Tuesday, March 30, 2010

100 days with Nasyran Al-Fath

Ini sepatutnya ditulis last few days, tapi Mummy malas nak update. Tapi Mummy tulis setakat apa achievement & progress Nasyran from the last update @ 2 months sampai la setakat umur 100 hari je tau. Here goes:
 
1. Dah pandai panggil Daddy walaupun pelat. Kalau tak nampak Daddy depan mata, bising je mulut dok sebut 'edi.. edi.. edi'. Kalau nampak Daddy je, baru nak senyap. Jadi Mummy adalah super jeles sebab Nasyran tak pandai lagi panggil Mummy. Semalam (29/03/2010), Nasyran sebut nenen-nenen-nenen masa nak BF. Mummy super terkejut ok? Cepat sebut nama Mummy, kalau tak, no more nenen after this. Haha!

2. Mulut sangat bising, suka nak bersembang dan gelak-gelak comel buat Mummy geram. Mummy kena sembang dengan Nasyran je, tengok muka Nasyran je. Tak boleh sembang dengan orang lain, nanti Nasyran akan merusuh pastu jerit soprano style.

3. Dah mula mandi guna air paip sepenuhnya, takde campur air panas lagi dah. Opah yang suruh, sebab nak bagi badan kuat. Memula tu, nangis macam kena dera, sekarang getting better dah. Bagus anak Mummy!

4. Awal pagi dah kejut Mummy bangun solat Subuh, tak payah set alarm kat handphone lagi dah. Nasyran buat pusingan 45° lawan arah jam, set betul-betul kaki tepat hala kat pinggang Mummy, dan tendang sekuat-kuatnya secara rusuhan. Suara standard kena jerit soprano style, sampai Mummy bangun. Pastu bila Mummy bukak mata, automatik gelak dan tegur Mummy konon macam cakap "Good Morning" la kot. Jadi impian Mummy nak bangun pukul 8 onwards adalah gagal sama sekali.

5. Banyak akai kalau suruh mandi. Akan pura-pura tidur dan keraskan badan seolah-olah pengsan. Buatlah trick apa pun, cucuk ke, geletek ke, cuit-cuit ke, badan tetap maintain keras. Tapi taktik Nasyran selalunya gagal sebab akan diusung ke bilik air jugak. Haha!

6. Suka bercakap dengan lampu dan kipas, tatau pasaipa. Layankan aje la.

7. Dah kena suap dengan milo ais, jus mangga, air sirap, air ribena. Muka aneh, tapi Nasyran layan je. Ni semua kerja gila Cik Epah dengan Mummy, Daddy takde di tempat kejadian. Kalau tak, sure Mummy dah kena bebel. Hehe.

8. Pantang tengok Mummy on the phone dengan Daddy, mesti sibuk nak cakap jugak. Terpaksa Mummy turn on loud speaker, bagi Nasyran cakap dengan Daddy. Pastu mula la mulut bising nak ngadu itu ini, macam la Daddy faham pun. Haha. Selagi tak dapat cakap, akan merusuh seperti biasa. Dah lepas cakap ngan Daddy, muka mesti excited, best sangat la kot dapat report kat Daddy.

9. Berat dah lebih 5kg, good progress sebab dah masuk white zone akhirnya. Alhamdulillah. Tapi, tak panjang sangat la Nasyran ni, bak kata Nenek J, mungkin sebab keturunan kot. Haha. Takpe, nanti dah besar sikit Mummy bagi makan Calci-Yum, mesti cepat panjang.

10.Suka pi jalan. Kalau tengok Mummy siap pakai tudung, mesti angkat tangan nak mintak dukung sebab tau Mummy nak pi jalan. Masalahnya, kalau Mummy pakai tudung nak pi sidai baju kat luar pun, nak ikut jugak. Haih. Payahnya. Tapi kalau Mummy dukung dalam carrier, automatik tidur. Senang Mummy nak usung ke sana sini, elok je tidur dalam carrier. Mummy je selalu usik sana sini, nak pastikan Nasyran tak suffocated. Sangat senang dan mudah dibawak berjalan ke mana je, tak kisah panas ke sejuk. Maintain je tidur dalam carrier.

Cukuplah 10 je Mummy tulis. Nanti next month tulis progress lain pulak tau. Kat bawah ni gambar Nasyran tengah dok galak bersembang dengan Daddy.


Ni bukti Nasyran dok tidur lena je dalam carrier masa ikut Mummy pi jalan-jalan dengan Daddy. Memang good boy la anak Mummy ni. Sayang Nasyran juta-juta tau.

No comments: