Cik Wani dengan rela hati telah memberikan award di atas kepada saya beberapa kurun yang lalu. Baru kini berkesempatan menunaikan apa yang perlu. Teruskan membaca!
Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini : Cik Wani PinkDrops
Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya:
Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka:
Sesiapa yang sudi. Malas nak bagi arahan selanjutnya.
Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini : Cik Wani PinkDrops
- Beliau adalah seorang pembaca tegar blog saya dan suka memberi komen melalui YM di setiap tulisan dan repekan saya yang telah dibaca di blog.
- Beliau adalah seorang penggigih menegur saya di YM setiap kali nampak saya muncul walaupun takde topik nak borak.
- Beliau adalah seorang penyumbang produk Famous Amos dalam salah satu dulang hantaran ketika majlis pernikahan saya.
- Beliau adalah seorang pemberi maklumat tegar mengenai gossip-gossip di kalangan blogger yang sedang hangat diperkatakan.
- Beliau adalah seorang tunang kepada kekasih hati yang mempunyai tarikh lahir dan tahun kelahiran sama, malah telah berjaya bertahan selama 9 tahun setakat ini. Big congrats kepada beliau.
Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya:
- Tidak suka makanan pedas dan tidak faham kenapa ada manusia yang sanggup menyeksa perut dan mulut malah dengan lazatnya menikmati makanan pedas setiap waktu.
- Suka membaca blog manusia yang tidak dikenali, tak kisah apa jua jenis cerita yang dipaparkan. Boleh menghabiskan masa berjam-jam membaca blog saban hari.
- Tak suka memakai kasut tumit tinggi, dan kerana itu hantaran perkahwinan saya adalah sepasang kasut adidas yang selesa dipakai ke mana saja.
- A morning person jika di Malaysia, kerana selalu kena teman Mak ke sini sana seawal pagi.Tapi sangat suka bangun lambat di Aussie sebab takde kena teman sesape pun setiap pagi.
- Suka memakai jeans yang sama sehingga lusuh dan koyak walaupun memiliki koleksi jeans yang agak banyak.
- Tidak suka membeli belah di malaysia kerana semua barang berjenama adalah supermahal dan saya adalah tidak mampu. Sehelai jeans levi's di malaysia berharga sama dengan sekurang-kurangnya empat helai jeans levi's yang sama bentuk dan gaya di aussie(pernah membeli sehelai jeans levi's semurah AUD5, approx RM15 di aussie).
- Suka mengambil pesanan barang dari kawan-kawan di Malaysia malah dengan rela hati tak mark up walaupun satu sen, tapi ada juga barang tidak dituntut dan mengakibatkan kerugian kerana mendahulukan duit sendiri T__T
- Suka mengambil bau pakaian yang baru diangkat dari ampaian, sangat indah dan sukar digambarkan.
- Tidak suka memakai seluar/kain yang labuh mencecah lantai, kalau boleh biar setakat buku lali je, senang nak solat di mana-mana nanti.
- Sedang mengalami sakit pinggang yang amat kronik, tidak bebas untuk berjalan, duduk, baring, mahupun merangkak dengan sempurna. Namun bersyukur dengan anugerah Tuhan kerana sekurang-kurangnya mendapat pendedahan awal terhadap kehidupan di hari tua nanti.
Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka:
Sesiapa yang sudi. Malas nak bagi arahan selanjutnya.
No comments:
Post a Comment