Sunday, February 21, 2010



Hobi baru cikenit adalah melihat webcam dengan muka teruja sambil senyum-senyum comel. Bukan main seronok lagi beliau bila tengok muka sendiri display kat skrin komputer. Rekod terbaru beliau sudah seberat 4.6kg. Pertambahan 500gm++ dalam masa seminggu adalah sangat mengkagumkan. Teruskan usaha murni tersebut, semoga cikenit berjaya!

Saturday, February 20, 2010



It was my 27th birthday last year when we get married. One year has passed, but 365 days were not enough for me, so please give me more and more days to love you. I don't need any gift from you as Allah has given us Nasyran Al-Fath, the best and greatest gift, so far. Be mine forever, Sayang. I Love You.

And Happy 28th Birthday to me!

Monday, February 15, 2010

  • Kau kena pukul dengan orang yang paling kau percaya dan paling kau sayang.
  • Kau ada angan-angan, cita-cita dan perancangan untuk sehidup semati dengan dia.
  • Kau diherdik dengan tuduhan melulu dan dihamun dengan kata nista.
  • Kau diugut akan dipukul lagi setiap kali timbul sengketa.
  • Kau tak dipujuk atau dirayu maafkan dia atas kekasaran dia memukul kau.
  • Kau jauh lebih baik dari segi pendidikan berbanding dia.
  • Kau jadi rebutan ramai manusia di luar sana tapi kau tetap setia.
  • Kau punya masa depan yang sangat cerah berbanding dengan kehidupan dia.
  • Kau punya keluarga yang sayangkan kau dan mahukan yang terbaik.
  • Kau belum punya ikatan sah, belum jadi milik dia sepenuhnya.
  • Kau masih rindukan dia walaupun dia sudah jelak melihat muka kau.
  • Kau masih mengharapkan dia walaupun terang-terangan dia mintak kau lupakan semuanya.
Aku sangat benci lelaki yang pukul perempuan. Sepanjang aku hidup, aku dah banyak sangat dengar isu ni di kalangan kawan-kawan aku sampai aku rasa muak dan nak muntah. Aku rasa sakit sangat bila kau diperlakukan dengan kejam tapi kau masih mengharapkan keadaan akan menjadi baik dan kau masih akan kekal bersama dengan lelaki tu.
Siapa kata putus cinta tak sakit, tak perit? Mana nak letak muka lagi tanggung malu, bila cinta  putus  separuh jalan. Logiknya kalau kau sayangkan seseorang, sanggup ke kau sakiti dia? Untuk apa terus bertahan kalau hanya lebih menyakitkan? Apa ertinya terus bertahan kalau hidup kau penuh tangisan daripada kegembiraan?

Aku tau pendapat aku tak diperlukan jadi aku diam. Tapi hati aku tetap terkilan, jadi aku hanya ada ruang maya untuk meluahkan. Bila kau sanggup hambakan diri pada yang tak tahu menghargai, hanya kerana cinta, kau sebenarnya menempah jalan derita. Apapun, aku cuma  mampu jadi pemerhati yang sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk kau. Semoga Allah bantu kau buat keputusan yang bijak.

Sunday, February 14, 2010

Tetaplah menjadi bintang dilangit
Agar cinta kita akan abadi
Biarlah sinarmu tetap menyinari alam ini,
Agar menjadi saksi cinta kita
Berdua...
Berdua..

Sudah..
Lambat sudah...
Kini semua harus berakhir
Mungkin inilah jalan yang terbaik
Dan kita mesti relakan kenyataan ini
(Kasih Tak Sampai by Padi)

Awak,
Saya dah jumpa kesayangan saya. Saya tak perlu raikan Hari Kasih Sayang sebab hari-hari pun saya sayang dia. Saya harap awak jumpa kesayangan awak dan awak dapat raikan Hari Kasih Sayang yang awak idamkan selama ini. Takpelah kalau tak pernah sambut dengan saya pun, sebab kasih awak kat saya memang takkan pernah sampai.