Wednesday, May 13, 2009

Tuhan,

Dalam keadaan jauh beribu batu ni, sumpah saya amat risaukan keadaan Ayah nun jauh di tanah air. Mak pun bukan sentiasa sihat, tapi Mak lain, Mak superwoman, she can take the best care of herself without anyone having to worry about her. Ayah could not manage his own self without anyone preparing things for him. Dan itu yang amat merisaukan.

Bangun pagi saya terus teringat Ayah, tadi subuh larat ke Ayah turun sorang-sorang ke surau berjemaah? Walaupun kaki dah mula kebas dan tak rasa apa bila pijak ke lantai, Ayah seret jugak kaki ke surau, nak jugak berjemaah. Ayah memang lebih pentingkan 27 kali ganda ganjaran walaupun badan tak kuat mana. Itu jugak indicator nak tau Ayah masih bertahan ke tak. Pakcik Makcik geng solat dia kat surau tu pun dah sedia maklum, kalau Haji Radhi tak turun ni, maksudnya memang terlantar sakit, nak solat duduk pun tak boleh.

Dan bila dapat sms balasan sebaik sahaja maklumkan pada Ayah selamat jejak kaki di Adelaide, hati rasa tersiat. Selfish amat ke saya ni, ikut je kehendak hati nak balik Adelaide, nak apply PR, nak kerja sini, tapi tak fikir Ayah sendiri? This is what he wrote:

Alhamdulillah.
Kalau Ayah sampai masa, jangan Adik bersedih.
Semuanya ketentuan Allah.
Istiqamah kerjakan solat.
Set alarm sebelum waktu Subuh.
Nasihat Cat tentang solat Subuh berjemaah sebab tak ramai yang melakukannya.


Itu yang tak pernah lekang dari mulut Ayah. Walaupun dah mula lupa banyak benda, bacaan dalam solat pun kadang ada tersilap tersasul, solat jugak yang Ayah titik beratkan pada anak-anak. Bila Ayah bercadang nak jual segala pusaka warisan, nak agihkan segala sisa harta yang berbaki, cepat-cepat Mak ambil tindakan sorok semua buku akaun dan dokumen penting. Sebak sangat rasanya bila Ayah mula menyiapkan diri, menyusun langkah untuk pergi ke alam sana meninggalkan kami semua.

Banyak sangat jasa pengorbanan Ayah yang belum sempat kami balas. Kami belum bersedia untuk meneruskan hidup tanpa seorang manusia dipanggil Ayah. Nama Ayah juga akan saya bawa ke sini sana, takkan pernah bertukar binti saya sampai ke hujung waktu sekalipun.

Tuhan, beri saya sedikit waktu. Saya sanggup lupakan semuanya untuk Ayah. Biarlah selagi masih ada usia, berikan saya dekat dengan Ayah. Bantu saya ye, Tuhan? Tolong bantu saya.

No comments: