Tuesday, July 21, 2009

Penat menjadi orang tengah, menyampaikan mesej pada yang tidak mahu mendengar.
Penat menyesakkan fikiran mencari ayat terbaik untuk menyampaikan hasrat orang lain.
Penat bila dituduh peracun fikiran ibu ayah, sedang telinga ini sudah tidak larat untuk ditadah mendengar keluh kesah.
Balik-balik, aku juga si mulut jahat.
Balik-balik, aku juga yang makan maki.
Balik-balik, aku juga pentingkan diri sendiri.
Faham tak betapa tak kuasanya aku nak campur dalam urusan hidup orang lain?
Aku sendiri sudah punya hidup baru, dan sepatutnya menjaga urusan hidupku sendiri.
Kenapa aku juga yang diperlukan untuk bersuara?
Apa guna kuasa ibu dan ayah jika anak sendiri pun tidak boleh ditegur?
Di mana letaknya hormat pada ibu ayah jika segala teguran dibalas dengan herdikan kasar?
Kenapa ya ada manusia yang boleh berbicara lembut penuh manis madu dengan sahabat, dengan kekasih?
Tapi meninggikan suara membidas percakapan si ibu ayah yang membesarkan sedari belum kenal erti dunia?
Kenapa aku juga dituduhkan pentingkan diri sendiri sedangkan aku tak ganggu hak orang lain?
Kau ingat senang ke jadi kakak, jadi yang teratas dalam keluarga?
Semua masalah akan dirujuk pada kau, diminta cari jalan penyelesaian.
Kau ingat aku suka kena berfikir untuk orang lain?
Kena berfikir untuk kau?
Dan masih aku juga yang pentingkan diri sendiri.
Sedangkan si ibu ayah sudah lama buntu cari jalan penyelesaian.
Kau ingat aku gembira tengok si ibu menangis, si ayah merintih sayu salahkan diri sendiri bila ada anak yang tak pernah tahu dek untung?
Kau ingat aku bahagia bila semua kisah perit hidup si ibu ayah, aku yang kena dengar sedangkan aku bukan penyebab semua yang jadi?
Dan masih aku juga yang pentingkan diri sendiri.
Aku dah cakap, aku tak nak campur urusan kau, aku tak nak ambil tahu apa saja kau lakukan.
Sebab aku dah penat dicaci maki.
Aku dah penat dilabel itu ini.
Dan aku masih tak faham, kenapa si ayah ibu itu, memilih untuk menggunakan aku untuk bersuara, untuk bersoal jawab dengan kau.
Sedangkan mereka ibu ayah yang besarkan kau, yang lebih layak membetulkan segala kepincangan kau.
Aku jelik. Aku penat.
Aku cuma mahukan kebebasan fikiran aku.
Jangan tanya kenapa aku diam membisu sejak akhir-akhir ni.
Aku cuma mahukan ruang aku sendiri.
Dan ruang aku yang takde kelibat kau pun dalam tu.
Tolonglah.
Pergi jauh dari hidup aku.

No comments: