Showing posts with label the day cheapo gossips rule the world. Show all posts
Showing posts with label the day cheapo gossips rule the world. Show all posts

Saturday, May 16, 2009

Satu.
Pelik kenapa masih ada manusia yang tak pernah reti bersyukur dengan apa yang dia ada, apa yang dia dapat, malah kerap bandingkan hidup dia dengan orang lain. Konon dia yang paling malang, paling tak disayangi, tak pernah dapat apa yang orang lain ada. Haih. Tuhan tu takkan nak bagi semua orang rezeki sama. Mesti lain-lain. Baru ada variasi. Masih hidup sebumbung dengan Ibu Ayah, takde pun jadi anak mangsa cerai, pun tak reti bersyukur. Apa lagi yang dia nak pun tak tau la. Dah la layan Ibu Ayah macam apa je, sebab tak dapat bagi dia kemewahan melangit macam kawan-kawan dia dapat. Pergi la tukar Ibu Ayah lain, kalau nak sangat disanjung ditatang bagaikan puteri kayangan. Sekarang pun dah ada bakal Ibu baru yang sering sanjung puji dan berikan itu ini, lagi dipandang jelik Ibu Ayah sendiri. Tapi yang hina yang jelik tu jugak la yang bagi dia sesuap nasi, takde pun nak hantar ke rumah kebajikan ke, buang dalam longkang ke. Elok je membesar sempurna jadi manusia. Mata belum terbukak luas, the grass won't always be greener on the other side. When reality hits, kita tengok siapa yang kena~

Dua.
Bertambah pelik macam mana orang boleh stay in a relationship, malah masih madly in love, with an abusive boyfriend. Bukan cakap pasal physically abused, itu memang manusia cacat otak je kalau masih bertahan, ini pasal mentally abused. Bila si boyfriend saiko yang suka menuduh tanpa usul periksa, memaksa buat pengakuan pada kesalahan yang tiada, malah bertindak kejam menyepi terus tanpa menjawab panggilan, atau membalas pesanan dihantar, membuatkan si kekasih kerisauan mengenangkan si boyfriend yang entah sihat atau sakit, sudah makan atau sedang kelaparan. Kejamnya boyfriend yang senang-lenang bersuka ria melepak bersama kawan-kawan, membiarkan si kekasih di rumah bermandi air mata, menyesakkan fikiran cuba mencari punca tercetus perbalahan. Lebih pedih kalau si boyfriend yang gunakan bahasa kesat penuh caci maki bila bergaduh, tapi terus mesra berkasih sayang bermanja sakan bila keadaan kembali pulih. Seolah-olah hati yang tercarik dek makian sebelum ini boleh sewenangnya dipulihkan sekelip mata hanya dengan kata cinta sepenuh jiwa. Kenapa kalau kita je yang sedar semua ni, susah sangat nak bukak mata orang yang terlibat? Seolah terlalu asyik bercinta hingga segala buruk pun dipandang sebelah mata. Haih. Cinta itu bukan sepatutnya mengasyikkan ke? Kalau menyakitkan, untuk apa terus bertahan? When reality hits, kita tengok siapa yang kena~

Tiga.
Semakin pelik bila manusia menggunakan blog untuk menyatakan perasaan bahagia ke langit ke tujuh, atau perasaan sedih hingga ke laut dalam, padahal keadaan sebenar tidaklah sebagus atau seteruk yang dihebahkan. Exaggerate. Itu perkataan sesuai. Perlu ke masalahnya? Menipu dunia yang mengenalinya di alam maya ini, membuatkan si pembaca akan tumpang gembira malah terus ucap tahniah berbakul, atau terlalu mengusik jiwa si pembaca hingga sedekahkan takziah berganda. Lebih hebat kalau pergaduhan antara blogger, orang luar yang tak terlibat sibuk jadi saksi, atau jadi batu api. Kelakar lihat orang berusaha bersungguh pertahankan kebenaran diri masing-masing, menyelar silap pihak lawan, tanpa segan silu bukak segala aib dan pekung di dada. Seronok ke menipu dunia untuk meraih simpati, atau pura-pura tunjuk bahagia? Trying too hard eh, but sorry babe, I'm not buying. When reality hits, kita tengok siapa yang kena~

Empat.
Lebih pelik bila manusia yang hidup sentiasa nak bersaing dengan orang keliling. Not in a good way, of course. Tak boleh tengok orang lain sikit lebih kurang, mesti nak tanding jugak. Apa orang lain ada, apa orang lain beli, dia nak jugak, walaupun dia tak perlukan benda tu pun sebenarnya. Konon tak nak ketinggalan dari segenap sudut la, tapi nampak sangat kelakar sebab benda yang takde kaitan langsung pun dalam hidup dia, tapi sibuk je dia nak jugak terlibat sama. Satu hal la bila dah asyik masyuk membeli, tengok barang tinggi menggunung, dah pening pulak fikir cara nak bawak balik rumah dengan mudah dan selamat. Mula la himpit sana sini mintak bantuan pertolongan kawan-kawan. Tak malu ke hidup asyik menyusahkan orang? Sampai bila orang nak berkorban tenaga menolong percuma begitu saja? Dah la mintak tolong tak kira masa, kata la nak hulur duit ke, nak belanja makan ke, jangan harap la kan? Kedekut duit bukan main lagi. Tu takpe lagi, ni bila tang orang lain nak mintak tolong, bukan main payah lagi. Ada je alasan nak bagi. Dah kedekut duit ringgit, masa dan tenaga sendiri pun payah nak berkongsi. Tengok je la setakat mana kawan-kawan mampu bertahan menghulur tenaga percuma. When reality hits, kita tengok siapa yang kena~

Lima.
Sangat teramat yang terpaling pelik sekali, kenapa ye saya ni masih ada masa fikirkan pasal manusia sekeliling yang sebenarnya takde kepentingan pun dalam hidup saya ni? Malah takde kaitan pun dengan ekonomi Malaysia nak merudum ke, nak berkembang pesat ke (bak kata Nabil Lu Pikirla Sendiri). Patutnya saya ni banyakkan mengaji , ingat Tuhan, doakan orang yang telah lama pergi ke alam sana, mintak dipermudahkan urusan dunia dan akhirat untuk Mak Ayah. Baik saya berhenti kot. Dah, pergi duduk atas sejadah sekarang!

Tuesday, April 07, 2009

The bedmate always reminds me not to downgrade myself just to get even with the person who simply throws his / her brain down the street. Well, it's quite surprising that the things that I thought had bring joy to each and everyone that I care so much, had actually brought more tears than laughter. Even if it happened to only one particular person, it tears my heart to tiny little pieces. I couldn’t satisfy everyone, could I?

Hell yeah, people can’t simply shut their mouth, even if you actually wish that they would pray for your happiness, they just could not be bothered. That’s life, and even if your true blue, your skin and blood, could easily pretended as if they were happy upon seeing you being happy when in reality, who knows that they were actually hoping that all your wishes would not come true?

Well, it hurt, but we’ll see what happen in the near future. Just wish them luck, and I just can’t wait to see those hypocrites having to posses the acts of goody-two-shoes, and living in a lie for the rest of their lives. It would be interesting, eh? No? You, I know you are reading this. Good Luck cos Luck is Good. *evil grin*

Saturday, March 07, 2009

Kalau pun kau tak dijemput ke majlis nikah hari tu, perlu ke kau nak buat cerita bukan-bukan pasal aku? Perlu ke kau ajak kawan-kawan lain boikot kenduri kahwin aku nanti? Pathetic sey. Orang lain seikhlas hati doakan kebahagiaan aku. Kau, yang kononnya mengaku kawan baik aku, dengan senang hati bermulut longkang mengata aku di belakang. Ah, selama ni pun macam aku tak tau kau banyak bawak mulut pasal aku, kan?

Eh, kau tau tak kenapa kau tak diundang ke majlis aku? Sebab mulut longkang kau la. Sebab aku tau dah lama kau berdoa dalam diam mintak kebahagiaan yang aku pertahankan selama ni hancur berkecai macam tu je. Aku nak gembira di hari bahagia aku, dan aku tak perlukan kehadiran kau untuk menjahanamkan semuanya.

Tak suka la marah-marah ni. Kacau je tau. Kau pergi main jauh-jauh la, boleh tak? Kalau kau dengki ke, marah ke, jelik ke, kepochi minachi ke, jangan sampai ke telinga aku, boleh tak?

Saiko dowh!
Manusia yang terdesak memang sangat menyedihkan. Mencanang kebahagiaan dan kegembiraan seantero dunia namun nampak sangat cuba menunjukkan rasa yang sebenarnya tiada. Simpati berganda. Jangan mudah jatuhkan hukum, doakan saja dia memang benar-benar bahagia. Kita tunggu apa lagi ceritera lawak yang akan dia sajikan. Baca, senyum sinis, gelak dalam hati, dan tutup mulut terus.

Mak saya kata, kalau takde benda yang baik nak cakap, baik kita tutup mulut.

Saya cakap, baiklah Mak!