Monday, March 08, 2010

SATU
Shah Alam, 2002.
Aunty Z: Awak ni belajar kat mana?
Me: Saya kat UiTM Shah Alam.
Aunty Z: Yang sebelah tu?
My Sis: Saya sekolah lagi kat SAB.
Aunty Z: Kakaknya?
Me: Saya kat UiTM la.
Aunty Z: Bukan awak. Kakak belajar kat mana?
Me: Saya la kakak. Ni adik saya.
Aunty Z: Bukan awak la, yang ni (sambil tunjuk ke arah Mak)
Me: Tu Mak saya la, bukan Kakak.
Aunty Z: *Speechless*

DUA
Felda Trolak, 2010
Umi: Pak, ni la Cikgu yang dok ajar kami kat kelas masak-masak tu.
Ayah Umi: Oh, ni la yang hang dok cerita kat Pak tu. Cikgu ni dah ada anak ke?
Mak: Ni yang kecik ni cucu saya la ni (tunjuk kat Nasyran)
Ayah Umi: *Puzzled* Cucu?
Mak: Ni semua keliling saya ni, anak saya la. Ni cucu saya yang pertama dari anak perempuan saya yang ni.
Ayah Umi: La.. dah ada cucu ke? Nampak muda lagi.

Sunday, March 07, 2010

ONE
Mak: Dik, tadi kat rumah kenduri, ramai orang tanya mak, kau dah kerja ke belum?
Me: Dah tu mak cakap apa?
Mak: Mak cakap la kau belum kerja lagi, pastu macam-macam diorang tanya, kenapa tak kerja?
Me: Lain kali kalau ada orang tanya kenapa Adik tak kerja lagi, Mak cakap je sebab suami Adik dah kaya sangat. Mesti diorang tak tanya apa dah lepas tu.

TWO
Nenek J: Nenek tengok anak Nurul ni pendek je, tak panjang pun.
Me: Nak buat camne Nek, dah ayahnya pun tak tinggi mana.
Nenek J: A'ah la, dah baka pendek agaknya, kan?
Me: Takpe Nek, nanti Nurul tarik kaki tangan dia bagi jadi panjang. Takde la dia ikut je keturunan pendek, kan?

THREE
Cik N: Eh, kau dari mana ni Yah? Siap dengan beg banyak-banyak ni.
Mak: Baru balik dari KLIA. Ambik Nurul balik dari Australia.
Cik N: Bukan baru bulan lepas ke dia balik ke sana?
Mak: Dah suami dia bagi duit suruh balik, balik la dia.
Cik N: Eh budak ni. Dia buat Australia tu pergi balik macam KL ke Chow Kit je.

Thursday, March 04, 2010

Dear Mak & Ayah,
Happy 31st Anniversary!!
Semoga Allah permudahkan segalanya di dunia dan di akhirat.
 
Love,
Adik, Cat & Little Nasyran.

Wednesday, March 03, 2010


Hari Jumaat lepas, rombongan Cik Kiah telah menyerang rumah Cik Iena di Kampung Kering, Labu, Negeri Sembilan. Perjalanan yang sungguh mencabar fizikal dan minda sampaikan tersesat ke rumah tinggal yang menyeramkan, tapi berjaya ditempuhi dengan tabah. Paling syok sebab Puan Presiden The Housemate Club telah muncul di tempat kejadian bersama kaum kerabat beliau. Satu je tak best sebab Cik (Puan) Min dan Cik Yaya berada di luar kawasan liputan semasa kejadian mengakibatkan carta organisasi tidak lengkap.

Cik Iena telah mengalami satu episod ngeri dalam kehidupan setelah beliau disahkan ada tumor di spinal cord. Maka, satu pembedahan segera telah dilakukan untuk menghapuskan tumor tersebut dan mengakibatkan tulang berlabel c3 dan c4 telah dikeluarkan lalu meninggalkan parut lanun yang sangat ngeri di bahagian belakang leher beliau. Mujurlah Cik Iena berleher jinjang, maka kehilangan tulang tersebut tidak menjejaskan ke'vogue'an beliau.

Kami telah diperkenalkan dengan nenek sedara Cik Iena yang supercool dan comel sehingga berjaya menambat hati semua orang. Setelah bercuti selama 2 bulan, Cik Iena akhirnya telah memulakan tugas dengan jayanya berbekalkan keputusan cemerlang, gemilang dan terbilang yang diperolehi semasa menuntut di Adelaide dulu. Harap Cik Iena teruskan kehidupan dengan tabah dan berjaya menemui jodoh dalam jangka masa terdekat. InsyaAllah.