Sunday, March 21, 2010

Aku rasa, aku patut tulis pasal Nasyran Al-Fath, dari mula aku tahu dia ada dalam perut, sampai dia selamat tengok dunia ni, dan segala perkembangan dia dari hari ke hari selagi aku masih punya kemampuan nak menulis. Sejak akhir-akhir ni, aku dah mula lupa banyak perkara silam, segala benda sedih atau gembira, sampaikan orang keliling aku beria-ria bercerita itu ini untuk buatkan aku ingat balik.

Dulu masa aku dalam keadaan yang sangat sedih dan tertekan, sampaikan pernah ada rasa nak hilang pertimbangan, aku ada doa kat Tuhan, supaya buat aku lupa kisah silam yang menyakitkan, dengan harapan aku akan tenang. Bukan sekali dua aku mintak, selalu sebelum tidur, aku akan menangis, merayu dan berdoa supaya esok hari seandainya aku masih hidup lagi, aku akan bangun dengan tenang dan lupakan segala memori semalam yang menyakitkan.

Tapi aku tak sangka kesan dia sampai macam ni sekali. Aku dah jadi pelupa yang sangat teruk. Bukan setakat short term memory loss, segala kenangan pahit manis dari kecik dulu pun, dah banyak sangat aku lupa. Hari tu masa kemas rumah, ada jumpa diari lama masa aku baru masuk sekolah menengah, diari masa aku baru habis spm, lepas dapat result spm, masa zaman diploma, dan segala macam notes yang aku tulis randomly dalam buku rujukan dan nota kuliah. 

Ada zaman hati berbunga-bunga ada taman astakona, zaman duka lara meratap hiba, zaman gila-gilaan bersama teman-teman, segala macam benda la. Bila baca tu, aku macam tak percaya yang aku tulis, dan lalui semua benda tu. Sekarang aku dah rasa confuse, betul ke keadaan dulu macam tu?

Nasyran Al-Fath adalah satu kebahagiaan, keindahan dan kemenangan yang Allah anugerahkan lepas aku alami satu demi satu penderitaan. Aku kena jugak tulis pasal dia selagi ingatan aku masih kuat, sebab aku tak tahu entah esok lusa, aku akan lupa semuanya, sampai ke tahap aku tak kenal siapa aku sebenarnya. Tapi, kat mana aku nak mula, ya?
Satu benda yang best kalau naik kereta dengan Ajim, dia suka bercerita, dan pastinya sangat menarik. Masa  otw pi hantar Ayah buat fisio kat HUKM, Ajim bukak cerita pasal dua makhluk Tuhan ni, yang aku namakan Ahmad & Ali. Tak tau la mana Ajim dapat cerita ni, Ayah dengar siap gelak-gelak lagi. Cerita dia camni..

Ada satu hari tu, Ahmad naik kereta dengan Ali. Ali yang pandu kereta tu. Sampai kat satu simpang ni, lampu isyarat menyala merah, tapi selamba je Ali teruskan perjalanan, takde pun nak stop. Ahmad tanya kat Ali ni kenapa dia tak nak stop? Kata Ali, selalu kalau abang dia drive, bila lampu isyarat merah, abang dia tak pernah stop, teruskan je perjalanan. So, bila Ali drive, dia pun ikut je la cara abang dia tu.

Sampai kat satu simpang tiga ni, lampu isyarat menyala hijau. Tetiba je Ali berhentikan kereta. Ahmad dah rasa pelik, kenapa pulak la si Ali ni berhenti, kan? Bila Ahmad tanya kat Ali, kenapa dia berhenti, selamba je Ali jawab, Ali takut abang dia datang dari arah bertentangan, sebab tu la lampu isyarat menyala hijau pun dia berhenti, dia takut terlanggar abang dia yang langgar lampu merah tu.

Satu lagi Ajim cerita benda yang jadi masa dia dengan kawan dia pi hantar baju kat tempat dobi, dorang terjumpa kunci motor. Selamba je kawan Ajim cakap kat dia, "tuan punya motor ni asyik basuh motor je, kali ni dia basuh la kunci motor dia pulak".

Memang sama bengong je Ajim dengan kawan dia ni.

Tuesday, March 16, 2010



Mamat ni aneh gila, tak tau mana tah dia jumpa akaun FB aku, tetiba je nak anta mesej camtu. Dah la takde mutual friend, mana la nak ada mutual friend kan, dia sendiri pun ada 3 orang  kawan je. Sedih, ok? Tapi kan, kalau la mamat ni datang Malaysia, agak-agak pegawai imigresen kat airport tu gelak tak bila nak cop pasport dia? Nama aneh gila kot. Ringan je jari ni nak taip balas balik message dia, bagitau nama dia tu bakal buat mana-mana orang yang faham Bahasa Melayu, akan gelak guling-guling. Tapi, kesian amat, tak sampai hati. Haih. Pi cari orang yang tak faham Bahasa Melayu la kalau nak senggorat pun. Loser amat ini anak~

Friday, March 12, 2010


Inilah perkara yang akan terjadi apabila ibu anda memiliki akaun FB dan  memiliki anak-anak istimewa seperti kami di dalam senarai rakannya. Mintak ampun ye Mak, selalu jadi bahan senda gurau kitorang. Camne pun, kitorang sume sayang Mak beribu-ribu lemon. Hehe.