Hari ini, negaraku Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan dari cengkaman penjajah yang ke-51. Aku seharusnya berbangga menjadi seorang rakyat sebuah negara berbilang kaum, punyai pelbagai adat resam dan budaya. Namun melihat keadaan di tanahair dari sudut yang berbeza, merenung jauh di perantauan ini, membuatkan aku tertanya-tanya, benarkah kita ini Merdeka?
Jika kebebasan bersuara yang gah dilaungkan tetapi hakikatnya masih terikat disekat, jika erti perpaduan hidup berdemokrasi hanya sekadar momokan, jika hilang sedikit demi sedikit segala rasa hormat dan rasa cintakan tanahair, benarkah kita ini Merdeka?
Malaysia Merdeka, untuk apa, dan untuk siapa?
Aku lebih suka bermonolog sendiri, mencari jawapan yang aku sendiri pun tak pasti.
Merdekakah aku? Merdekakah engkau? Merdekakah kita?

No comments:
Post a Comment