Sunday, September 14, 2008

Tagged by Cik Zati DY. Here goes..

5 tabiat buruk anda time sekolah
  1. suka ponteng kelas add maths dengan sarah. pastu serong lepak bilik guru, konon-konon memberi bantuan kepada yang memerlukan. eh tapi dia yang ajak. blame her then. hihi.
  2. suka datang lambat. sampai kena kaunseling. haih. rumah jauh ma.. kena naik 2 bas tiap-tiap pagi. bukan saja suka tau.
  3. malas basuh kasut. kapur je la kasik cun. tapi kalau ayah tau mesti kena bebel. jadi bertahan seminggu dua je, tetap kena basuh pastu.
  4. balik sekolah mesti serong pi jalan silang. pastu teman sarah pi try baju kat metrojaya sinar kota. selambakatak masuk fitting room dua orang. try punya banyak baju, tapi tak beli sehelai pun.
  5. suka seorang mamat ni, sampai dah tahap stalker. pantang lalu kat kelas dia, mesti nak usha tempat duduk dia. kalau rehat pulak, pi kantin nampak geng dia melepak, mesti tercari-cari dia ada ke tak. setiap kali tu jugak pandangan kami bertembung. apakah sebenarnya dia juga berperasaan yang sama? haha. perasan. akhir tahun beliau conteng perkataan I LOVE YOU di tudung saya. hanya menyedarinya selepas 3 tahun menamatkan sekolah. kelakar je kalau ingat balik.
3 favourite subject anda. kenapa?
  1. Pendidikan Islam. sebab boleh guna teori logik akal sendiri. ayat hafazan pun bleh tibai2 je tulis, mesti lebih kurang je jawapan dia. exam confirm dapat A1. suka ustazah asmah dan masih mengingati ajaran beliau dan her well known "contoh terdekat" sehingga kini. eh, baru perasan la.. semua manusia bernama asmah or asma yang dikenali, mesti comel-comel je saiz mereka kan?
  2. BM, dengan cikgu yang cool. sebab suka prosa klasik kot. dan sangat suka buat rumusan. sangat suka jugak jawab soalan pemahaman. sepanjang form 4 and form 5, paling teruk dapat A2. SPM pulak dah tentu la A1. sangat sayang cikgu yang ajar BM ni. dulu dia law student, entah kenapa tukar profesion jadi cikgu pulak. suami dia pun kacak. eh, takde kaitan pun. haha. satu-satunya kerja rumah yang confirm akan siapkan dan tak pernah miss hantar.
  3. cikgu azmi si pengkacak mengajar Fizik. suka Fizik sebab cikgu kacak, bukan suka belajar pun. keji sungguh.
3 subjek yang anda tidak suka… kenapa?
  1. English, sebab teacher sangat garang. asyik marah-marah dan tengking-tengking je. payah nak tengok dia senyum. sangat stress kalau dia masuk kelas. selalu tunduk je dalam kelas takut kena soal jawab. tapi paper ni jugak la yang akan dapat A time exam. paling teruk pun B kot. eh pernah ke B? tak ingat la.
  2. Sejarah, cikgu Asmahan yang emosi selalu. siap ada salah faham, tuduh kitorang tuang pasir dalam periuk nasik dia. padahal student kelas lain yang burukkan nama dia kat pengetua. yang tensinya, dia siap target saya fail subjek ni. tapi, Ahamdulillah dapat A1. 'berkatnya' doa dia. haih.
  3. Add Maths. Zaman Pak Uda ajar dan cikgu apetah nama dia. sangat tak faham cara dia ajar, kerja sekolah pun malas nak buat. tu yang selalu ponteng. tapi anehnya mendapat gred sangat cemerlang. Alhamdulillah.
Menarik pada kamu?
Entah. Saya jenis takde perasaan kot. Tapi kawan-kawan cakap saya ni selamba sangat. Tak siap kerja sekolah ke, lambat hantar kerja ke, muka maintain je.

Kamu paling suka?
Daydreaming. Bloghopping. Bermalas-malas di atas katil. Googling. Chocolate. Dulu addicted caffeine, sekarang sudah insaf.

Anda tidak boleh hidup tanpa?
Orang yang memberi saya kehidupan dan membuat saya tersenyum setiap hari. Saya sedih camne pun, boleh je senyum dan gembira balik.

Setiap malam sebelum tidur, siapa yang anda hubungi?
Mak, Baby Gemuk dan/atau Si Kucing.

Tag 5 org rakan anda.
  1. Encik Kekasih Gelap 1
  2. Cewek Encik Kekasih Gelap 1
  3. Encik Badd
  4. Cik Wani
  5. Leila Darling

4 comments:

I AM said...

ewah..hahaaa ok bgos.
Isk..dhla nk balik raye.pastu dahlaa tu plak nk grad.
isk.isk..sedeyhhhhhh~~

Leila said...

Your school memories nampak cam similar to mine hehe, sometimes best kan ponteng kelas heheeh

Radin Hairi said...

dah wat huhuhu

missaussie said...

jacques (baca: jackass ke?): sila jangan jeles. nanti saya bawak balik bau malaysia ye. hehe. nak pesan carl's jr? burger king? kfc? mcd?

leilaanuar: hehe. ni memang prduct budak nakal masa sekolah dulu.

radin hairi: terima kasih wahai aie yang skema dan sangat dibenci dulu. haha