Showing posts with label the cikenit day. Show all posts
Showing posts with label the cikenit day. Show all posts
Wednesday, October 10, 2012
Tuesday, February 28, 2012
My Cikenit
Lama dah tak berusik blog ni, terbiar je tak update. 2012 has been great so far, harapnya akan terus cemerlang sampai ke hujungnya. Nasyran Al Fath dah semakin bijak, mulut semakin riuh, semakin nakal sampai kadang-kadang tak terkawal segala kerenah dia.
Cikenit ni dah jadi peminat tegar K-Pop, hasil didikan Ashu dok sogok segala macam video gadis-gadis comel terkinja-kinja menari. Habis la rosak anak Mummy ni. Sekarang ni pantang dengar lagu kat TV, mula la atur step nak menari, bikin Daddy panas hati.
Memang maintain kenit, dah umur 2 tahun pun, masih lagi dengan berat 9kg++, tapi Mummy pasrah lama dah, janji sihat, cukup makan, cukup susu. Kalau dah memang ikut gen Daddy, usaha macam mana pun, itu jugak hasilnya.
Masih lagi manja, nak berkepit dengan Mummy sepanjang masa. Mummy pun tak tahu bila la nak tambah ahli keluarga, masih lagi tak bersedia. Harapnya, akan ada jugak rezeki satu hari nanti, untuk Acan dapat adik perempuan pulak, InsyaAllah.
Wednesday, January 04, 2012
Wednesday, August 03, 2011
Wednesday, May 25, 2011
Budak Kenit Sudah Membesar!!!
@Bilik Aunty, tempat kegemaran di rumah Opah
1. Nasyran Al-Fath dah boleh jalan sendiri, sangat laju dia melangkah, kadang-kadang macam nak berlari je. Secara rasminya berjalan pada usia 1 tahun 5 bulan (corrected age: 1 tahun 4 bulan). Lambat berbanding rakan-rakan sebaya, tapi bersyukur saja atas kurnia-Nya. Alhamdulillah.
2. Tumbuh 2 batang gigi bawah, selang beberapa hari, tumbuh pulak 2 batang gigi atas. 4 batang gigi serentak pada usia 1 tahun 4 bulan. Sama seperti di atas, kami panjatkan kesyukuran kerana tak perlu lagi dia meraung diambil darah untuk diuji di makmal hanya kerana gigi lambat tumbuh. Alhamdulillah.
3. Tidak perlu lagi ke hospital untuk pemeriksaan lanjut selepas doktor mengesahkan perkembangan fizikal dan mental si borderline premature baby kami ini, adalah normal seperti kanak-kanak seusia. Maka, 23 Mei 2011 adalah temujanji terakhir kami di hospital dan insyaAllah, harapnya Nasyran Al-Fath terus dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Alhamdulillah.
4. Pada usia 1 tahun 5 bulan, berketinggian 73cm, berat 8.1kg, agak kecil berbanding kanak-kanak lain, nyatanya memang acuan Daddy, jadi kami terima saja dengan hati yang redha. Alhamdulillah.
5. Akan berusia 18 bulan dalam tempoh 2 minggu lagi, mendapatkan imunisasi terakhir dan harapnya, semua akan baik-baik saja. Semoga si kecil kesayangan kami ini akan terus membesar sempurna, insyaAllah menjadi seorang yang bertakwa dan berguna kepada semua. Terima kasih Tuhan, kerana mengamanahkan satu nyawa ini untuk kami didik dan sayangi hingga ke hujung nyawa. Alhamdulillah.
Thursday, January 27, 2011
Hari Menjadi 1
Kejap je rasanya, dah setahun umur si kenit ni. Makin bijak dan banyak akal. Belum ada gigi walaupun sebatang dan belum berjalan. Rasanya nanti dia terus berlari je, tak pun shuffle je terus. Haha. Takde official celebration, ni pun saja kumpul satu family, makan-makan dan potong kek sebab semua kaum kerabat insist suruh jugak celebrate, tangkap gambar, buat kenang-kenangan.Ni pun kami celebrate lewat 4 hari dari birthday Nasyran, tapi tak kisah la, kan? Siap Opah sponsor kek, Cik Epah sponsor KFC lagi. Baju yang Nasyran pakai tu pun, Opah hadiahkan. Murah rezeki Nasyran.
Ni first time Atuk datang rumah Nasyran, semangat siapkan Atuk letak atas wheelchair, tolak masuk rumah terus dengan wheelchair, mudah dan selesa untuk Atuk makan. Nasyran selalu ikut Mummy jaga CC, siap ada peminat setia kat CC ni, tu yang ada hadiah dari Kak Norish & Abang Firdaus. Pantang je nampak Nasyran, masing-masing berebut nak kerumun, nak dukung. Diorang selalu gaduh nak bagi hadiah paling besar untuk Nasyran, paling tak tahan Abang Firdaus kata nak bagi hadiah sebesar bumi. Adoi la, tak terbayang macam mana punya besar la hadiah tu, kan?
Mummy & Daddy bawak Nasyran ke Melaka Wonderland dengan family Daddy. Nasyran happy sangat. Balik tu kita ke Wangsa Maju pulak, potong kek dengan Abang Farhan, sama-sama December babies ni. Harapnya tahun depan kita masih dipanjangkan umur, dapat meraikan ulangtahun Nasyran sama-sama. InsyaAllah.
Thursday, December 09, 2010
Masanya Telah Tiba!!
Nasyran Al-Fath with his favorite 'mana-mulut-tikus' pose few days before he turns 1
Alhamdulillah, Nasyran Al-Fath menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama tepat jam 5.25 petang hari ni. Terlalu banyak yang jadi, segala pahit manis, senyum tangis, sepanjang 365 hari yang dah berlalu, tapi berjaya ditempuhi dengan ketabahan menggunung. Semoga hari-hari mendatang membawa sinar bahagia dan keceriaan berpanjangan, insyaAllah.
Tuesday, November 09, 2010
OMG!! You're 11, Sayang!!
Nasyran Al Fath @ 9 month with lovely Opah
How could it be possible for someone clumsy like me, raising a newborn for 11 month already? The fact that he is still alive and kicking is so amazing (read: amusing). Another 1 month to go, he'll be all grown up, starts walking and forget his Mummy T__T
Sayang,
It was heartbreaking when you was warded for 8 days when I was discharged and ready to go home. You were left alone sleeping at the hospital while I cried myself to sleep at night. A total nightmare, but Alhamdulillah, we both survived and here you are, one little cheeky baby growing healthy and making both of Mummy and Daddy happy.
At your 10 month check-up last few weeks, you were only weighing at 7.1kg with 69cm height, and that is a bit lower from the normal baby should be. No worries, Sayang! Since you were born at only 2.09kg, your paed said that's okay, as long as you're healthy and active. No matter what, we both love you with all our heart.
Happy 11 month, love!
Wednesday, June 09, 2010
Tuesday, March 30, 2010
100 days with Nasyran Al-Fath
Ini sepatutnya ditulis last few days, tapi Mummy malas nak update. Tapi Mummy tulis setakat apa achievement & progress Nasyran from the last update @ 2 months sampai la setakat umur 100 hari je tau. Here goes:
1. Dah pandai panggil Daddy walaupun pelat. Kalau tak nampak Daddy depan mata, bising je mulut dok sebut 'edi.. edi.. edi'. Kalau nampak Daddy je, baru nak senyap. Jadi Mummy adalah super jeles sebab Nasyran tak pandai lagi panggil Mummy. Semalam (29/03/2010), Nasyran sebut nenen-nenen-nenen masa nak BF. Mummy super terkejut ok? Cepat sebut nama Mummy, kalau tak, no more nenen after this. Haha!
2. Mulut sangat bising, suka nak bersembang dan gelak-gelak comel buat Mummy geram. Mummy kena sembang dengan Nasyran je, tengok muka Nasyran je. Tak boleh sembang dengan orang lain, nanti Nasyran akan merusuh pastu jerit soprano style.
3. Dah mula mandi guna air paip sepenuhnya, takde campur air panas lagi dah. Opah yang suruh, sebab nak bagi badan kuat. Memula tu, nangis macam kena dera, sekarang getting better dah. Bagus anak Mummy!
4. Awal pagi dah kejut Mummy bangun solat Subuh, tak payah set alarm kat handphone lagi dah. Nasyran buat pusingan 45° lawan arah jam, set betul-betul kaki tepat hala kat pinggang Mummy, dan tendang sekuat-kuatnya secara rusuhan. Suara standard kena jerit soprano style, sampai Mummy bangun. Pastu bila Mummy bukak mata, automatik gelak dan tegur Mummy konon macam cakap "Good Morning" la kot. Jadi impian Mummy nak bangun pukul 8 onwards adalah gagal sama sekali.
5. Banyak akai kalau suruh mandi. Akan pura-pura tidur dan keraskan badan seolah-olah pengsan. Buatlah trick apa pun, cucuk ke, geletek ke, cuit-cuit ke, badan tetap maintain keras. Tapi taktik Nasyran selalunya gagal sebab akan diusung ke bilik air jugak. Haha!
6. Suka bercakap dengan lampu dan kipas, tatau pasaipa. Layankan aje la.
7. Dah kena suap dengan milo ais, jus mangga, air sirap, air ribena. Muka aneh, tapi Nasyran layan je. Ni semua kerja gila Cik Epah dengan Mummy, Daddy takde di tempat kejadian. Kalau tak, sure Mummy dah kena bebel. Hehe.
8. Pantang tengok Mummy on the phone dengan Daddy, mesti sibuk nak cakap jugak. Terpaksa Mummy turn on loud speaker, bagi Nasyran cakap dengan Daddy. Pastu mula la mulut bising nak ngadu itu ini, macam la Daddy faham pun. Haha. Selagi tak dapat cakap, akan merusuh seperti biasa. Dah lepas cakap ngan Daddy, muka mesti excited, best sangat la kot dapat report kat Daddy.
9. Berat dah lebih 5kg, good progress sebab dah masuk white zone akhirnya. Alhamdulillah. Tapi, tak panjang sangat la Nasyran ni, bak kata Nenek J, mungkin sebab keturunan kot. Haha. Takpe, nanti dah besar sikit Mummy bagi makan Calci-Yum, mesti cepat panjang.
10.Suka pi jalan. Kalau tengok Mummy siap pakai tudung, mesti angkat tangan nak mintak dukung sebab tau Mummy nak pi jalan. Masalahnya, kalau Mummy pakai tudung nak pi sidai baju kat luar pun, nak ikut jugak. Haih. Payahnya. Tapi kalau Mummy dukung dalam carrier, automatik tidur. Senang Mummy nak usung ke sana sini, elok je tidur dalam carrier. Mummy je selalu usik sana sini, nak pastikan Nasyran tak suffocated. Sangat senang dan mudah dibawak berjalan ke mana je, tak kisah panas ke sejuk. Maintain je tidur dalam carrier.
Cukuplah 10 je Mummy tulis. Nanti next month tulis progress lain pulak tau. Kat bawah ni gambar Nasyran tengah dok galak bersembang dengan Daddy.
Ni bukti Nasyran dok tidur lena je dalam carrier masa ikut Mummy pi jalan-jalan dengan Daddy. Memang good boy la anak Mummy ni. Sayang Nasyran juta-juta tau.
Saturday, February 06, 2010
Hari ni buat Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul untuk Cikenit. Dalam dok cancel plan tu, berjaya jugak buat majlis untuk dia. Dah la cari kambing pun last minute, main google je, syukur sangat jumpa blog Encik Zul Seri Bumi Ternak, main calling-calling je. Dapat jugak kambing sekor untuk Cikenit. Kalau ikutkan untuk anak lelaki kena 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu, tapi Nabi dulu buat untuk cucu dia Hassan dan Hussin seorang sekor je, so ikut mana terbaik la.
Servis Encik Zul memang terbaik, highly recommended, siap boleh request potong daging kecik-kecik, dan permintaan khas orang surau, mintak buang gigi kambing siap-siap. Macam lawak, tapi Encik Zul ni pun layan je. Punya sempoi, anak buah dia mai hantar kambing dari Beranang ke Sungai Besi naik motor je. Kagum betul.
Overall, Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, lauk semua sedap, memang orang surau masak terbaik ah, berbaloi-baloi. Ayam goreng rempah 40 ekor, kambing sekor pun selamat jadi kari, untuk Tuan Rumah dapat bawak balik kuah je. Tetamu pun boleh tahan ramai jugak. Kawan-kawan yang datang pun stock CC clicks sama Geng Cik Kiah. Cik Yah yang ramai sangat jemputan, Alhamdulillah lauk semua cukup.
Sekarang ni, Cikenit pun dah botak licin. Baru la nampak lelaki. Selalu je orang silap ingat dia perempuan. Tapi tengok kepala dah dogol macam sedihla pulak. Lambat lagi nak tunggu rambut dia tumbuh lebat balik. Takpela, bersyukur sangat sebab dah lepas tuntutan untuk Aqiqah dia.
Marhaban & Berendoi
Tahnik & Cukur Jambul
Kasik potong sampai licin!
Sekejap je Cikenit dah nak masuk 2 bulan. Berat pun dah naik jadi 4.2kg. Pipi layut, dagu berlapis, rasa nak geget geget je selalu. Cepat betul la masa berlalu. Kang pejam celik, tau tau dah nak kena pi meminang anak dara orang. Harap Cikenit membesar dengan sihat dan sempurna, jadi anak yang taat, soleh, baik dan hormat semua orang. InsyaAllah
Subscribe to:
Comments (Atom)














