Kalau baru kahwin kan, pastu pi letak status di YM, FB, Friendster dan di mana-mana je la sebagai "UNWELL", adakah itu bermaksud sedang morning sickness, atau sakit pembawakan budak?
Kenapa takde orang yang mahu berfikir outside the box?
Adakah salah jika sakit kerana perubahan cuaca dan perubahan musim atau kerana perbezaan suasana di malaysia dan di adelaide?
Adakah cubaan meneka seseorang yang baru berkahwin itu telah mengandung merupakan sesuatu yang normal dan comel?
Tidak pernahkah terlintas di fikiran pertanyaan kontroversi sedemikian mengundang perasaan tidak selesa atau membuatkan si pendengar berasa sedih dan sayu hati kerana impiannya untuk memiliki anak sendiri belum diperkenankan tuhan?
Kenapa bekas kekasih yang telah selamat berkahwin dan mempunyai seorang anak boleh mengeluarkan soalan yang sangat menjengkelkan walaupun dia sendiri mengalami masalah rumahtangga yang tak mampu diselesaikan?
Kenapa manusia terlalu suka mengambil tahu urusan orang lain walaupun mereka sendiri tidak mampu menguruskan kehidupan dengan baik dan sempurna?
Kenapa saya masih mampu berfikiran positif dan memaafkan manusia yang selalu menyakitkan hati saya tanpa cuba meminta maaf dan bertanggungjawab atas apa yang telah mereka lakukan?
Walau apapun keadaannya, Tuhan saya adalah sangat baik dan penyayang dan tidak pernah menyekat pintu rezeki saya, malah memberikan saya bahagia melampaui jangkaan hinggakan saya rasa tidak cukup lagi memanjatkan rasa syukur tidak berbelah bahagi.
Untuk itu, saya akan terus bersikap positif dan memaafkan sesiapa jua yang sangat memualkan perangainya.

No comments:
Post a Comment