Kalau kau sibuk canang sana sini pasal perkauman sedangkan bangsa Melayu sendiri berpecah belah, apa bezanya?
Aku membesar di sebuah perkampungan Melayu, rata-rata jiran aku Melayu dengan sebilangan kecil golongan minoriti berbangsa India. Majoriti Melayu di persekitaran aku penyokong kuat kerajaan. Emak aku pun penyokong kuat kerajaan. Cuma ayah aku dan pakcik belakang rumah penyokong pembangkang.
Ayah aku buat kelas tambahan di dewan serbaguna milik kerajaan, mengajar anak-anak jiran tetangga Matematik untuk peringkat UPSR dan SRP, Matematik dan Matematik Tambahan untuk SPM. Setiap kelas diadakan selama 2 jam, 3 kali seminggu, petang atau malam, bergantung pada jadual yang disusun mengikut giliran bermula Isnin petang sehingga Jumaat malam. Pengecualian pada hari Rabu petang kerana Ayah akan ke Jalan Pahang Barat mengambil Harakah edisi Jumaat yang dulunya diterbitkan dua kali seminggu. Tiada sebarang bayaran dikenakan, terpulang pada sumbangan ikhlas ibu bapa yang menghantar anak belajar. Bayaran terbanyak Ayah terima hanyalah sepuluh ringgit sebulan.
Ayah bekerja sepenuh masa di sebuah jabatan kerajaan yang telah diswastakan. Waktu kerja tamat pukul 5, setengah jam perjalanan untuk sampai ke rumah, terus mulakan kelas tambahan. Tak pernah mengeluh letih atau penat, setia mengajar anak jiran tetangga yang rata-ratanya ibu bapa penyokong kuat kerajaan. Ayah akan berhenti mengajar sebelum tiba waktu Maghrib, pulang ke rumah untuk mandi, makan malam dan bersiap sedia untuk ke masjid.
Selepas Isyak balik dan terus mengajar untuk kelas seterusnya. Tak pernah mengeluh, tak pernah mengadu letih. Setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, ayah menyediakan sedikit ganjaran dari wang poket sendiri untuk anak jiran tetangga yang mendapat keputusan cemerlang. UPSR, setiap A sepuluh ringgit, kalau semua subjek dapat A, Ayah tambah lagi sepuluh ringgit. Ayah tekankan matapelajaran Matematik untuk SRP dan SPM, dan Ayah tawarkan ganjaran lebih mewah.
Ayah tak pernah meminta atau mengharapkan balasan. Setiap kali ada sambutan Maal Hijrah, Ayah tak pernah sekalipun terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah tahunan. Pernah Maniam dapat Tokoh Maal Hijrah atas sumbangan dan jasa membantu di setiap kenduri kahwin secara gotong royong. Ramai yang terkejut bila seorang yang berbangsa India beragam Hindu terpilih sebagai seorang Tokoh Maal Hijrah hanya kerana jasanya membancuh sirap, dibandingkan dengan Ayah seorang Melayu beragama Islam yang menabur jasa membantu anak jiran tetangga mencapai keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan.
Pernah seorang lelaki Melayu yang bertugas sebagai seorang guru sekolah rendah cuba mengadakan kelas tambahan untuk subjek Bahasa Melayu dengan bayaran wajib dua puluh ringgit sebulan. Aku mengikuti kelas tu secara paksa rela, tapi cukup sebulan, kelas dihentikan atas alasan tidak tahan melayan kerenah pelajar. Tak lama lepas tu lelaki tu mengajar di sebuah pusat tuisyen dengan bayaran yang agak lumayan. Aku tak rasa pelik pun, sebab aku tau takde yang sanggup mengajar secara percuma menyumbangkan tenaga tanpa harapkan sebarang balasan. Kecuali Ayah.
Sejak Ayah bersara tanpa sebarang duit pencen, Ayah mula mengenakan bayaran wajib sebanyak sepuluh ringgit sebulan. Bolehlah sekadar duit tambahan untuk Ayah. Aku sendiri tak tau dah berapa ramai yang lulus cemerlang hasil dari mengikuti kelas bimbingan Ayah. Tak terkira. Sebab seingat aku, dari aku belum mula masuk sekolah, Ayah dah mula mengajar anak jiran tetangga. Logiknya dah lebih 20 tahun Ayah berkhidmat tanpa sebarang bonus, kenaikan gaji, pengesahan jawatan, elaun keraian, dan segala macam jenis imbuhan.
Tapi sekarang ni, aku kadang-kadang tertanya-tanya jugak, mana agaknya pelajar-pelajar yang ikut kelas Ayah dulu ye? Jadi manusia ke, jadi sampah masyarakat ke? Aku harap sangat kalau la ditakdirkan diorang tetiba je baca blog ni, baca luahan hati aku, diorang cuba jejak Ayah balik. Sementara Ayah masih punya ingatan yang berfungsi baik. Ayah tu senang je, tengok anak hasil didikan bimbingan dia menjadi, dah bagi kepuasan untuk dia atas segala ilmu percuma yang dia curahkan selama ni.
Walau apapun, tentunya aku yang paling bertuah punya Ayah yang sendirian telah mendidik aku dan menjadikan aku sepertimana aku hari ni. Untuk itu, terima kasih Ayah!

No comments:
Post a Comment