Takde mood nak menulis atau berkongsi cerita sebab aku semakin confuse dengan keadaan manusia sekeliling. Rasanya tak perlu kot fikir banyak-banyak, tapi disebabkan ada kaitan jugak, nak tak nak kena la fikir pasal orang yang tak boleh berfikir secara logik.
Sebuah keluarga yang tinggal di pinggir bandar, suami menghidap penyakit berbahaya dan terlantar di rumah. Pendapatan bulanan 0 ringgit. Isteri mengambil alih tugas suami, bekerja seawal pagi dan pulang menjelang Maghrib. Pendapatan bersih bulanan 1,100 ringgit. Kadangkala terpaksa bekerja lebih masa, di hujung minggu, ke lewat malam, tapi tetap menerima bayaran sama. Punya anak seramai 6 orang, julat umur 11 hingga 29 tahun, hanya seorang di bangku sekolah, seorang sudah bekerja, dan yang lainnya baru tamat pengajian atau masih belajar di universiti.
Rumah dan kereta tidak berhutang kerana bayaran telah dijelaskan sepenuhnya oleh si suami sebelum terlantar sakit dan kehabisan wang simpanan. Perbelanjaan harian bergantung sepenuhnya pada pendapatan isteri. 1,100 ringgit, untuk mengisi 7 mulut saban bulan. Duit penyelengaraan, bil astro, bil elektrik dan bil air semua di bawah tanggungan isteri. Dengan 1,100 ringgit. Jangan tanya cukup atau tidak. Hitung dan fikirkan sendiri.
Anak yang bekerja menyewa rumah dengan kos 500 ringgit, tetapi sebahagian besar sewa ditampung si ibu. Sudahla tidak pernah menghulur sesen dua, walaupun gaji mencecah lebih 3,000 sebulan. Anehnya, bukannya ada tanggungan lain. Duit si ibu juga diminta pinjam di tengah bulan kerana kehabisan wang belanja. Anak yang diharapkan bawa bahagia, lebih mengundang bala.
Anak yang berakal memohon pinjaman pelajaran untuk menampung pengajian. Namun ada juga yang tidak dapat diselami fikirannya, tidak mahu membuat pinjaman pelajaran atas alasan tidak mahu menanggung beban membayar kembali pinjaman. Dari pengajian peringkat sarjana muda hingga kini peringkat sarjana mahu ditanggung ayah ibu. Dengan 1,100 ringgit, perbelanjaan harian pun perlu dicatu, lagi mahu menanggung pengajian anak?
Ditakdirkan anak bijak bestari, mendapat sumbangan pendidikan menampung kos pengajian. Digunakan sebahagian untuk membayar yuran pengajian, namun buku sebuah hendak dibeli pun mengharapkan duit dari si ibu. Apalah salahnya digunakan duit sumbangan yang jelasnya untuk bantuan pengajian. Bukankah elok digunakan untuk membeli buku?
Lebih malang lagi ya, si ayah yang terlantar sakit tidak pernah berganti baju. Badan menyusut kurus kering pun, masih disarungkan pakaian lama meskipun lebih besar berbanding saiz badannya sekarang. Tapi, si anak hidup bermewah, saling berganti baju, mewah berbelanja membeli beg dan kasut, tanpa sedikit pun rasa bersalah. Entah dari mana sumber kewangan, hanya dia yang tahu.
Kenapa ya, dalam keadaan keluarga yang begitu kesempitan, masih ada anak yang tidak mahu merenung nasib diri, dan memilih jalan hidup bersederhana? Jangan dikira permintaan si anak, saban waktu memujuk si ibu belikan kereta buatnya, mudah untuk dipandu menghadiri kuliah. Si ibu hanya mampu memendam rasa, kerana si anak langsung tidak boleh ditegur, langsung tidak boleh dikisahkan peritnya si ibu mengatur belanja. Dimarah diherdik si ibu sesuka hati.
Kenapa ya masih ada manusia sebegitu dalam dunia ni? Kenapa ada anak yang boleh berfikir kesusahan si ibu dan ayah, tetapi ada juga yang masih mahu mendabik dada hidup dalam kemewahan? Bingung bila difikirkan untuk mencari jalan penyelesaian, sudahnya lebih baik tutup mata dan tadah telinga bila mana diperlukan.

No comments:
Post a Comment