Sunday, July 27, 2008

Menonton wayang gambar Batman: The Dark Knight di layar yang tersergam indah di hadapan mata pada malam minggu, secara berjemaah dari dalam kereta agak mewah yang mempunyai tujuh tempat duduk dengan frekuensi radio 96.1MHz dipasang dengan audio suara maksima telah menghasilkan kegembiraan dan perasaan teruja tidak terkawal bagi tujuh orang gadis yang masih belum berkahwin walaupun ada yang sudah berpunya, dikhuatiri akan menimbulkan perasaan tidak senang pada mereka-mereka yang suka cakap belakang dek kerana dengki tidak mendapat peluang sebegitu ataupun memang mereka suka mengambil tahu hal orang lain kerana hidup mereka sangat tidak bermakna membuatkan mereka rasa mahu membunuh diri dengan kadar segera.

Heath “The Joker” Ledger yang berpakaian jururawat kelihatan sangat comel dan lebih enak dimakan begitu saja jika dibandingkan dengan Bruce “Batman” Wayne yang kelihatan kurang menyerlah.

Kesimpulannya, berjuta bintang di langit diberikan kepada wayang gambar ini secara amnya, dan pada encik jururawat secara khususnya.

Dan kamu. Sila dengki. Sebaris kata untuk kamu,


"WHY SO SERIOUS?"

No comments: