@Bilik Aunty, tempat kegemaran di rumah Opah
1. Nasyran Al-Fath dah boleh jalan sendiri, sangat laju dia melangkah, kadang-kadang macam nak berlari je. Secara rasminya berjalan pada usia 1 tahun 5 bulan (corrected age: 1 tahun 4 bulan). Lambat berbanding rakan-rakan sebaya, tapi bersyukur saja atas kurnia-Nya. Alhamdulillah.
2. Tumbuh 2 batang gigi bawah, selang beberapa hari, tumbuh pulak 2 batang gigi atas. 4 batang gigi serentak pada usia 1 tahun 4 bulan. Sama seperti di atas, kami panjatkan kesyukuran kerana tak perlu lagi dia meraung diambil darah untuk diuji di makmal hanya kerana gigi lambat tumbuh. Alhamdulillah.
3. Tidak perlu lagi ke hospital untuk pemeriksaan lanjut selepas doktor mengesahkan perkembangan fizikal dan mental si borderline premature baby kami ini, adalah normal seperti kanak-kanak seusia. Maka, 23 Mei 2011 adalah temujanji terakhir kami di hospital dan insyaAllah, harapnya Nasyran Al-Fath terus dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Alhamdulillah.
4. Pada usia 1 tahun 5 bulan, berketinggian 73cm, berat 8.1kg, agak kecil berbanding kanak-kanak lain, nyatanya memang acuan Daddy, jadi kami terima saja dengan hati yang redha. Alhamdulillah.
5. Akan berusia 18 bulan dalam tempoh 2 minggu lagi, mendapatkan imunisasi terakhir dan harapnya, semua akan baik-baik saja. Semoga si kecil kesayangan kami ini akan terus membesar sempurna, insyaAllah menjadi seorang yang bertakwa dan berguna kepada semua. Terima kasih Tuhan, kerana mengamanahkan satu nyawa ini untuk kami didik dan sayangi hingga ke hujung nyawa. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment