Tuesday, February 02, 2010

Keadaan kesihatan Ayah makin teruk dari hari ke hari, tapi kami cuba tak fikirkan sangat, cuba yakinkan diri keadaan akan bertambah baik, semua penderitaan ni akan berakhir dengan kegembiraan. Terlalu banyak kesedihan dan kepayahan yang terpaksa kami hadapi, tapi mengenangkan ini semua dugaan yang Allah berikan dan Dia pasti tahu apa sebenarnya yang terbaik untuk kami, kami pujuk diri dan cuba sedaya-upaya untuk terus tabah dan bertahan.

Hidup ini terlalu singkat untuk dipenuhi dengan tekanan dan kesedihan. Orang luar hanya tahu melihat dan membuat taksiran sendiri, tapi hanya kami yang merasa pedih seksa dalam situasi runcing begini. Semoga akan ada sinar bahagia buat Ayah, dan Ayah akan kembali cergas, ceria dan sihat macam dulu. Dalam keadaan ni, memang penting untuk kami terus bersatu dan berkhidmat untuk Ayah, kerana entah esok lusa, entah ada lagi ke peluang untuk kami masih dapat lihat Ayah tersenyum bahagia. Semoga ada yang di luar sana, sudi  untuk turut sama mendoakan kesejahteraan Ayah, mengharapkan segala yang terbaik.

Tuhan, kami masih perlukan Ayah di sisi, jadi tolong pinjamkan Ayah buat kami lama-lama lagi, ye? Terima kasih, Tuhan!

No comments: