Tuesday, March 17, 2009

Hidup ini terlalu indah untuk disia-siakan dengan kemarahan dan kebencian. Aku rasa sejak akhir-akhir ni banyak sangat manusia yang pernah aku kenali, atau pernah aku sayang telah mula berubah sikap. Pelbagai tuduhan yang cukup pedih dilemparkan sewenang-wenangnya tanpa sedikit pun rasa mahu bertanya untuk kepastian. Anehnya manusia-manusia ini semudah-mudahnya mempercayai sesuatu perkara dan menutup terus ruang perbincangan, tanpa ada rasa keinginan untuk berbicara lanjut. Mudahnya manusia menjatuhkan hukum.

Keinginan aku untuk menulis segala perkara gembira sejak kebelakangan ni, hanya mampu aku simpan dalam hati. Penuh kebencian rupanya di sana sini. Aku rindukan Adelaide, rindukan ketenangan dan kegembiraan di samping kawan-kawan yang tak pernah cuba untuk mentafsir atau menilai sesuka hati. Tapi dalam keadaan sekarang, dengan kondisi kesihatan ayah yang semakin teruk dari hari ke hari, aku perlu susun kembali kepentingan aku, dan apa hala tuju aku selepas ni.

Nampaknya peluang untuk kembali ke Adelaide akan terhapus macam tu je la. Segala keinginan aku, segala kemahuan aku, terpaksa aku lupakan camtu je. Kalaulah ayah boleh pulih sekelip mata je kan? Takpelah, kena redha, kena terima semua ni dengan seikhlas hati. Berat camne pun, dah Allah yang bagi, takkan nak mengeluh pulak kan? InsyaAllah, harapnya ada sesuatu yang menjanjikan kebahagiaan dan ketenangan buat aku dalam masa terdekat ni.

Kalau aku sendiri tak kuat, kalau aku sendiri dah hilang semangat, camne nak bantu ayah pulak kan? Berat camne pun beban yang digalas, hidup mesti terus!

3 comments:

K i a H R o N g G e n G said...

Selamat Pengantin Baru, you look different tat day lawa...

hope tat cikgu radhi will get well soon AMIN.tak akan lupa jasa ur dad to us!!

Lady Dyla said...

Selamat Pengantin Baru kak..

Moga berbahagia ke anak cucu cicit piut segala

Lady Dyla said...

Selamat Pengantin Baru kak..

Moga berbahagia ke anak cucu cicit piut segala