Friday, October 10, 2008

Tag ini berpunca dari Aie yang seharusnya dilakukan sebelum tibanya lebaran mulia. Malangnya, disebabkan blog ini terabai sepanjang tempoh melawat kawasan hari tu, baru sekarang dilaksanakan tuntutan beliau. Berikut adalah soalan berserta jawapan yang diperlukan:

Sejak bila saya berpuasa penuh?
Seingat saya, seumur hidup saya tak pernah berpuasa penuh. Ini adalah kerana saya memiliki perut cap ayam, selalu diserang sakit perut yang teruk berguling-guling muka pucat-pucat dan terpaksa berbuka puasa supaya tidak memudaratkan kesihatan diri. Setelah mencapai tahap kedewasaan, lagi la takkan dapat berpuasa penuh. Paling hebat pun tinggal puasa selama sehari je.

Pernah ponteng puasa dan apakah alasannya?
Jawapan seperti tertera di atas. Harap maklum.

Pernah bermain bunga api dan mercun?
Paling hebat main mercun tarik je. Pengalaman ngeri dihalakan mercun das terus ke pergelangan tangan kanan masa zaman kanak-kanak dulu sehingga meninggalkan parut sampai sekarang ni membuatkan saya fobia untuk bermain sebarang mercun.

Juadah apakebenda yang hang suka masa berbuka?
Agar-agar yang mak saya masak, mee goreng yang mak saya masak jugak, cucur udang yang mak saya goreng, kesimpulannya semua masakan mak saya la.

Lagu raya mana yang paling suka?
“Anak muda di rantauan, semuanya pulang ke desa” by Anuar Zain dan Elina
“Ikhlaskan hati mohon kemaafan leburlah dosa di tapak tangan lupakan segala silap dan salah” by Raihan, Nowseeheart, Rem, Ajai

Nak beraya kat mana tahun ini?
Kampung Temelok, Trong, Taiping, Perak dan Kampung Tengah, Trong, Taiping, Perak

Pernah anda bertugas pada hari raya?
Sebagai seorang cashier di Carrefour yang gigih menjalankan tugas di hari raya dengan memakai baju kurung biru berkilat siap dapat duit raya dari customer. Hohoho.

Kenangan paling manis pada hari raya?
Zaman kanak-kanak beraya di rumah lokasi “Pemburu Malam”. Ramai-ramai beratur ambik duit raya sorang seringgit. Masa tu tahap duit raya 50sen kira gila mewah dah. Seringgit tu dah macam sepuluh ringgit je nilai dia.

Disebabkan Tag Raya ni hanya valid sebelum raya, jadi saya tidak akan menyuruh mana-mana pihak untuk menjawab soalan seperti tertera di atas. Sekian dimaklumkan.

Thursday, October 09, 2008

Encik Kekasih Gelap I telah memaksa diri ini untuk mengambil kuiz apekejadahntah dengan hasil keputusan seperti berikut:


You are .exe When given proper orders, you execute them flawlessly.  You're familiar to most, and useful to all.


Adakah ini bermaksud aku perlu menerima arahan yang lengkap dan tepat untuk berfungsi dengan baik dan sempurna tanpa sebarang kesalahan? Benarkah aku dikenali ramai dan berguna pada semua? Kuiz ini sangat aneh, tapi tetap digagahkan juga menjawabnya. Dengan ini aku ingin memaksa semua penggigih berikut untuk turut sama mengambil kuiz ini:

*PinkyWani
*AlongZunaira
*MeanieMean
*ZatiDY

Tuesday, October 07, 2008

Hari bersejarah keputerian seorang pemilik tujuh sepuluh yang dikenali lebih kurang setahun yang lalu melalui tulisan penuh warna warni pelangi di blog comel miliknya. Ucapan telah dilakukan secara langsung melalui panggilan telefon jarak jauh ke kediaman milik keluarganya setelah cubaan menghubungi telefon bimbit sejak pagi hari telah gagal sama sekali. Semoga beliau akan terus emo tabah mengharungi pahit maung onak duri kehidupan dan berjaya menjadi penaung Kelab Kasut Setengah Inci di masa mendatang. Aminnnnnnn. Hihihi.

Selamat Menyambut Hari Keputerian Cik Tujuh Sepuluh. Semoga doa saya dimakbulkan Allah dengan kadar segera. Kalau dah sedia nak kirim kad wangi, silalah minta alamat rumah ye? Hihi. Saya sayang kamu wahai Cik Tujuh Sepuluh, walaupun kamu selalu emo jauh di mata, tapi tetap dekat di hati.

Peluk kamu dari jauh (",)
Selamat kembali ke dunia nyata, bersama pakej lengkap demam + batuk + selsema + sakit kepala + cirit birit + sakit perut berguling-guling. Melawat kawasan selama 2 minggu adalah sangat tidak cukup masa tetapi dapat melihat wajah orang tersayang dari jarak dekat adalah begitu berharga. Blog akan dikemaskini setelah pulih sepenuhnya dari kecederaan teruk. Sesiapa yang teringin membuat amal jariah melalui pemberian duit raya, sila tinggalkan email atau nombor telefon untuk diberikan maklumat akaun si penulis blog. Akhirul kalam, selamat berpuasa enam dan selamat menghabiskan saki-baki raya. Sampai jumpa lagi!