang, tapi bila ingat yang kita kena redha setiap dugaan tu, sejuk sikit hati ni. Bila fikir balik, Tuhan duga benda lain, dia bagi rezeki cara lain pulak. Mengenangkan sekarang ni dalam keadaan tak kerja, takde duit sendiri pun, masih tak putus rezeki walaupun bukan guna duit sendiri.
Selama ni memang aku harap kalau aku kahwin, aku sentiasa cukup makan pakai, tak perlu bermewah, cukup sekadar bila aku inginkan sesuatu, aku mampu dapat tanpa perlu tunggu hujung bulan untuk terima wang gaji. Macam hari ni pergi jalan, si teman tidur berkenan nak beli satu seluar ni, harga agak reasonable ikutkan jenama dan kualiti, dia boleh terus beli je, tak perlu pening kepala nak congak cukup ke duit belanja?
Bila lalu pulak depan kedai kamera, sibuk dia nak tambah aksesori yang mencecah empat angka nilainya, dia boleh je terus beli, tanpa sedikit ragu cukupkah duit makan esok hari? Alhamdulillah, Tuhan murahkan rezeki dia, dan rezeki aku jugak sebab aku dapat apa yang aku nak selama ni. Perkahwinan ni tak membebankan aku ataupun dia, dan dia bebas berbelanja tanpa perlu susah payah tanggung hutang sana sini.
Bagi aku, secara peribadi, aku tak perlukan kad plastik untuk berbelanja, semuanya dibayar tunai untuk tak peningkan kepala. Aku tak perlukan kenderaan mewah untuk ke sini sana, cukup dengan apa yang ada buatkan pergerakkan aku selesa. Aku tak perlu berganti pakaian, handbag dan aksesori sepanjang tahun, cukup dengan apa yang ada sesuai disarung di badan. Aku selalu pegang konsep, tak penting pun sebenarnya berapa banyak gaji yang kau terima setiap bulan, tapi cara kau belanjakan duit yang kau ada, bijak ke tidak?
Walaupun kadang-kadang rasa sesak dada terkenangkan dugaan yang datang satu persatu, sekurang-kurangnya aku bersyukur sebab Allah bagi rezeki dalam bentuk yang lain pulak. Harapnya, Allah akan murahkan rezeki si teman tidur, supaya aku turut sama dapat berkongsi hasilnya. Kan bagus kalau hidup ni sentiasa bersangka baik dengan Tuhan.

No comments:
Post a Comment