Wednesday, March 03, 2010


Hari Jumaat lepas, rombongan Cik Kiah telah menyerang rumah Cik Iena di Kampung Kering, Labu, Negeri Sembilan. Perjalanan yang sungguh mencabar fizikal dan minda sampaikan tersesat ke rumah tinggal yang menyeramkan, tapi berjaya ditempuhi dengan tabah. Paling syok sebab Puan Presiden The Housemate Club telah muncul di tempat kejadian bersama kaum kerabat beliau. Satu je tak best sebab Cik (Puan) Min dan Cik Yaya berada di luar kawasan liputan semasa kejadian mengakibatkan carta organisasi tidak lengkap.

Cik Iena telah mengalami satu episod ngeri dalam kehidupan setelah beliau disahkan ada tumor di spinal cord. Maka, satu pembedahan segera telah dilakukan untuk menghapuskan tumor tersebut dan mengakibatkan tulang berlabel c3 dan c4 telah dikeluarkan lalu meninggalkan parut lanun yang sangat ngeri di bahagian belakang leher beliau. Mujurlah Cik Iena berleher jinjang, maka kehilangan tulang tersebut tidak menjejaskan ke'vogue'an beliau.

Kami telah diperkenalkan dengan nenek sedara Cik Iena yang supercool dan comel sehingga berjaya menambat hati semua orang. Setelah bercuti selama 2 bulan, Cik Iena akhirnya telah memulakan tugas dengan jayanya berbekalkan keputusan cemerlang, gemilang dan terbilang yang diperolehi semasa menuntut di Adelaide dulu. Harap Cik Iena teruskan kehidupan dengan tabah dan berjaya menemui jodoh dalam jangka masa terdekat. InsyaAllah.

No comments: