Wednesday, July 22, 2009

"Anak nombor 1, nombor 4 dan nombor 6 adalah anak yang paling teruk dan sangat bermasalah"

Sentap, tersentak kau seketika bila dengar kata-kata yang keluar dari mulut seorang Ayah. Terdiam menunggu respon seterusnya, namun si Ayah terus merenung jauh. Entah apa yang bermain di fikiran, dia saja yang tahu.

Terdiam, kau cuba kira kedudukan kau. Oh, mujur kau anak nombor 2, dan adik kau yang jatuh di nombor 3 dan nombor 5 memang kau faham benar hati budi mereka. Kau sedikit musykil kenapa tiba-tiba saja si Ayah keluarkan kenyataan sedemikian, tapi mengenangkan kau bukan anak yang dimaksudkan, adalah lebih baik kau kunci mulut. Tapi dalam diam, kau tertanya-tanya juga, kenapa ya?

Tuesday, July 21, 2009

Takde mood nak menulis atau berkongsi cerita sebab aku semakin confuse dengan keadaan manusia sekeliling. Rasanya tak perlu kot fikir banyak-banyak, tapi disebabkan ada kaitan jugak, nak tak nak kena la fikir pasal orang yang tak boleh berfikir secara logik.

Sebuah keluarga yang tinggal di pinggir bandar, suami menghidap penyakit berbahaya dan terlantar di rumah. Pendapatan bulanan 0 ringgit. Isteri mengambil alih tugas suami, bekerja seawal pagi dan pulang menjelang Maghrib. Pendapatan bersih bulanan 1,100 ringgit. Kadangkala terpaksa bekerja lebih masa, di hujung minggu, ke lewat malam, tapi tetap menerima bayaran sama. Punya anak seramai 6 orang, julat umur 11 hingga 29 tahun, hanya seorang di bangku sekolah, seorang sudah bekerja, dan yang lainnya baru tamat pengajian atau masih belajar di universiti.

Rumah dan kereta tidak berhutang kerana bayaran telah dijelaskan sepenuhnya oleh si suami sebelum terlantar sakit dan kehabisan wang simpanan. Perbelanjaan harian bergantung sepenuhnya pada pendapatan isteri. 1,100 ringgit, untuk mengisi 7 mulut saban bulan. Duit penyelengaraan, bil astro, bil elektrik dan bil air semua di bawah tanggungan isteri. Dengan 1,100 ringgit. Jangan tanya cukup atau tidak. Hitung dan fikirkan sendiri.

Anak yang bekerja menyewa rumah dengan kos 500 ringgit, tetapi sebahagian besar sewa ditampung si ibu. Sudahla tidak pernah menghulur sesen dua, walaupun gaji mencecah lebih 3,000 sebulan. Anehnya, bukannya ada tanggungan lain. Duit si ibu juga diminta pinjam di tengah bulan kerana kehabisan wang belanja. Anak yang diharapkan bawa bahagia, lebih mengundang bala.

Anak yang berakal memohon pinjaman pelajaran untuk menampung pengajian. Namun ada juga yang tidak dapat diselami fikirannya, tidak mahu membuat pinjaman pelajaran atas alasan tidak mahu menanggung beban membayar kembali pinjaman. Dari pengajian peringkat sarjana muda hingga kini peringkat sarjana mahu ditanggung ayah ibu. Dengan 1,100 ringgit, perbelanjaan harian pun perlu dicatu, lagi mahu menanggung pengajian anak?

Ditakdirkan anak bijak bestari, mendapat sumbangan pendidikan menampung kos pengajian. Digunakan sebahagian untuk membayar yuran pengajian, namun buku sebuah hendak dibeli pun mengharapkan duit dari si ibu. Apalah salahnya digunakan duit sumbangan yang jelasnya untuk bantuan pengajian. Bukankah elok digunakan untuk membeli buku?

Lebih malang lagi ya, si ayah yang terlantar sakit tidak pernah berganti baju. Badan menyusut kurus kering pun, masih disarungkan pakaian lama meskipun lebih besar berbanding saiz badannya sekarang. Tapi, si anak hidup bermewah, saling berganti baju, mewah berbelanja membeli beg dan kasut, tanpa sedikit pun rasa bersalah. Entah dari mana sumber kewangan, hanya dia yang tahu.

Kenapa ya, dalam keadaan keluarga yang begitu kesempitan, masih ada anak yang tidak mahu merenung nasib diri, dan memilih jalan hidup bersederhana? Jangan dikira permintaan si anak, saban waktu memujuk si ibu belikan kereta buatnya, mudah untuk dipandu menghadiri kuliah. Si ibu hanya mampu memendam rasa, kerana si anak langsung tidak boleh ditegur, langsung tidak boleh dikisahkan peritnya si ibu mengatur belanja. Dimarah diherdik si ibu sesuka hati.

Kenapa ya masih ada manusia sebegitu dalam dunia ni? Kenapa ada anak yang boleh berfikir kesusahan si ibu dan ayah, tetapi ada juga yang masih mahu mendabik dada hidup dalam kemewahan? Bingung bila difikirkan untuk mencari jalan penyelesaian, sudahnya lebih baik tutup mata dan tadah telinga bila mana diperlukan.
Penat menjadi orang tengah, menyampaikan mesej pada yang tidak mahu mendengar.
Penat menyesakkan fikiran mencari ayat terbaik untuk menyampaikan hasrat orang lain.
Penat bila dituduh peracun fikiran ibu ayah, sedang telinga ini sudah tidak larat untuk ditadah mendengar keluh kesah.
Balik-balik, aku juga si mulut jahat.
Balik-balik, aku juga yang makan maki.
Balik-balik, aku juga pentingkan diri sendiri.
Faham tak betapa tak kuasanya aku nak campur dalam urusan hidup orang lain?
Aku sendiri sudah punya hidup baru, dan sepatutnya menjaga urusan hidupku sendiri.
Kenapa aku juga yang diperlukan untuk bersuara?
Apa guna kuasa ibu dan ayah jika anak sendiri pun tidak boleh ditegur?
Di mana letaknya hormat pada ibu ayah jika segala teguran dibalas dengan herdikan kasar?
Kenapa ya ada manusia yang boleh berbicara lembut penuh manis madu dengan sahabat, dengan kekasih?
Tapi meninggikan suara membidas percakapan si ibu ayah yang membesarkan sedari belum kenal erti dunia?
Kenapa aku juga dituduhkan pentingkan diri sendiri sedangkan aku tak ganggu hak orang lain?
Kau ingat senang ke jadi kakak, jadi yang teratas dalam keluarga?
Semua masalah akan dirujuk pada kau, diminta cari jalan penyelesaian.
Kau ingat aku suka kena berfikir untuk orang lain?
Kena berfikir untuk kau?
Dan masih aku juga yang pentingkan diri sendiri.
Sedangkan si ibu ayah sudah lama buntu cari jalan penyelesaian.
Kau ingat aku gembira tengok si ibu menangis, si ayah merintih sayu salahkan diri sendiri bila ada anak yang tak pernah tahu dek untung?
Kau ingat aku bahagia bila semua kisah perit hidup si ibu ayah, aku yang kena dengar sedangkan aku bukan penyebab semua yang jadi?
Dan masih aku juga yang pentingkan diri sendiri.
Aku dah cakap, aku tak nak campur urusan kau, aku tak nak ambil tahu apa saja kau lakukan.
Sebab aku dah penat dicaci maki.
Aku dah penat dilabel itu ini.
Dan aku masih tak faham, kenapa si ayah ibu itu, memilih untuk menggunakan aku untuk bersuara, untuk bersoal jawab dengan kau.
Sedangkan mereka ibu ayah yang besarkan kau, yang lebih layak membetulkan segala kepincangan kau.
Aku jelik. Aku penat.
Aku cuma mahukan kebebasan fikiran aku.
Jangan tanya kenapa aku diam membisu sejak akhir-akhir ni.
Aku cuma mahukan ruang aku sendiri.
Dan ruang aku yang takde kelibat kau pun dalam tu.
Tolonglah.
Pergi jauh dari hidup aku.

Thursday, July 16, 2009

Semalam tetiba je dapat sms dari Mak mintak password laptop, memang takde syak wasangka langsung, laju je reply sms Mak bagi maklumat yang diperlukan. Siap bagi instruction lengkap untuk pasang printer kalau-kalau Mak nak print resepi ke ape. Tak lama lepas tu, masuk lagi sms dari Mak.

Bukan main lagi budak kecik ni mengelat nak guna laptop. Geram betul. Terus hantar sms ugutan pulak kat dia.

Terus senyap je takde respond. Tak boleh jadi ni, terus call rumah cakap dengan dia. Macam-macam la alasan nak buat homework sambil dengar lagu la, sebab takut tertidur. Dah siap warning suruh tutup laptop, pi tidur before pukul 12, kalau tak nak doa biar dia jadi katak, boleh jadi makanan penanggal. Plan nak call dia balik tapi dah terpengsan awal. Bangun pagi ni, check handphone ada sms dari Mak. Tengok delivered time 2.25am.

Memang bertuah betul budak ni. Dengan Mak sekali dia goreng. Tak tau la pagi ni dia pi sekolah ke tak, kalau dah pukul 2.25am pun masih belum tidur. Haih. Payah betul ada kanak-kanak separa normal dalam keluarga ni.

Wednesday, July 15, 2009

Umur dah sebelas tahun, tapi masih lagi berfikiran macam budak tadika. Memang dia ni sebenarnya budak kecik umur enam tahun yang terperangkap dalam badan budak umur sebelas tahun. Boleh je orang lain letak nama kumpulan "berjenis" sikit, dia main belasah je pi letak nama "HAGEMARU". Macam tak bersalah je. Memang otak kartun betul budak Baby ni!
Ini adalah super lawak. Semalam baru je nak lelap mata, dapat sms dari Epah a.k.a Ustaz Abu suruh pi check blog dia. Malas nak turn on computer, bangun pagi ni baru semangat nak baca apa yang dia update. Semalam nak balik rumah Si Kucing, macam-macam hal jadi gara-gara Baby yang memang suka cari pasal.

Being the youngest in the family, memang Baby gila craving for attention. Dah degil tak nak dengar cakap Ustaz Abu, abang kesayangan dia suruh stop layan YouTube, pi tidur sebab dah pukul 12 tengah malam, dah dia melawan hempas buku segala, pastu dia pi pulak tampal satu rumah penuh dengan kertas bertulis "Ustaz Abu Gemuk". Balik je hantar aku kat rumah Si Kucing, ni yang depa tengok.

Penuh bertampal kertas kecik satu rumah

Kat dinding hall ada

Kat pintu bilik pun ada

Memang cari pasal betul la budak kecik ni. Dah la pagi nak pi sekolah bukan main seksa lagi nak bersiap, Ustaz Abu jugak nak rush pi hantar dia. Dah siap dapat surat amaran terakhir sebab datang lewat 31 hari berturut-turut pun, masih tak mau berubah. Ustaz Abu pun sama je bengong, pi balas pulak kat dia.

Respond dari "Ustaz Abu Gemuk"

Tak tau la pagi ni depa dok perang sakan, sapa hantar Baby pi sekolah. Gila nak melayan kerenah budak sorang ni. Aku boleh tumpang gelak je la. Haih. Macam-macam perangai.

Wednesday, July 08, 2009

Manusia aneh yang bukannya takut disumpah jadi katak, tapi lebih takut jadi makanan penanggal! Adoiyai!!