Showing posts with label the day he left us. Show all posts
Showing posts with label the day he left us. Show all posts

Thursday, May 20, 2010




Abah,
Hari ni cukup sebulan Abah duduk rumah baru. Sekejap je kan masa berlalu. Setiap kali teringatkan Abah, rasa sayu sangat hati ni. Macam ada je unfinished business. Takpelah, walaupun banyak persoalan yang tak terjawab, saya harap sangat Abah tenang je dekat sana. Saya selalu pujuk hati, Abah sekarang dah jumpa cinta Abah kat sana, Abah gembira dapat jumpa dengan Mak balik.

Abah,
Sepatutnya kami sambut ulang tahun kelahiran Abah beberapa hari sebelum Abah pergi. Kak Nor dah siap tempah handmade card dekat kawan dia. Cantik sangat. Tapi Allah lagi sayang Abah, tak sempat Kak Nor nak bagi Abah baca isi kandungan kad yang lawa ni, Abah dah pergi dulu tinggalkan kami. Mungkin itu sebabnya Kak Nor tak henti-henti nangis, berusaha kesat air mata dia sebab tak nak bagi menitis jatuh ke atas Abah masa dia cium Abah buat kali terakhir, sebelum kain putih tutup muka Abah sepenuhnya.

Abah,
Cucu Abah, Nasyran Al Fath dah lebih 5 bulan umur dia. Semakin bijak dan bertambah comel dengan keletah dia yang mencuit hati kami semua. Kalaulah Abah ada dengan kami sekarang ni, mesti Abah seronok melayan si kenit ni. Setiap hari, ada je benda baru yang dia buat untuk tarik perhatian kami. Harapnya, si kenit ni akan membesar dengan sihat dan ceria selalu, menjadi anak yang soleh. Nanti dia dah besar, dah faham, kami akan ceritakan pasal Atuk Ali dan minta dia doakan kesejahteraan Abah dekat sana.

Abah,
Semalam saya mimpikan Abah sampai saya terjaga. Termenung sekejap sebab terkilan tak dapat tengok Abah lama-lama. Saya cuba tidur balik,mana tahu Abah akan muncul balik dalam mimpi saya. Tapi, takde pun. Haih. Terus rasa rindu kat Abah tu muncul. Sebaknya rasa bila teringat kat Abah.

Abah,
Kami dah dapat rumah, sekarang ni tengah sibuk pindahkan barang. Tak sempat Abah nak datang rumah kami kan. Takpelah Abah, rasanya mesti Abah ada peluang jugak jenguk kami, walaupun kami tak nampak Abah kat mana. Apapun, kita cuma berpisah jasad je, ingatan kami kat Abah tetap kekal sampai bila-bila.

Thursday, April 22, 2010

Abah,

Tiba-tiba je hari ni saya rasa rindu sangat kat Abah. Baru dua hari je tak tengok muka Abah, rasa macam nak pecah je dada ni tahan sebak. Saya tahu Abah dah gembira sekarang sebab Abah dah dapat jumpa Mak. Lama kan Mak tunggu Abah, dah tujuh tahun baru Abah sampai. Abah sekarang dah ada rumah baru. Wangi tau rumah Abah sebab hari-hari kami siram air mawar dan kami tabur bunga.

Abah,

Lepas Abah dimandikan dan disarungkan pakaian serba putih, semua anak-anak dan menantu Abah dipanggil untuk cium abah kali terakhir. Saya cium pipi kanan, pipi kiri, cium dahi, rasa sejuk sangat. Tengok muka Abah nampak tenang je. Sakit yang Abah tanggung selama ni dah berakhir, kan. Sekarang Abah dah tak sakit lagi. Cukup la segala derita yang Abah rasa sejak berbelas tahun dulu. Dah sampai masa untuk kesakitan tu berhenti dan lenyap terus untuk selama-lamanya.

Abah,

Tahun lepas, masa bulan puasa doktor masukkan bateri untuk tolong jantung Abah berfungsi. 2 minggu Abah duduk wad. Balik rumah tengok kesan operation tu memang nampak ngeri. Tapi Abah macam biasa la, nampak steady je. Sempat jugak masa Abah kat IJN tu, saya singgah tengok Abah masa saya pergi check-up dekat Al-iSLAM. Saya tak dibenarkan puasa hari tu, saya pun habiskan Cheesy Chicken Sandwich Abah. Patut la Abah tak habis makan hari tu, cheese dalam sandwich tu dah expired. Tergelak-gelak je saya pergi buang sandwich tu, sebab Abah dah makan separuh ingatkan memang rasa cheese tu macam tu.


Abah,

Tahun lepas, pertama kali saya beraya sebagai menantu Abah. Masa tu Nasyran Al-Fath pun tak keluar lagi, sibuk menendang perut saya. Seronok Abah layan keletah cucu-cucu Abah masa tu. Sempat lagi Abah cakap, kalau boleh Abah harap saya lahirkan anak lelaki, nak cukupkan senarai cucu Abah, 3 perempuan, 3 lelaki. Alhamdulillah,Tuhan perkenankan impian Abah tu.

Abah,

Malam ni kami buat tahlil untuk abah, siap buat aqiqah untuk 3 orang cucu Abah yang paling kecik., macam apa yang Abah hajatkan. Dapatlah Nasyran Al-Fath seekor lagi kambing. Malam ni, tertunailah hajat Abah nak jamu orang surau, bezanya Abah dapat tengok dari jauh je la. Abah tak dapat pun sama-sama melayan tetamu yang datang, berkongsi menjamah hidangan.

Abah,

Walaupun Abah cuma sempat jadi Abah saya setahun lebih sikit je, Abah tetap ada dalam hati saya sampai bila-bila. Abah jangan risaukan anak cucu, kami semua baik-baik je. Abah tenang-tenang je kat sana. Kalau Abah ada dengan Mak kat sana, sampaikan salam saya. Cakap dekat Mak, saya dah tunaikan janji saya untuk kahwin dengan anak kesayangan Mak, insyaAllah saya akan jaga dia sampai ke hujung nyawa.

Sunday, March 28, 2010

Semalam bangun tidur check handphone ada sms dari Jaja, pukul 2.59 pagi dia hantar. Memang tak sedar langsung, tambah pulak handphone pi letak dalam bag. Kata Jaja, ayah dia tenat dan mintak doakan. Dalam pukul 10 pagi, call Jaja tapi dia tak angkat. Tak lama lepas tu Jaja call dan cakap keadaan  Ayah dia bertambah teruk. Warded dekat IPR. Memula diagnose kata TiBi, dah bagi ubat TiBi, makin teruk pulak. Check balik, kata Lung Cancer pulak. Ayah Jaja tak pernah hisap walau sebatang rokok pun, so dah ada kemusykilan kat situ.

Doktor kata ada few hours je, by right pagi Sabtu tu dah sampai masa. Tapi Ayah Jaja masih boleh cakap, masih layan pelawat, cuma ada sikit la shortness of breath. Petang semalam Ayah Jaja mengamuk mintak nak balik rumah, tak nak duduk hospital. Terus doktor suntik masuk ubat dan Ayah dia unconscious. Malam semalam sms Jaja, dia kata Ayah dia makin lemah, nak masuk melawat pun kena dua orang je sekali masuk.

Petang tadi lepas tengok Abah kat IJN, pi singgah IPR nak tengok Ayah Jaja. Masuk dengan Jaja, tengok kakak dia dok sapu air zam-zam kat bibir ayah dia yang kering sangat. Terpaksa tarik kejap oxygen supply mask tu untuk sapu air. Ayah Jaja memang tak sedar langsung. Jaja dok pegang, usap-usap tangan Ayah dia. Sempat lagi Jaja suruh saya pegang tangan Ayah dia, kata Jaja tangan Ayah dia panas je, walaupun aircond kat dalam tu sejuk menggila.

Dapat tengok kejap je, sebab bagi peluang orang lain datang melawat pulak. Kat luar wad, borak dengan Jaja, bila nak balik, peluk Jaja, dia tak nak lepaskan. Pujuk Jaja, tapi dia terus menangis non-stop. Lepaskan pelukan, lap air mata dia, suruh dia kuat, dia sambung peluk dan nangis balik. Sedih sangat, tapi tak nak nangis depan Jaja, takut dia breakdown teruk sangat. Saat-saat genting macam ni, Jaja kena kuat dan tabahkan hati dia.

Balik rumah, tapi dalam hati dok teringat lagi kat Ayah Jaja. Ayah dia sihat, takde penyakit apa pun, benda start dengan batuk-batuk biasa je, tapi boleh berubah sekelip mata jadi Lung Cancer at it's final stage!  Doktor cuma bagi jangkaan dia akan hidup dalam beberapa jam je lagi. Dalam masa sehari dua nak telan hakikat camtu je, memang payah.

Tadi sebelum Maghrib ada misscalled dari Jaja. Bila call balik Jaja nangis tanya dah tau berita ke? Rupanya Ayah dia baru je meninggal. Innalillah. Harap sangat ada dekat dengan Jaja supaya dapat peluk dia dan tenangkan hati dia. Semoga Arwah PakCik Ngah akan ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.

Wednesday, November 04, 2009

Mohd Faizal Bin Chanmekun. Satu nama yang tak mungkin dapat aku lupakan sampai bila-bila pun. Aku pernah tulis kisah dia kat sini, sini, sini dan sini. Lately, bila check site meter, ramai jugak yang google pasal dia dan buat aku tertanya-tanya. Bukan setakat dari KL, Penang, Kedah, Selangor dan jugak Sarawak, ada yang muncul dari UK dan Singapore. Kenapa ya?

Apapun, aku harap sesiapa je yang cari info pasal dia, sesiapa je yang mengenali dia, hanya mengingati segala perkara indah, dan turut sama doakan dia tenang di alam sana. Terlalu banyak kisah sedih dia yang aku dengar dari sumber terdekat, masa dia hidup lagi ke, atau masa dia di ambang kematian ke, atau selepas pemergian dia, tapi hati aku tertutup untuk berkongsi kisah dia di sini.

Masa dia dah sampai, perjalanan hidup dia di dunia ni dah terhenti, kita yang masih hidup ni, bila agaknya akan dijemput pergi?

Thursday, October 08, 2009


How beautiful! MJ, Rest In Peace, ya?