Showing posts with label the day i am lost for words. Show all posts
Showing posts with label the day i am lost for words. Show all posts

Friday, June 03, 2011

My Hellboy Daddy

@Emergency ICU, HUKM on 22 April 2011



It was a very sad day for all of us, but we managed to laugh it away. After 6 weeks, it was supposed to be taken off today, but after the awful incident, Ayah fell 3 times and somehow, needed to be put on the hellboy mode once again. We shall wait until next Monday as the doctor needs to do some x-ray, and hopefully, he can be free and quit his superhero job, insyaAllah.

Monday, February 15, 2010

  • Kau kena pukul dengan orang yang paling kau percaya dan paling kau sayang.
  • Kau ada angan-angan, cita-cita dan perancangan untuk sehidup semati dengan dia.
  • Kau diherdik dengan tuduhan melulu dan dihamun dengan kata nista.
  • Kau diugut akan dipukul lagi setiap kali timbul sengketa.
  • Kau tak dipujuk atau dirayu maafkan dia atas kekasaran dia memukul kau.
  • Kau jauh lebih baik dari segi pendidikan berbanding dia.
  • Kau jadi rebutan ramai manusia di luar sana tapi kau tetap setia.
  • Kau punya masa depan yang sangat cerah berbanding dengan kehidupan dia.
  • Kau punya keluarga yang sayangkan kau dan mahukan yang terbaik.
  • Kau belum punya ikatan sah, belum jadi milik dia sepenuhnya.
  • Kau masih rindukan dia walaupun dia sudah jelak melihat muka kau.
  • Kau masih mengharapkan dia walaupun terang-terangan dia mintak kau lupakan semuanya.
Aku sangat benci lelaki yang pukul perempuan. Sepanjang aku hidup, aku dah banyak sangat dengar isu ni di kalangan kawan-kawan aku sampai aku rasa muak dan nak muntah. Aku rasa sakit sangat bila kau diperlakukan dengan kejam tapi kau masih mengharapkan keadaan akan menjadi baik dan kau masih akan kekal bersama dengan lelaki tu.
Siapa kata putus cinta tak sakit, tak perit? Mana nak letak muka lagi tanggung malu, bila cinta  putus  separuh jalan. Logiknya kalau kau sayangkan seseorang, sanggup ke kau sakiti dia? Untuk apa terus bertahan kalau hanya lebih menyakitkan? Apa ertinya terus bertahan kalau hidup kau penuh tangisan daripada kegembiraan?

Aku tau pendapat aku tak diperlukan jadi aku diam. Tapi hati aku tetap terkilan, jadi aku hanya ada ruang maya untuk meluahkan. Bila kau sanggup hambakan diri pada yang tak tahu menghargai, hanya kerana cinta, kau sebenarnya menempah jalan derita. Apapun, aku cuma  mampu jadi pemerhati yang sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk kau. Semoga Allah bantu kau buat keputusan yang bijak.

Sunday, February 07, 2010

Sebenarnya aku rasa kau ni gila annoying dan irritating amat. Most of our friends tahu yang kau bermasalah dengan suami kau, tapi kau sibuk nak complaint pasal suami orang lain. As if suami kau terbaik di dunia. Kalau kau rasa kau calon syurga, isteri mithali idaman para suami di luar sana, teruskan je la kehidupan kau dengan bahagia. Tak perlu kot kau nak compare dengan hidup orang lain.

Kau tak perlu pura-pura bahagia depan kami semua, nanti pantang bercakar sikit, kami jugak yang kau cari nak meraung mengadu nasib. Aku kesian amat setiap kali kau update status di FB, konon penuh bahagia menikmati syurga dunia segala, sebab aku tahu sangat perangai suami kau yang pasang awek sini sana. Cukuplah berpura-pura. Kau tak penat ke?

Aku tak pernah berminat nak tahu suami kau baik ke, jahat ke, curang ke, setia ke, tak perlu kot kau jaja cerita merata. Aku pun tak pernah rasa nak jaja cerita hidup aku macam mana, kau je yang sibuk nak ambik tahu, nak complaint hidup aku serba serbi tak kena. Kau tak penat ke aa? Sudah-sudahlah. Kita bukan budak kecik lagi. Ikut kau la nak berlakon hidup bahagia ke apa, jangan sibuk sangat nak ambik tahu hal aku boleh tak? Sebab aku pun tak berminat la nak tahu hidup kau macam mana. Tolonglah berhenti menjadi seorang yang annoying dan irritating. Meluat amat, tau tak?

Haih.

Tuesday, February 02, 2010

Keadaan kesihatan Ayah makin teruk dari hari ke hari, tapi kami cuba tak fikirkan sangat, cuba yakinkan diri keadaan akan bertambah baik, semua penderitaan ni akan berakhir dengan kegembiraan. Terlalu banyak kesedihan dan kepayahan yang terpaksa kami hadapi, tapi mengenangkan ini semua dugaan yang Allah berikan dan Dia pasti tahu apa sebenarnya yang terbaik untuk kami, kami pujuk diri dan cuba sedaya-upaya untuk terus tabah dan bertahan.

Hidup ini terlalu singkat untuk dipenuhi dengan tekanan dan kesedihan. Orang luar hanya tahu melihat dan membuat taksiran sendiri, tapi hanya kami yang merasa pedih seksa dalam situasi runcing begini. Semoga akan ada sinar bahagia buat Ayah, dan Ayah akan kembali cergas, ceria dan sihat macam dulu. Dalam keadaan ni, memang penting untuk kami terus bersatu dan berkhidmat untuk Ayah, kerana entah esok lusa, entah ada lagi ke peluang untuk kami masih dapat lihat Ayah tersenyum bahagia. Semoga ada yang di luar sana, sudi  untuk turut sama mendoakan kesejahteraan Ayah, mengharapkan segala yang terbaik.

Tuhan, kami masih perlukan Ayah di sisi, jadi tolong pinjamkan Ayah buat kami lama-lama lagi, ye? Terima kasih, Tuhan!

Sunday, January 31, 2010

Kisah Curang Satu
Pasangan yang berkenalan di tempat kerja lalu berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia kurang 2 tahun. Isteri bertukar tempat kerja lain, sedang mengandung 5 bulan anak kedua. Suami naik pangkat menjadi pelatih untuk pekerja baru, berkenalan dengan seorang janda yang menjalani latihan di bawahnya. Bermula skandal biasa kononnya, tapi akhirnya sampai berkongsi katil. Isteri sarat mengandung, anak masih perlukan kasih manja, tapi kerana gilakan si janda, talak dilafazkan pada si isteri. Agaknya suami meletakkan otak di mana? Sudahnya isu dibawa ke pengetahuan pihak atasan, suami diturunkan pangkat, dikenakan tindakan disiplin dan dipulaukan rakan sepejabat. Apa agaknya nasib anak yang masih mahu bermanja dengan si bapa, dan apa pula nasib anak yang masih di dalam perut yang tak tahu apa-apa?

Kisah Curang Dua
Seorang lelaki di peringkat usia 60 yang beristeri dua dan sudah bercucu. Menjalinkan hubungan dengan si gadis yang sebaya usia anaknya sehingga berani masuk meminang namun ditentang bapa si gadis. Si isteri kedua mendapat tahu lalu bertindak menyamar menjadi si gadis usia 20 berkenalan melalui sms dengan si suami. Mendapat layanan mesra dan manja sehingga berani si suami mengajak ke hotel berkongsi katil, hanya melalui sms. Tak pernah bersua muka, tak pernah mendengar suara, hanya baris-baris ayat manja sms sudah cukup untuk mengajak ke kamar tidur. Tak cukup berbini dua, mahu ditambah pula yang ketiga?

Kisah Curang Tiga
Si isteri seorang pegawai atasan kerajaan lulusan universiti, si suami seorang pekerja bawahan yang cuma tamat pengajian peringkat menengah. Punya anak seramai 4 orang yang kesemuanya perempuan dan masih bersekolah. Kerana cinta dan sayang, semua hasil titik peluh si isteri diserahkan sepenuhnya pada suami, malah setiap malam bersengkang mata membuat kuih untuk diniagakan bagi menambah pendapatan dan menampung gaji suami yang kecil. Suami bergaya ke sana sini dengan kereta milik isteri dan mewah dengan telefon bimbit ribuan ringgit berjenama terkenal.
Suami berkenalan dengan seorang wanita warga asing dan melangsungkan perkahwinan di negara jiran dalam diam. Hampir setahun berahsia, si isteri mendapat berita lalu mendesak minta diceraikan. Terus talak tiga dilafazkan, malangnya suami yang terpaksa bungkus kain baju keluar dari rumah milik si isteri. Semua kemewahan suami terpaksa dipulangkan kembali, lebih malang lagi semua anak dibebankan pada suami untuk dijaga dan dibesarkan. Si isteri yang terluka dan tidak dapat memaafkan suami, mahu belajar hidup sendiri dan nampak bahagia dengan jalan yang dipilih.
Isteri baru warga asing menunjukkan belang sebenar dan tidak mahu tinggal serumah dengan anak tiri. Sudahnya anak seramai 4 orang dihantar pada nenek di kampung, terpisah dengan ibu dan ayah, hanya kerana suami menangkan perasaan si isteri baru. Salah siapa agaknya bila anak mula tunjuk perasaan dan tak jadi macam apa yang diharapkan?

Sunday, January 17, 2010

"Aku takde nak percaya benda-benda syirik ni. Tak kuasa aku nak dengar cakap dukun, kena buatan orang la, tak pasal je nak tuduh orang tu orang ni, berdosa besar tu. Senang aku doa je kat Tuhan lepas habis sembahyang, Ya Allah Ya Tuhanku, aku ni takde nak hasad dengki kat orang, takde nak buat naya kat orang. Tapi kalau ada orang nak buat ilmu hitam kat aku, aku mintak Kau tolong humban balik semua benda tak senonoh tu, biar kena balik kat kepala orang yang buat tu. Baru padan dengan muka dia."
 (Cik Soyah, 2010)

Cik Soyah memang terbaik ah! Semalam datang nak visit Ayah dengan Cikenit, sembang bukan main lama lagi. Lama betul tak jumpa Cik Soyah. Dulu masa kat rumah lama, hari-hari pun boleh dengar suara dia memekik kat dapur rumah. Sangat comel je bebel-bebel dekat menantu dia sebab tak nak pergi kerja, nak duduk rumah je melepak, habis sampai semua jiran keliling pun tahu.

Cik Soyah ni sekolah pun tidak, membaca pun tak tahu. Tapi anak-anak dia semua hebat-hebat, Along & Angah US graduate, kerja bagus-bagus, sekarang dok mewahkan mak diorang. Dulu diorang semua hidup susah, arwah Cik Siron meninggal masa Along nak fly ke US, kesian Cik Soyah dok jual kuih nak sara hidup anak dia. Anak-anak dia semua hormat dia, takde pun nak rasa terhina ke apa sebab dia tak belajar tinggi. Tapi tak pandai membaca dan mengira pun, tang duit tu, tau pulak beza nilai dia. Kelakar jugak Cik Soyah ni.

Semalam kami dok gelak-gelak je layan sembang dengan Cik Soyah. Ayah pun tersengih-sengih. Tapi masa Ayah nak bangun untuk solat Subuh pagi tadi, tiba-tiba je kaki kiri Ayah tak boleh gerak. Jadi lembik semacam. Masa Epah pimpin Ayah bawak ke bilik air, Epah suruh Ayah tunggu kejap, dia nak ambil kerusi bagi Ayah duduk untuk senang berwuduk. Epah lepaskan Ayah, pusing nak ambil kerusi, Ayah terus jatuh terduduk. Rupanya bukan setakat nak berjalan sendiri pun dah tak daya, sekarang Ayah dah tak mampu nak berdiri lagi.

Sepanjang hari Ayah baring je, Ayah cuba angkat badan nak duduk, tapi terbaring balik. Memang Ayah dah tak berdaya, dah tak kuat. Sebelah kiri Ayah dah tak mampu nak berfungsi.

Hari ini jiran tetangga tak henti-henti datang melawat Ayah. Bertambah satu lagi episod duka dalam hidup kami, tapi macam biasa, hidup tetap perlu diteruskan dengan senyuman, walau sepahit mana keadaan. Betapa mudahnya Tuhan nak tarik balik nikmat kehidupan ni, kan? Semalam Ayah masih mampu tersenyum gembira, tapi hari ni? Sekarang melihat derita Ayah depan mata, entah masa depan, apa pula nasib kita ya?