Friday, October 16, 2009

Hari tu ada tengok satu slot dalam rancangan Wanita Hari Ini kat TV3. Topik dibualkan, sikap jangan putus asa, fokus kat pasangan yang dah lama berkahwin tapi tak dikurniakan anak lagi. Panel jemputan tu, seorang ustaz dan satu pasangan yang berbelas tahun dah kahwin tapi belum ada rezeki nak timang cahaya mata. Apa yang menarik dalam topik perbincangan tu yang bagi kesan kat aku adalah seperti berikut (eh.. cam skema pulak tetiba) :
  1. Ustaz tu cakap, Nabi Ibrahim dulu umur 80 (ada pendapat kata 90) baru dapat anak pertama, itu pun hasil dari perkahwinan kedua dengan Siti Hajar. Tak dapat dibayangkan kalau keadaan sekarang ni, umur 80 baru ada anak? Haih. Berat cabaran dan dugaan tu, kan?
  2. Satu pesan ustaz tu, jangan ada sikap putus asa dan teruskan berdoa. Tapi kadang-kadang kalau kita dah sehabis daya berusaha masih jugak tak dapat sesuatu benda tu, kita kena redha, dan belajar terima hakikat. Ada sebab kalau Tuhan tak nak bagi, lebih-lebih lagi kalau benda tu memudaratkan, bukan bawa kebaikan pun kat kita.
  3. Jangan ada buruk sangka kat Tuhan, sentiasa sangka baik, hati kena bersih. Jangan argue kerja Tuhan, jangan bandingkan apa yang kita dapat dengan orang lain, sebab setiap apa yang Tuhan bagi tu, memang dah bahagian masing-masing, tak perlu dipertikaikan.
  4. Ada seorang caller kongsi pengalaman, dia sangat nak anak dan buat macam-macam cara sampai akhirnya mengandung. Sedihnya, doktor memang larang dia mengandung sebab dia ni ada macam-macam penyakit bahaya macam ketumbuhan segala, anak dia tu lahir je terus dihantar ke hospital kat KL untuk rawatan lanjut, dia tak sempat tengok pun anak dia. Suami dia pulak tiap-tiap malam tak balik rumah, tinggalkan dia sorang-sorang. Kesian kan, mesti ada sebab Tuhan tak nak bagi dia anak, tu la ustaz tu cakap kita kena terima hakikat kalau dah memang bukan rezeki kita nak dapat sesuatu tu.
  5. Pasangan yang datang tu sangat supercool, both husband and wife, diorang dah cukup lali dengan pertanyaan orang pasal bila nak ada anak. Diorang dah berusaha macam-macam, ada sekali tu sampai setahun setengah ulang alik Klinik LPPKN dapatkan rawatan, akhirnya doktor nasihatkan untuk berhenti dapatkan rawatan sebab diorang takde masalah kesihatan pun sebenarnya. Dua-dua sesuai je untuk dapat anak, cuma rezeki je Allah tak bagi lagi. In the end, diorang ambik anak angkat, dan hidup riang aman gembira.
Pengajarannya, kalau kita nak sangat sesuatu, belum tentu benda tu baik untuk kita, maka Allah tak bagi mesti ada sebabnya. Jangan suka tuding jari sana sini, salahkan keadaan, buruk sangka dengan Tuhan sebab jalan hidup ni, Allah tentukan dari kita dalam perut ibu lagi. Cuma jangan mudah putus asa, dan usaha selagi terdaya, kalau tak dapat jugak, redha!

InsyaAllah aku harap aku akan sentiasa ingat benda ni kalau aku kecewa tak dapat sesuatu yang sangat aku harapkan.

Thursday, October 15, 2009

Tadi pergi check-up di AL-iSLAM Specialist Hospital, ada masalah lagi sebenarnya. Satu persatu kan Tuhan bagi dugaan? Tapi, takpelah, kena redha sebab masih ada yang lebih malang. Nak pujuk hati, pi jalan Pavillion, layan Papadom dan mengenyangkan perut dekat Carl's Jr, balik siap tapau Mini U-Hu!-Hu! lagi dari The Loaf. Alhamdulillah rezeki hari ni makan sedap-sedap.

Banyak sebenarnya dok pikir sekarang, tapi bila ingat yang kita kena redha setiap dugaan tu, sejuk sikit hati ni. Bila fikir balik, Tuhan duga benda lain, dia bagi rezeki cara lain pulak. Mengenangkan sekarang ni dalam keadaan tak kerja, takde duit sendiri pun, masih tak putus rezeki walaupun bukan guna duit sendiri.

Selama ni memang aku harap kalau aku kahwin, aku sentiasa cukup makan pakai, tak perlu bermewah, cukup sekadar bila aku inginkan sesuatu, aku mampu dapat tanpa perlu tunggu hujung bulan untuk terima wang gaji. Macam hari ni pergi jalan, si teman tidur berkenan nak beli satu seluar ni, harga agak reasonable ikutkan jenama dan kualiti, dia boleh terus beli je, tak perlu pening kepala nak congak cukup ke duit belanja?

Bila lalu pulak depan kedai kamera, sibuk dia nak tambah aksesori yang mencecah empat angka nilainya, dia boleh je terus beli, tanpa sedikit ragu cukupkah duit makan esok hari? Alhamdulillah, Tuhan murahkan rezeki dia, dan rezeki aku jugak sebab aku dapat apa yang aku nak selama ni. Perkahwinan ni tak membebankan aku ataupun dia, dan dia bebas berbelanja tanpa perlu susah payah tanggung hutang sana sini.

Bagi aku, secara peribadi, aku tak perlukan kad plastik untuk berbelanja, semuanya dibayar tunai untuk tak peningkan kepala. Aku tak perlukan kenderaan mewah untuk ke sini sana, cukup dengan apa yang ada buatkan pergerakkan aku selesa. Aku tak perlu berganti pakaian, handbag dan aksesori sepanjang tahun, cukup dengan apa yang ada sesuai disarung di badan. Aku selalu pegang konsep, tak penting pun sebenarnya berapa banyak gaji yang kau terima setiap bulan, tapi cara kau belanjakan duit yang kau ada, bijak ke tidak?

Walaupun kadang-kadang rasa sesak dada terkenangkan dugaan yang datang satu persatu, sekurang-kurangnya aku bersyukur sebab Allah bagi rezeki dalam bentuk yang lain pulak. Harapnya, Allah akan murahkan rezeki si teman tidur, supaya aku turut sama dapat berkongsi hasilnya. Kan bagus kalau hidup ni sentiasa bersangka baik dengan Tuhan.

Wednesday, October 14, 2009

Lagu ni lama dah ada di pasaran, cuma lately bila masuk kereta je, mesti cik Baby dok pasang cd, repeat berulang kali, katanya ni lagu yang Mak suka, penyanyi dia nama Rebecca. Konpius jugak, ada pulak ke penyanyi nama Rebecca nyanyi lagu Melayu punya sedap dan lancar aje. Rupanya penyanyi dia Boneca, bukan Rebecca. Payah betul cik Baby ni, punya konfiden dia betul. Dalam lagu ni, part yang bawah ni yang paling aku suka. Nanti nak edit part ni je guna AcidPro, pastu nak buat ringtone.

"engkau mahu sempurna
engkau jadi sempurna
biar aku bahagia dengan cela ku
engkau mahu malaikat
turun dari kayangan
biar aku bahagia dengan cela ku"

Thursday, October 08, 2009


How beautiful! MJ, Rest In Peace, ya?

Tuesday, October 06, 2009

"nobody said it was easy, no one ever said it would be this hard"
(the scientist - coldplay)

If only I knew it right from the start, I should have known what to do to make things right. Whatever it is, things happened for a reason, Allah knows best, so who am I to complaint? Let's just go with the flow, InsyaAllah everything is gonna be alright. We plan, Allah plans, but still Allah is the best planner.

Friday, October 02, 2009

"A for epikrot"

Ini cik Baby pesan, suruh tulis dalam blog Kakak; kesalahan beliau yang begitu yakin menyebut apricot sebagai "epikrot". Sangat menyedihkan penguasaan bahasa cik Baby ni, lagi banyak dia bercakap, lagi banyak la kesalahan tatabahasa dia terserlah. Lepas ni tak tau la apa pulak kesalahan seterusnya yang dia bakal buat. Sama-sama la kita nantikan..

Thursday, October 01, 2009

To the one who celebrated his 27 years of life at chili's and the apartment KLCC yesterday,

Thanks for being the one who would always tolerate with my crankiness, my super irritating attitude, my sudden crave for yummy foods..

Thanks for being the one who has never fail to wake up at the middle of the night when my feet got cramped, making the pain go away, hug me and put me back to sleep..

Thanks for being the one who never complaint, even when I rather sit at home browsing the net all day long without any intention to get myself a job..

Thanks for being the one who would always listen to all those craps whenever I am having a bad day dealing with those annoying people..

Thanks for being the one who stand by my side for the past 9 years, through the ups and downs, those sadness and madness which almost make me killed myself..

Thanks for being the one I could love, and loving me back more and more as each day passing by..

Thanks for being you..

Happy 27th Birthday, Sayang! I love you!