Friday, December 04, 2009

Maafkan saya, Tuhan, sebab dari semalam saya tak boleh berhenti dari bertanya

"KENAPA SAYA?"

Saya dah tak tau apa yang patut saya doakan, apa yang patut saya mintak.

Jujurnya, hati saya sudah ranap.

Seranap-ranapnya.
"It's good to remember something that make us happy whenever we are feeling down, so that we know, actually we have such a wonderful life around us. There's a lot of people around you who do feel that you are so special and so close to our heart, mind and soul. Don't you ever let those people with hatred put you down. You are what you are. Just remember that we love you, no matter what, and we would always pray for your happiness. Insya-Allah, everything's gonna be fine. Just believe in that, ok?"
(President of The Housemate Club, 2009)

Tuesday, December 01, 2009

Aku memang suka sangat baca blog Makji Esah ni, sebab aku rasa she thinks differently, bukan jenis Melayu totok yang sesuka hati je nak kata orang itu ini. Apa yang best, dia ni memang updated dengan apa je yang jadi kat Malaysia tercinta ni walaupun dia nun jauh bermaustatin kat UK. Setiap kali dia buat ulasan pasal kes-kes terhangat kat Malaysia ni, mesti ada je benda-benda yang kengkadang aku sendiri tak terfikir kenapakah boleh jadi camtu pulak?

One of her entries, aku rasa dia fikir exactly sama macam apa yang aku pernah / sedang lalui sekarang. Macam nak cakap je kat dia ni, I couldn't agree more!! Here is the snapshot of what she's writing, and what I'm thinking.

Kadang-kadang dalam hidup ni, memang kena bermulut longkang kot eh kalau nak sedarkan orang yang hati batu bebal tak hengat kan? Kot ada kesedaran la, kot tak jugak insaf, buat je macam Makji Esah ni, watch and ignore, sampai dia jatuh terjelepuk. Masa tu kita tengok la kan, sape yang kena? :)

Monday, November 30, 2009

The sooner you STOP being my problem and START being my solution, the better of you'll be.
(Madeliene White, Inside Man 2006)

Sunday, November 29, 2009

..and when the pots calling the kettle black

Sunday, November 22, 2009



Bila la nak pi Pavillion lagi belasah makan ni aa? The Bedmate busy kerja la pulak, takde masa nak jalan-jalan. Tapi, masalahnya, saya ni larat ke nak tawaf Pavillion tu? Setakat pi Jusco yang sekangkang kera je dari rumah ni pun dah pancit tahap gaban. Haih.. sadisnya~

Saturday, November 21, 2009

Hari yang dimulakan dengan sangat gembira tak hengat donia sebab dah berjaya bagi rupa baru kat blog ni. Hohoho. Macam la ada orang peduli pun kan? Setakat yang baca adalah diri sendiri, masih nak berbangga tak kira tempat. Tapi tak kesah pun, janji rasa gembira jugak setelah sekian lama membiarkan blog ini berdindingkan kaler merah jambu yang nampak macam ayu sangat je pulak.

Err.. tetiba je macam blur tatau nak cakap ape. Nanti la sambung lagi ye? Tata~

Wednesday, November 04, 2009

Mohd Faizal Bin Chanmekun. Satu nama yang tak mungkin dapat aku lupakan sampai bila-bila pun. Aku pernah tulis kisah dia kat sini, sini, sini dan sini. Lately, bila check site meter, ramai jugak yang google pasal dia dan buat aku tertanya-tanya. Bukan setakat dari KL, Penang, Kedah, Selangor dan jugak Sarawak, ada yang muncul dari UK dan Singapore. Kenapa ya?

Apapun, aku harap sesiapa je yang cari info pasal dia, sesiapa je yang mengenali dia, hanya mengingati segala perkara indah, dan turut sama doakan dia tenang di alam sana. Terlalu banyak kisah sedih dia yang aku dengar dari sumber terdekat, masa dia hidup lagi ke, atau masa dia di ambang kematian ke, atau selepas pemergian dia, tapi hati aku tertutup untuk berkongsi kisah dia di sini.

Masa dia dah sampai, perjalanan hidup dia di dunia ni dah terhenti, kita yang masih hidup ni, bila agaknya akan dijemput pergi?
Sometimes some things are just too obvious to be ignored (Hamis Jalikha, 2009)