Sunday, January 17, 2010

"Aku takde nak percaya benda-benda syirik ni. Tak kuasa aku nak dengar cakap dukun, kena buatan orang la, tak pasal je nak tuduh orang tu orang ni, berdosa besar tu. Senang aku doa je kat Tuhan lepas habis sembahyang, Ya Allah Ya Tuhanku, aku ni takde nak hasad dengki kat orang, takde nak buat naya kat orang. Tapi kalau ada orang nak buat ilmu hitam kat aku, aku mintak Kau tolong humban balik semua benda tak senonoh tu, biar kena balik kat kepala orang yang buat tu. Baru padan dengan muka dia."
 (Cik Soyah, 2010)

Cik Soyah memang terbaik ah! Semalam datang nak visit Ayah dengan Cikenit, sembang bukan main lama lagi. Lama betul tak jumpa Cik Soyah. Dulu masa kat rumah lama, hari-hari pun boleh dengar suara dia memekik kat dapur rumah. Sangat comel je bebel-bebel dekat menantu dia sebab tak nak pergi kerja, nak duduk rumah je melepak, habis sampai semua jiran keliling pun tahu.

Cik Soyah ni sekolah pun tidak, membaca pun tak tahu. Tapi anak-anak dia semua hebat-hebat, Along & Angah US graduate, kerja bagus-bagus, sekarang dok mewahkan mak diorang. Dulu diorang semua hidup susah, arwah Cik Siron meninggal masa Along nak fly ke US, kesian Cik Soyah dok jual kuih nak sara hidup anak dia. Anak-anak dia semua hormat dia, takde pun nak rasa terhina ke apa sebab dia tak belajar tinggi. Tapi tak pandai membaca dan mengira pun, tang duit tu, tau pulak beza nilai dia. Kelakar jugak Cik Soyah ni.

Semalam kami dok gelak-gelak je layan sembang dengan Cik Soyah. Ayah pun tersengih-sengih. Tapi masa Ayah nak bangun untuk solat Subuh pagi tadi, tiba-tiba je kaki kiri Ayah tak boleh gerak. Jadi lembik semacam. Masa Epah pimpin Ayah bawak ke bilik air, Epah suruh Ayah tunggu kejap, dia nak ambil kerusi bagi Ayah duduk untuk senang berwuduk. Epah lepaskan Ayah, pusing nak ambil kerusi, Ayah terus jatuh terduduk. Rupanya bukan setakat nak berjalan sendiri pun dah tak daya, sekarang Ayah dah tak mampu nak berdiri lagi.

Sepanjang hari Ayah baring je, Ayah cuba angkat badan nak duduk, tapi terbaring balik. Memang Ayah dah tak berdaya, dah tak kuat. Sebelah kiri Ayah dah tak mampu nak berfungsi.

Hari ini jiran tetangga tak henti-henti datang melawat Ayah. Bertambah satu lagi episod duka dalam hidup kami, tapi macam biasa, hidup tetap perlu diteruskan dengan senyuman, walau sepahit mana keadaan. Betapa mudahnya Tuhan nak tarik balik nikmat kehidupan ni, kan? Semalam Ayah masih mampu tersenyum gembira, tapi hari ni? Sekarang melihat derita Ayah depan mata, entah masa depan, apa pula nasib kita ya?

No comments: