Monday, November 30, 2009

The sooner you STOP being my problem and START being my solution, the better of you'll be.
(Madeliene White, Inside Man 2006)

Sunday, November 29, 2009

..and when the pots calling the kettle black

Sunday, November 22, 2009



Bila la nak pi Pavillion lagi belasah makan ni aa? The Bedmate busy kerja la pulak, takde masa nak jalan-jalan. Tapi, masalahnya, saya ni larat ke nak tawaf Pavillion tu? Setakat pi Jusco yang sekangkang kera je dari rumah ni pun dah pancit tahap gaban. Haih.. sadisnya~

Saturday, November 21, 2009

Hari yang dimulakan dengan sangat gembira tak hengat donia sebab dah berjaya bagi rupa baru kat blog ni. Hohoho. Macam la ada orang peduli pun kan? Setakat yang baca adalah diri sendiri, masih nak berbangga tak kira tempat. Tapi tak kesah pun, janji rasa gembira jugak setelah sekian lama membiarkan blog ini berdindingkan kaler merah jambu yang nampak macam ayu sangat je pulak.

Err.. tetiba je macam blur tatau nak cakap ape. Nanti la sambung lagi ye? Tata~

Wednesday, November 04, 2009

Mohd Faizal Bin Chanmekun. Satu nama yang tak mungkin dapat aku lupakan sampai bila-bila pun. Aku pernah tulis kisah dia kat sini, sini, sini dan sini. Lately, bila check site meter, ramai jugak yang google pasal dia dan buat aku tertanya-tanya. Bukan setakat dari KL, Penang, Kedah, Selangor dan jugak Sarawak, ada yang muncul dari UK dan Singapore. Kenapa ya?

Apapun, aku harap sesiapa je yang cari info pasal dia, sesiapa je yang mengenali dia, hanya mengingati segala perkara indah, dan turut sama doakan dia tenang di alam sana. Terlalu banyak kisah sedih dia yang aku dengar dari sumber terdekat, masa dia hidup lagi ke, atau masa dia di ambang kematian ke, atau selepas pemergian dia, tapi hati aku tertutup untuk berkongsi kisah dia di sini.

Masa dia dah sampai, perjalanan hidup dia di dunia ni dah terhenti, kita yang masih hidup ni, bila agaknya akan dijemput pergi?
Sometimes some things are just too obvious to be ignored (Hamis Jalikha, 2009)

Tuesday, November 03, 2009

The one and only official convocation photo captured by GFP

For 20 x 25cm photo with a charge of AUD45, it is totally NOT worth it!

=(

Monday, November 02, 2009


Dah lama abaikan FB, bukak je tengok ada gambar ni. Adoila, gila nostalgia di malam hari. Serious rindu kat semua mahkluk yang wujud dalam ni, memang dulu dah jadi habit suka tangkap gambar kasut. Sekali Ketua Delegasi pi upload pulak gambar ni dalam FB, memang KLMJ betul la. Haih. Dengan kegilaan kasut Keds la, dari gambar ni je terbukti 3 orang dok pakai Keds.

Sekarang semua dah tamat pengajian dan bawa haluan hidup masing-masing. Dok layan tengok gambar je la ubat kerinduan. Siang tadi Sivaji the Boss call, insyaAllah akan jumpa raya Haji ni. Dia ni cam ada instinct, tau je saya sakit ke, ada masalah ke, mesti dia rasa tak sedap hati. Terkejut sakan la dia bila tau saya baru je discharged dari percutian 3 hari 2 malam di Hospital Serdang. Puas la segala kata nasihat, macam masa dulu kami selalu ada persidangan meja bulat.

Serious rindu neh nak sama-sama duduk serumah, dok dalam bilik tunggu Ketua Delegasi panggil makan, dok gossip sama-sama, bila phone umah bunyi dok berebut dengan Ketua Delegasi sebab selalunya kami berdua je dok dapat call dari Malaysia. Weekend mesti busy dok pusing sana sini cari Garage Sale, pastu hepi gila beli buku seposen. Haih. Kenangan.

Apapun, semua yang indah pasti akan berkahir, kan? Cumanya harap masih tak terputus hubungan sampai bila-bila pun. Kawan sampai mati, boleh je kan?