Wednesday, September 03, 2008

Mohd Faizal bin Chanmekun bin Karthi. Dulu aku selalu ejek nama ayah kau, aku panggil kau buah sukun sekati. Biasalah zaman sekolah rendah, masing-masing tak matang lagi. Dulu dalam kelas, kau duduk sebelah kanan aku, Matnapis duduk sebelah kiri aku. Kita selalu bersaing dan berlumba siapkan kerja sekolah, lebih-lebih lagi untuk subjek Matematik. Setiap kali peperiksaan ataupun ujian bulanan, kita akan sama-sama bersaing dapatkan markah penuh. Kadang-kadang kau menang, kadang-kadang aku.

Pernah sekali kita ada peperiksaan percubaan. Esoknya masa Cikgu Zainab bincangkan jawapan untuk kertas Matematik dalam kelas, kau tertinggal kertas soalan yang kau dah salin jawapan. Aku frust sangat masa tu sebab aku salah satu, dapat 98. Dah tentu kau akan dapat lebih lagi dari aku. Petang tu jugak kau naik basikal datang rumah aku nak check markah yang kau dapat. Kau salah 3, dapat 94, jadi markah aku lagi tinggi dari kau. Kau balik dengan kekecewaan. Kelakar kan kita dulu, setakat beza 4 markah pun dah jadi isu besar.

Masa UPSR pulak, kau antara calon target akan dapat straight A's. Kau dapat cemerlang untuk semua kertas objektif, tapi aku dan kawan-kawan lain bagaikan telur di hujung tanduk dek kerana kertas English markah sipi-sipi antara A dan B. Masing-masing doakan gred tak naik, supaya kitorang pun akan dapat straight A's jugak. Cuma tinggal kertas BM Penulisan je yang kita takkan tahu keputusannya. Semua cikgu yakin sangat kau calon tunggal yang akan dapat straight A's.

Hari keputusan diumumkan, kita ada raptai untuk penyampaian hadiah. Aku dapat nombor 3 dalam kelas, dan nombor 3 keseluruhan, berkongsi tempat dengan kau. Memang kita dah malas lepas UPSR, ambil exam akhir tahun pun sekadar penuhi syarat. Sepanjang hari aku tak senyum, cuak dan takut nak dapat result. Tapi kau happy je hari tu dan kau try ceriakan semua orang.

Aku terkejut bila ada budak panggil aku dalam kelas suruh ke bilik guru jumpa Teacher Habibah. Sampai bilik guru Teacher Habibah meluru pergi kat aku dan ucapkan tahniah. Aku terkejut, tapi Teacher Habibah yakinkan aku ada 10 orang lagi dapat straight A's, tapi tak termasuk kau. Aku anggap dia tersilap masa tu, kau calon target sekolah, mustahil kau tak dapat straight A's.

Masuk kelas, Cikgu Zainab dah ready nak bagi result. Lepas nama semua orang dipanggil, tinggal aku, Mafuza, Jazree dan kau. Hanya 3 orang dalam kelas kita dapat straight A's. Lepas Jazree dan Mafuza diumumkan dapat straight A's, tinggal aku dengan kau. Aku cuak balik, tak mustahil Teacher Habibah salah dengar. Tapi bila aku dapat keputusan aku, terbukti dia tak salah, dan kau dapat C dalam BM Penulisan. Kau terus pekup muka kat meja, dan menangis teresak-esak.

Jazree hulurkan tisu, basah satu meja dengan airmata kau, tapi tetap jugak kau tak angkat muka. Kitorang mati kutu tak tau nak pujuk kau. Sampai habis waktu persekolahan, kau tetap jugak pekup muka atas meja sampai kitorang semua give up dan balik rumah. Aku tak tau kau balik pukul berapa hari tu.

Esoknya kau datang sekolah, kau cakap balik tu kau kena pukul teruk dengan ayah kau. Memang ayah kau garang, semua orang tau. Aku sedih sangat masa tu, tapi aku tak tau nak bantu kau macam mana. Lepas tu kau cerita dengan aku, memang kau baru sedar karangan yang kau tulis terpesong. Aku ingat lagi karangan tu pasal sambungkan cerita, ada pasal nampak asap. Secara logiknya, semua orang akan buat cerita pasal kebakaran, tapi kau sorang je buat cerita pasal jin. Nampak asap lepas tu jin keluar. Kau buat macam jin dalam cerita Aladdin. Mana la tak terpesong karangan tu dan dapat C.

Lepas habis sekolah, kita semua terpisah, masuk sekolah lain-lain. Kau sekolah dekat rumah je masa tu, sampai pertengahan Form 1, aku ada dapat call, aku tahu dari kau, tapi kau cakap tak habis, kau terus hang up. Tak lama lepas tu aku dengar kau dah pindah ke Kedah, sebab ayah kau dah pencen masa tu. Terus dari situ kita terputus hubungan.

Sampai aku sambung diploma, aku dapat tahu ko tengah buat preparation untuk sambung kat UK. Nama kau tersenarai untuk ke UMIST, buat Mechanical and Aerospace Engineering. Kau tau tak, masa tu merata-rata aku cari orang yang ke sana, hantar message randomly, untuk dapatkan maklumat pasal kau. Sayangnya takde satu pun yang dapat bantu aku. Aku sendiri masa tu dah target, habis je diploma aku nak ke UMIST jugak, nak cari kau balik. Memang aku mintak nak ke sana, tapi ada sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, scholarship aku ditarik balik seminggu sebelum aku fly, aku tak dapat jejak kaki kat UK, tak dapat cari kau balik.

Itu je harapan yang aku ada, tak kira lagi aku belek paper setiap kali musim raya tiba, kalau-kalau kau ada buat ucapan salam perantau ke. Aku puas google nama kau from time to time, tapi gagal jugak nak dapat contact kau. Sampai la tahun lepas aku dapat contact adik kau melalui friendster, tapi malang jugak sebab dia tak nak disclose information pasal kau in further details. Tapi aku dapat contact number kau dan aku cuba contact melalui sms.

Aku tahu masa tu kau ada dekat Ipoh, kau jaga kedai, kau dah pernah kahwin, tapi dah bercerai pun, kau ada problem pasal study kat UK tu. Bila aku tanya banyak-banyak kau bagi alasan kau busy dan akan contact aku balik, tapi kau terus senyap. Aku sendiri rasa kau tak nak diganggu dan aku tunggu sampai kau contact aku, tapi sampai sudah takde khabar berita.

Sampailah last few weeks aku rasa nak google nama ayah kau, saja seronok, nak tengok apa yang aku jumpa. Tapi aku terkejut sangat, rasa gugur jantung bila aku dapat keratan dari akhbar Sinar Harian, tapi aku tak boleh nak access berita tu. Macam-macam cara aku cuba, tapi tetap tak boleh. Masih terbayang-bayang lagi apa yang tertulis tu

"Mangsa Mohd Faizal Chanmekun dalam perjalanan menuju ke Teluk Intan.."

Aku harap sangat berita tu tak betul, mungkin kalau kau terlibat dalam kemalangan sekalipun, kau setakat cedera ringan. Aku cuba nak telefon kau, tapi aku takut sangat, takut dapat berita buruk yang aku tak nak dengar. Sampai la aku dapat komen dari adik kau di Friendster.

Benda yang paling aku takut, memang dah jadi realiti pun. Sampai hari ni aku rasa payah nak terima hakikat, betul ke apa yang aku dengar? Selama ni aku cari kau, berbelas tahun aku tunggu khabar berita dari kau, memang aku rasa banyak sangat aku nak cakap, banyak sangat aku nak luahkan, tapi aku takkan ada peluang lagi dah. Aku nak sangat tau apa jadi dengan kau lepas sekolah dulu, apa jadi dengan study kau, apa jadi dengan bekas isteri kau, kau ada anak ke? Banyak sangat aku nak tanya, tapi aku nak tanya siapa lagi?

Sekarang ni yang ada cuma kenangan sekolah dulu, yang ada berapa kerat je tu. Entahlah, aku rasa terkilan sangat sebab aku baru sedar semuanya dah terlambat. Kau pergi macam tu je, tinggalkan banyak sangat persoalan yang tak berjawab. Tapi, aku redha, Allah dah susun cantik je kehidupan kita ni. Aku harap kau pergi dengan tenang, dan kau bahagia di alam sana. Masa kau dah sampai, masa aku entah bila lagi.

Cuma satu je aku nak bagitau kau, walaupun dah takde gunanya lagi, walaupun dah memang terlambat. Dari dulu lagi aku nak jawab soalan kau, memang aku sayang kau, sama macam kau sayang aku. Cuma aku takde kekuatan nak jawab masa tu.

11 comments:

Memey Anuar said...

tersentak rasa baca entry tym kali ni. Slalu entry happy2.
tym take care, see u soon.

Along said...

like i said,

what a way to know this such thing.

SIMPLY TRAGIC.

harap kamu kuat, al-fatihah buat arwah.

Take care!

missaussie said...

memey anuar: life is so unpredictable kan? tidak sabar mahu pulang. anda take care jugak. luv luv.

along: memang sangat kuat dan bertabah. in fact, tak rasa apa pun, tak tau cane nak react. take care jugak ye?

meanie mean said...

huh? i've the exactly same experience.... 0ne years ago...
semoga arwahs dicucuri rahmat...

missaussie said...

missmean: sama-sama la kita sedekah al-fatihah untuk arwah.

Anonymous said...

sdey jerk bce...
msti sdey jerk x pat nk luah kn feel kte kn??
hukhuk..
xpe2...
smgo beliau tenang kt sna..
kte yg hdp kne be strong.
huhuhuhu
(:

missaussie said...

she.nono: thankx for the nice words =)

riken said...

salam singgah,
terkedu sekejap bila baca entree nie. sometimes life is so unpredictable. after reading this, rasanya nak kena selesaikan satu 'unfinished business' takut tak berpeluang pulak nanti.
btw, nice blog you got have here.

missaussie said...

riken: you don't know what you've got til it's gone. very true indeed. cepat2 setelkan apa yang patut. owh, btw thankx for the nice words and singgah la selalu ye? (",)

Leila said...

sedih la baca entry u ni. pastu date arwah meninggal is my birthday lak tu. TYm, I know how it feels to lose someone you care about. Al-Fatihah buat arwah
and hey, Im glad I found you here.

missaussie said...

leilaanuar: thankx darling (",)