Ayah bukan seorang cikgu, bukan ada kelulusan setaraf penyarah di IPTA terkemuka. Ayah hanya seorang lulusan sebuah universiti tertua di Malaysia dalam bidang sains pengkhususan Matematik dan Kimia. Ayah minat mengajar, dari zaman muda semasa sedang menuntut, Ayah akan balik sepanjang cuti semester mengajar anak kampung secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang bayaran. Ayah bertemu jodoh pun dengan Emak, yang pernah menjadi salah seorang anak murid ayah dulu.
Ayah tak pernah lokek berkongsi ilmu dengan sesiapa yang memerlukan. Malah, ketika berumur lewat 40-an dan masih bekerja sepenuh masa di sebuah jabatan kerajaan yang baru diswastakan, Ayah membantu pelajar-pelajar PJJ UiTM yang mengambil subjek Business Mathematics, Statistics, Accountancy yang datang belajar selepas waktu kerja, sehingga lewat malam.
Pernah seorang pelajar Ayah, seorang eksekutif di sebuah syarikat telekomunikasi ternama. Sering meminta bantuan Ayah untuk menyiapkan tugasan last minute, kadang-kadang sehingga pukul 1,2 pagi Ayah masih berjaga untuk sama-sama membantu menyiapkan tugasan yang perlu dihantar keesokannya. Ayah masih bekerja pada masa tu, perlu berada di pejabat sebelum pukul 9 pagi esok harinya. Tapi Ayah tetap gigih membantu dan mengetepikan kepentingan peribadi.
Setiap kali tiba musim peperiksaan, Ayah akan sama-sama berusaha membantu menjawab soalan-soalan past years, berbincang sehingga ke tengah malam setiap hari, sepanjang minggu. Hasilnya di hujung semester, eksekutif tu lulus dengan cemerlang. Sepanjang semester Ayah bertungkus lumus sama-sama bantu dia. Tapi, satu sen pun Ayah tak pernah terima dari dia di atas semua usaha gigih Ayah. Memang Ayah ikhlas dan tak pernah meminta, tapi manusia apakah yang mengerah tenaga orang tanpa membayar walau satu sen sekalipun?
Memang ilmunya berkat sebab Ayah halalkan semua yang Ayah bantu dia. Lebih aneh bila eksekutif tu terus diam menyepi lepas dapat keputusan cemerlang tu, seolah-olah tak pernah mengenali Ayah sebelum ni. Kalau bukan sebab Ayah berusaha hubungi kawan-kawan dia, Ayah pun takkan tahu keputusan peperiksaan dia sebegitu cemerlang. Pelik kan perangai manusia, mudah sangat mengambil kesempatan atas kebaikan yang orang lain taburkan. Sedangkan dulu Ayah perlu bekerja, tapi sanggup berjaga semata-mata untuk membantu dia. Senangnya melupakan kebaikan yang orang taburkan.
Doa aku, supaya keihklasan Ayah, dibalas Allah dengan setimpal, walaupun orang lain tak pernah hargai. Aku seharusnya bangga ada Ayah yang semulia dan sebaik tu. Dan aku harap, aku dapat cebisan kebaikan Ayah, supaya aku sama-sama berkongsi ilmu yang aku miliki tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan dari orang-orang yang tak pernah belajar menghargai.

1 comment:
swit
Post a Comment