Sunday, March 21, 2010

Aku rasa, aku patut tulis pasal Nasyran Al-Fath, dari mula aku tahu dia ada dalam perut, sampai dia selamat tengok dunia ni, dan segala perkembangan dia dari hari ke hari selagi aku masih punya kemampuan nak menulis. Sejak akhir-akhir ni, aku dah mula lupa banyak perkara silam, segala benda sedih atau gembira, sampaikan orang keliling aku beria-ria bercerita itu ini untuk buatkan aku ingat balik.

Dulu masa aku dalam keadaan yang sangat sedih dan tertekan, sampaikan pernah ada rasa nak hilang pertimbangan, aku ada doa kat Tuhan, supaya buat aku lupa kisah silam yang menyakitkan, dengan harapan aku akan tenang. Bukan sekali dua aku mintak, selalu sebelum tidur, aku akan menangis, merayu dan berdoa supaya esok hari seandainya aku masih hidup lagi, aku akan bangun dengan tenang dan lupakan segala memori semalam yang menyakitkan.

Tapi aku tak sangka kesan dia sampai macam ni sekali. Aku dah jadi pelupa yang sangat teruk. Bukan setakat short term memory loss, segala kenangan pahit manis dari kecik dulu pun, dah banyak sangat aku lupa. Hari tu masa kemas rumah, ada jumpa diari lama masa aku baru masuk sekolah menengah, diari masa aku baru habis spm, lepas dapat result spm, masa zaman diploma, dan segala macam notes yang aku tulis randomly dalam buku rujukan dan nota kuliah. 

Ada zaman hati berbunga-bunga ada taman astakona, zaman duka lara meratap hiba, zaman gila-gilaan bersama teman-teman, segala macam benda la. Bila baca tu, aku macam tak percaya yang aku tulis, dan lalui semua benda tu. Sekarang aku dah rasa confuse, betul ke keadaan dulu macam tu?

Nasyran Al-Fath adalah satu kebahagiaan, keindahan dan kemenangan yang Allah anugerahkan lepas aku alami satu demi satu penderitaan. Aku kena jugak tulis pasal dia selagi ingatan aku masih kuat, sebab aku tak tahu entah esok lusa, aku akan lupa semuanya, sampai ke tahap aku tak kenal siapa aku sebenarnya. Tapi, kat mana aku nak mula, ya?

No comments: