Kali ini Gani betul-betul nekad. Berbekalkan kamera pakai buang tersimpan kemas dalam poket seluar yang dibeli dengan harga lapan puluh ringgit di kedai gambar Ah Meng, matanya meliar ke kiri kanan, ke depan belakang. Pantas dialihkan pandangan ke permukaan jam di pergelangan tangan kiri. Ah, lagi sepuluh minit, pasti si sombong itu akan melintas di sini. Gani menunggu dengan sabar. Kali ini dia akan pastikan misinya berjaya.
Dari jauh kelihatan kelibat manusia yang sekian lama dinantikan. Gani bersedia dengan kamera di tangan. Dari celah lorong sempit itu, dia cuba mencari posisi sesuai untuk merakamkan gambar yang terbaik. Sebaik sahaja ternampak bayangan melintas di hadapan, pantas punat kamera ditekan. Tanpa disangka, terpancul cahaya flash dari kamera murahan itu. Si gadis sombong tersentak lalu memusingkan kepala.
"Woi, kau curi tangkap gambar aku ye?"
Gani terkejut dengan teriakan dari gadis di hadapannya. Pantas dia berundur setapak dua ke belakang, lalu memusingkan badannya dan memecut laju. Ah, mati aku kali ni, getus Gani sendiri. Sesudah merasakan dirinya tidak diekori, Gani pantas berhenti di hujung lorong, tercungap-cungap mengambil nafas setelah penat berlari menyelamatkan diri. Dia memandang jauh ke belakang, ternyata si sombong itu tidak menjejaki langkahnya.
Gani tersenyum sendiri sambil kaki dihalakan ke arah warung mamak yang terletak di bawah pokok. Panasnya bukan kepalang, dengan keletihan berlari dan rasa haus yang hadir tiba-tiba, dia memesan secawan teh ais dan sepinggan mi goreng. Tidak sampai 15 minit, pesanannya sampai. Pantas Gani mencapai gelas teh ais dan menghirup penuh nikmat. Mi goreng yang masih panas disuap laju ke mulutnya. Terkenang misinya yang akhirnya berjaya.
Gani sudah lama menaruh hati pada si gadis sombong. Malah hampir setiap hari dia mengekori jejak langkah si gadis dengan menunggang basikal tua milik arwah bapanya. Cuma sekadar melihat dari jauh. Dia cuma mahu memastikan gadis idamannya selamat menaiki bas ke sekolah. Rutin hariannya sama. Tepat jam sebelas dia sudah menunggu di tepi simpang. Sebaik saja gadis itu keluar dari rumahnya, Gani akan mula mengayuh basikal, mengekori perlahan. Dia rasa puas dapat menemankan gadis idamannya berjalan menuju ke perhentian bas untuk menunggu bas sekolah datang menjemput.
Cuma dua minggu lalu, dia bertembung dengan si gadis sombong pujaan hati. Dia cuba melemparkan senyuman paling manis, tapi dibalas dengan jelingan tajam. Terkilan sungguh rasa di hati. Jangankan teguran mesra hulurkan salam perkenalan, memandang wajahnya pun tak sudi. Gani bertekad. Apapun terjadi, dia akan dapatkan gambar si gadis, sekadar habuan melepaskan kerinduannya di malam hari.
Belum habis sepinggan mi dijamah, Gani terasa bahunya dipegang kejap dari belakang. Pantas ditoleh kelihatan seorang anggota polis dengan wajah bengis melontarkan pandangan maut ke arahnya.
"Ikut saya ke balai"
Gani terkedu. Kecoh seketika warung mamak di bawah pokok, rata-rata pelanggan memandang sinis ke arahnya. Dengan perlahan Gani bingkas bangun, berjalan penuh gusar dan pasrah ke arah kereta peronda. Kelihatan si gadis sombong duduk di ruang penumpang bahagian hadapan, memandang dengan wajah jelik ke arahnya. Serentak terbayang di wajah Gani, betapa malang nasib yang bakal menimpa. Segalanya jadi gelap tiba-tiba.

No comments:
Post a Comment