Alhamdulillah. OZ Trip 2009 telah berjalan lancar bermula 31 Julai 2009 hingga 13 Ogos 2009. Banyak pahit manis, suka duka yang jadi sepanjang perjalanan, tapi semuanya berakhir dengan baik-baik saja. Paling penting, telah selamat bergelar graduan, mendapat sekeping sijil sebesar kertas lukisan bersaiz A3, yang diharapkan dapat menutup mulut manusia-manusia jahanam yang gigih menyebarkan fitnah kononnya saya tidak tamat pengajian dan pulang ke Malaysia tanpa segulung ijazah.
Betapa singkat fikiran, menuduh mencerca tanpa sedikit pun rasa bersalah. Betapa kolot, tidak tahu sistem pendidikan di sini yang memerlukan calon mendapat keputusan lengkap sebelum memohon untuk mengikuti majlis graduasi. MEMOHON, bukan layak secara automatik seperti graduan lain yang belajar di universiti tempatan setelah tamat pengajian. Malah di sini bukan sesuatu yang aneh dan pelik bilamana ada calon yang sudah tamat pengajian sejak 2 atau 3 tahun yang lalu, malah sudah punya karier yang mantap, tetapi masih belum menjalani majlis graduasi.
Apa yang lebih dipandang para majikan adalah salinan transkrip lengkap yang menceritakan secara jelas mengenai setiap subjek yang diambil, dan status "COMPLETED" yang terpampang di salinan transkrip. Memadai dengan surat pengesahan dari universiti menyatakan pelajar sudah menamatkan pengajian dan layak mengikuti mana-mana majlis graduasi yang diingini. Biarlah sehingga 10 tahun sekalipun menanti saat indah segak lengkap berpakaian jubah, majlis graduasi bukan sesuatu yang dianggap gah dan dinantikan rata-rata pelajar di sini.
Persetankan saja tanggapan buruk mereka yang berakal cetek. Biar apa saja urusan kita, Allah saja yang tahu, disimpan sendiri dan tak perlu dicanang merata terutamanya pada mereka yang tak pernah berhenti mencerca. Terima kasih ya Tuhan, usaha lebih dua tahun ini nyata membuahkan hasil. Harapnya, segala yang Ayah dan Mak korbankan insyaAllah akan dibalas lumayan. Bantu ya Tuhan, untuk saya punya pekerjaan bersesuaian kelayakan.

No comments:
Post a Comment