Thursday, September 11, 2008

Kehadapan sahabatku Encik Aie yang berada nun jauh di sana,

Sepanjang persahabatan dan permusuhan kita sejak kira-kira sepuluh tahun yang lalu, pelbagai kenangan suka duka masam manis pahit masin kita tempuhi berdua, bertiga, beramai-ramai sampaikan naik sesak otak aku nak ingat semuanya.

Sejak dari zaman sekolah masa Puan Asmahan target kau, aku dan Sarah bakal mendapat kegagalan kritikal dalam subjek Sejarah, kita berjaya menconteng arang ke muka beliau dengan cemerlang, gemilang dan terbilang bila kita bertiga sama-sama dapat A1 masa keputusan SPM diumumkan. Walaupun kau adalah sangat dibenci di sekolah disebabkan kau berkawan baik dengan makhluk-makhluk diibaratkan skema dan tiada kehidupan, kita berjaya jugak berkawan baik lepas habis SPM. Tak sangka orang yang aku meluat sangat time sekolah dulu, boleh click baik punya sekarang. Ah. Those were the days.

Hey, kau ingat tak masa zaman diploma dulu? Aku selalu je sakit perut malam hari, sebab makanan di dining hall yang aneh-aneh, pastu paksa kau datang jemput bawak ke klinik. Pernah sekali tu kau jemput dengan pakai seluar pendek, bila nak hantar aku balik, kena tahan dengan pak guard dekat pintu masuk. Tak pasal-pasal je kau kena saman. Haha. Kesian kau masa tu. Belum lagi kita buat kerja gila balik rumah malam-malam buta dengan WJM kau. Ada sekali tu, siap merantau sampai ke UKM nak tengok Along perform malam merdeka, dengan si kucing pakai seluar pendeknya, selamba je masuk dewan ikut pintu belakang. Betul takde kesedaran sivik masa tu. Haha.

Kau ingat tak, ada sekali tu kita keluar melepak dengan kawan-kawan secara berjemaah, malam tu jugak kita redah balik kolej ikut highway belakang yang scary gila jalan dia, main redah je masa tu, tapi kita tawakal je kan? Alhamdulillah, hidup je kita sampai sekarang. Memang gila kan hidup masa tu? Belum lagi aku nak makan KFC, nak dapat diskaun 30% hari Selasa, paksa kau bawak aku pergi Giant Seksyen 13 sebelum pukul 6 petang. Bagusnya kau masa tu, layan je kerenah aku kan? Tapi baik hati jugak aku masa tu nak belanja kau. Tu pun sebab ada diskaun, kalau tak, jangan harap la kan? Haha.

Belum lagi zaman tamat diploma, masing-masing sangap tak tau nak sambung belajar ke tak, nak kerja pun macam tak layak, tapi gigih jugak kita melepak di McD Jamek hampir setiap minggu. Siap share duit beli kentang goreng, lambakkan atas tray, kongsi-kongsi makan. Zaman kemiskinan melanda pun kita tetap bertabah kan? Sampaikan muncul lawak jamming in the bathroom, toreh menoreh yang menakutkan, siap pekerja McD tu hempas-hempas tray tekanan kita bising sangat. Melepak lama bukan main, beli kentang goreng pun share ramai-ramai. Eh, rupanya kita ni miskin jugak ye dulu? Hahahaha.

Masa zaman aku sambung degree pulak, kau dah kerja kat Cyber masa tu. Ada jugak kau culik aku di kolej, kita lepak-lepak dengan si mangkuk dan stok aweknya. Selalu je aku tumpang kau balik rumah. Masa tu kau dah kaya, selalu je kau belanja aku makan roti canai. Indahnya kehidupan, dah la ke sana sini naik WJM kau secara percuma, paling hebat pun aku setakat bayar duit tol seringgit tiga puluh sen je masa tu, siap kau belanja makan lagi. Memang murah rezeki la kau di masa akan datang.

Bila aku nak merantau jauh ni, kau datang hantar aku kat KLIA dengan adik kau. Tapi masa tu kita tak bergambar pun kan sebagai kenang-kenangan, tendang-tendangan. Aku masa tu rasa sedih sangat, tapi aku buat-buat gembira je. Aku tak boleh nak layan kau, cakap-cakap dengan kau banyak-banyak. Kau pulak tentu rasa aku sangatlah poyo masa tu sebab tak nak layan kau sangat. Sori weh, kalau kau tahu la apa aku fikir masa tu. Haih.

Belum lagi diungkit zaman kau down, aku marah-marah kau lagi, bukan nak tolong selesaikan masalah, lagi tambah masalah kau. Kesian kau kan dapat kawan macam aku. Tapi walau apapun yang kita dah lalui selama ni, kau tetap setia jadi kawan aku, walaupun banyak benda aku selalu argue, selalu tak puas hati, tapi kau ni yang sengal, tak reti-reti nak merajuk lama-lama ke dengan aku. Aku je yang selalu poyo merajuk dengan kau kan? Haha. Tapi kau pujuk je aku kan?

Eh, malas dah nak tulis banyak-banyak. Penatlah nak cerita pasal kau. Sekarang ni kau dah ada orang yang sayang kau sepenuh jiwa, aku harap kau hargai si dia tu macam kau hargai kawan-kawan kau. Apapun pilihan kau, apapun keputusan kau buat dalam hidup ni, aku tak peduli pun, asalkan kau tau baik buruk, dan kau takkan lupakan orang-orang yang sayangkan kau.

Kau ingatkan janji kau masa aku ketakutan kau merempit WJM di highway dengan gigihnya dulu? Apapun jadi, kita tetap sehidup semati. Seorang hidup, seorang mati. Haha. Harap kita masih berkawan sepuluh tahun, dua puluh tahun, lima puluh tahun lagi jika kita masih hidup di muka bumi ni.

Dengan lafaz bismillah, dengan ini aku mengucapkan

Selamat Ulangtahun ke ??
(Sila ungkaikan sendiri misteri usia tersebut)

Aku purposely update lambat hari ni, semata-mata nak jadi orang terakhir yang wish kau sempena hari bersejarah ni. Aku kan sangat memahami, jadi aku bagi peluang orang-orang yang lebih penting (baca: sang kekasih) untuk menjadi orang pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Aku doakan yang baik-baik je untuk kau. Sekembalinya aku ke Malaysia dalam jangka masa terdekat ni, sila belanja aku makanan mewah (baca: Shogun buffet di OU). Owh, ini bukan permintaan, tapi arahan.

Dan sahabat, aku sayang kau; dulu, kini dan selamanya. Walaupun kau suka bergaya erotis memuncungkan bibir bak Angelina Juling seperti tertera dalam gambar di bawah. Much luv bebeh.
gambar sengaja dikaburkan untuk melindungi identiti sebenar

3 comments:

Dark @ng3L said...

cik tym..
anda nie suweet lah..hikhikhikhikhik...
time kaseh kerna bagi sy jadi org pertama wish die erk...

wawawawaw...
shogun..?
orait bebeh...

Radin Hairi said...

terhibur aku...tq dear fren :D

missaussie said...

Dark @ng3L: harus memberi peluang keemasan pada kengkawan dan awek kengkawan. hehe. biar lambat asalkan selamat. nanti kita bershogun secara berjemaah ye? (",)

radin hairi: (",) sama-sama kasih.