Aku & Bas: Episod Pengenalan
Kau terlambat keluar rumah dan ketinggalan bas yang sepatutnya kau naik setengah jam yang lalu. Sampai di persimpangan jalan, kau nampak bas yang menuju ke bandar menghampiri lampu isyarat. Pantas kau melintas jalan lalu berlari ke hentian seterusnya supaya kau dapat menaiki bas tersebut.
Kau tercungap kepenatan tapi bila kau sampai di hentian tersebut, bas tadi tak muncul tiba. Rupanya bas itu terhenti kerana lampu isyarat sudah bertukar merah. Kalau kau tak lari pun, sempat je kau naik bas tu. Kau tahu ini satu tanda yang hari ini kau tidak akan berjodoh dengan bas dan kau ternanti apa yang akan jadi seterusnya.
Aku & Bas: Episod 1
Kau mendapat jemputan untuk makan tengahari di rumah seorang kawan yang baru berpindah awal tahun ni. Kau tak pernah jejak pun kawasan tu, kau cuma melayari internet untuk mendapatkan lokasi tepat dan memastikan sumber pengangkutan ke sana.
Tiba hari kejadian, dengan bangganya kau mengumpul semua kawan-kawan dan menaiki bas bersama. Sampai di Stop 14, dengan yakin kau mengajak semua kawan-kawan kau turun. Tapi kau rasa aneh, sebab jalannya kelihatan sangat pelik dari apa yang kau bayangkan. Rupanya kau sepatutnya turun di Stop 16 untuk kerumah kawan kau.
Cepat-cepat kau bertindak naik semula bas dan meminta maaf pada si pemandu kerana kau tersalah turun. Dan segerombolan rombongan cik kiah yang ikut je kau turun tadi, terpaksa naik beramai-ramai balik. Bukan setakat pemandu bas, semua penumpang lain memandang pelik terhadap kau dan kawan-kawan kau yang naik beramai-ramai memenuhi bas tu.
Kau tak tahu mana nak letak muka sebab kau bukan aku. T__T
Aku & Bas: Episod 2
Kau membeli barang dapur bersama teman serumah dan menggunakan pengangkutan awam untuk pulang. Masing-masing membawa dua beg yang sarat berisi barang dan hanya mampu berjalan seperlahan mungkin dek kerana berat beban yang dijinjit.
Kau ada dua pilihan bas untuk pulang ke rumah. Satu di hentian yang sedang kau tunggu, dipenuhi ramai orang, dan satu lagi di hentian seterusnya yang terletak kira-kira 100 meter dari situ. Dari jauh kau nampak sebuah bas menuju perlahan, dan semakin dekat kau baru sedar bas itu menuju ke rumah kau, tapi akan berhenti mengambil penumpang di hentian yang jauh 100 meter dari tempat kau berdiri.
Dengan pantas kau tarik beg yang berat tadi, menjerit pada teman serumah untuk sama-sama berlari, dan mula mengatur langkah seribu. Orang ramai yang sedang menunggu bas terpinga-pinga melihat kau lari laju bagaikan dikejar anjing gila.
Setengah jalan kau berlari, kau terhenti sebab bila kau paling ke belakang, bas yang kau kejar seolah-olah mahu berhenti di hentian sebelumnya tadi. Lebih aneh lagi, teman serumah kau tak ikut sama berlari, tapi hanya memandang aneh dari jauh. Dengan longlai kau berpatah balik, sangkakan bas tadi berhenti mengambil penumpang, tapi belum sempat kau naik, bas tadi memecut laju dan berhenti di hentian seterusnya.
Teman serumah kau yang tadinya memandang aneh, tergelak besar melihat kau begitu gigih mahu mengejar bas sendirian dan menjadi objek aneh yang menimbulkan syak wasangka kepada orang ramai, tetapi kau tak berjaya pun menaiki bas yang diharapkan.

Aku & Bas: Episod Akhir
Semua kejadian di atas berlaku di hari yang sama, pada waktu yang berbeza. Cuba kau cakap, mana patut aku letak muka sekarang?

No comments:
Post a Comment