Kadang-kadang aku rasa aku seorang superstar.
Ada dua beradik.
Perempuan.
Dipanggil Kakak dan Adik.
Punya pertalian saudara dengan aku.
Si Adik berjaya mendapat Sarjana dalam usia 26 tahun.
Satu pencapaian hebat, mungkin biasa saja bagi yang mendengar.
Tapi bagi Si Adik, ini yang terulung sepanjang hidupnya.
Mula bercakap mendabik dada berbangga dia berjaya mengatasi pencapaian aku.
Aku yang dulunya paling cemerlang dalam senarai keturunan Tok, masih terkapai-kapai dalam pelajaran.
Sedangkan dia, yang dulunya keputusan sentiasa corot, kini menjadi yang paling bijak antara semua.
Segala perjalanan hidup aku sibuk ditanya diambil peduli.
Tempat aku praktikal pun jadi satu isu.
Usai belajar pun, majlis graduasi aku jadi satu perdebatan.
Kelakar.
Setiap inci langkah aku diambil pusing.
Mula-mula aku rasa aneh.
Tapi sekarang aku dah tahu kenapa terlalu dikejar berita sensasi aku.
Sebab aku seorang superstar.
Ye, tidak syak lagi.
Aku superstar.
Si Kakak dulunya yang paling rapat dengan aku.
Semua masalah berkongsi.
Tapi dek jarak dan waktu aku jadi makin jauh dengan dia.
Sekarang Si kakak dah kahwin, punya anak seorang, menjadi jururawat.
Tiba-tiba saja bila aku kahwin lalu mengandung, menjadi terlebih prihatin.
Segala maklumat perjalanan majlis aku, Si Kakak sibuk bertanya itu ini.
Segala perkembangan kandungan, segala maklumat aku, Si Kakak sibuk ambil tahu.
Sampai selamat melahirkan, si kecil tak berdosa jadi sasaran.
Entah di mana silapnya, Si Kakak dapat maklumat anakku punya masalah.
Masalah aneh yang aku sendiri sebagai Ibu tak pernah dimaklumkan oleh sang doktor.
Masalah yang tak pernah wujud dalam kamus hidup aku tapi tiba-tiba isunya muncul.
Aku jadi bertambah pelik.
Sudahlah segala celah hidup aku dia sibuk ambil peduli.
Si kecil yang tak faham apa-apa tu pun, dah jadi bahan sensasi.
Kelakar.
Memang kelakar.
Terbukti aku memang seorang superstar.
Dan si kecil juga bakal menjadi seorang superstar.
Tidak syak lagi.
Monday, December 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment