Monday, February 15, 2010

  • Kau kena pukul dengan orang yang paling kau percaya dan paling kau sayang.
  • Kau ada angan-angan, cita-cita dan perancangan untuk sehidup semati dengan dia.
  • Kau diherdik dengan tuduhan melulu dan dihamun dengan kata nista.
  • Kau diugut akan dipukul lagi setiap kali timbul sengketa.
  • Kau tak dipujuk atau dirayu maafkan dia atas kekasaran dia memukul kau.
  • Kau jauh lebih baik dari segi pendidikan berbanding dia.
  • Kau jadi rebutan ramai manusia di luar sana tapi kau tetap setia.
  • Kau punya masa depan yang sangat cerah berbanding dengan kehidupan dia.
  • Kau punya keluarga yang sayangkan kau dan mahukan yang terbaik.
  • Kau belum punya ikatan sah, belum jadi milik dia sepenuhnya.
  • Kau masih rindukan dia walaupun dia sudah jelak melihat muka kau.
  • Kau masih mengharapkan dia walaupun terang-terangan dia mintak kau lupakan semuanya.
Aku sangat benci lelaki yang pukul perempuan. Sepanjang aku hidup, aku dah banyak sangat dengar isu ni di kalangan kawan-kawan aku sampai aku rasa muak dan nak muntah. Aku rasa sakit sangat bila kau diperlakukan dengan kejam tapi kau masih mengharapkan keadaan akan menjadi baik dan kau masih akan kekal bersama dengan lelaki tu.
Siapa kata putus cinta tak sakit, tak perit? Mana nak letak muka lagi tanggung malu, bila cinta  putus  separuh jalan. Logiknya kalau kau sayangkan seseorang, sanggup ke kau sakiti dia? Untuk apa terus bertahan kalau hanya lebih menyakitkan? Apa ertinya terus bertahan kalau hidup kau penuh tangisan daripada kegembiraan?

Aku tau pendapat aku tak diperlukan jadi aku diam. Tapi hati aku tetap terkilan, jadi aku hanya ada ruang maya untuk meluahkan. Bila kau sanggup hambakan diri pada yang tak tahu menghargai, hanya kerana cinta, kau sebenarnya menempah jalan derita. Apapun, aku cuma  mampu jadi pemerhati yang sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk kau. Semoga Allah bantu kau buat keputusan yang bijak.

No comments: