Payahnya bila terpaksa menadah telinga mendengar kisah manusia yang tak pernah bersyukur atas nikmat kurnia diterima, malah sanggup membelakangkan insan yang bersusah payah mencari sesuap nasi membesarkan dia dari belum bijak mengatur langkah bertatih berjalan, sehingga hidup sempurna ke tahap ini.
Hanya kerana sudah punya sang pecinta yang masih belum tentu sah jadi miliknya, sudah mula melupakan jerih payah si tua menyekolahkan dia. Jasa pun belum tentu terbalas, tapi sudah mula bebas ke sini sana tanpa perlu minta izin, apatah lagi khabarkan ke mana hala tujunya. Jenuh si tua menunggu kepulangan sang pujaan hati yang diasuh dijaga sejak belum kenal dunia, namun hingga ke dinihari, hanya pesanan ringkas nyatakan kepulangannya ditunda.
Kata saja si tua itu kolot, tidak faham jiwa muda mudi sedang asyik masyuk dilanda ombak asmara, penuh cinta bergelora dalam dada. Namun yang tua itulah mengasuh tanpa kenal penat lelah, mahu lihat dia berjaya, mahu dia jadi yang patuh dan mendengar kata.
Ah, manusia memang mudah lupa bila disogok kebahagiaan dunia. Seolah tiada mata memerhati gerak laku, sumbang langkah yang diatur. Jasa si tua belum tentu terbalas sehabis usia, sudah menambah beban fikiran sesak di dada.
Tuhan itu tetap satu, dan keadilan itu pasti ada. Selama mana mahu agungkan bahagia bagaikan di syurga, dunia ini dia yang punya. Biar berpada, tak perlu hidup menongkat langit, kelak tiba masa akan tunduk tersungkur ke bumi jua.
Sabarlah, si tua. Percaya pada Sang Pencipta langit dan bumi, buruk baik balasan pasti terserlah di dunia. Lambat atau cepat, itu semua urusan yang di atas sana. Buang segala sedih, hapuskan semua sisa air mata, ketahuilah, masih ada yang sayang dan peduli dari kejauhan.
Ini jalan hidup yang dia pilih, biarkan dia terus asyik dalam kelalaian menatap keindahan dunia ciptaannya sendiri. Pasti akan tiba saatnya dia meratap hiba terduduk merayu minta diangkat kembali. Percaya pada janji Tuhan, si tua. Percaya.

No comments:
Post a Comment