Ada seorang kawan yang saya rindu amat menyambut ulangtahun kelahirannya beberapa hari yang lalu. Memang saya nak ucap melalui panggilan telefon ataupun kiriman sms, tapi hati masih terluka dek penipuan dia hingga maruah saya tercarik luka. Saya mahu jadi orang pertama tepat jam 12 ucap selamat bahagia gembira buat dia, tapi kalau saya panjatkan doa pada Tuhan saja pun, kira cukuplah kan?
Dia tak perlu tau pun saya mendoakan dia dari jauh.
Dia tak perlu tau pun saya rindukan dia.
Dia tak perlu tau pun dia masih kawan saya.
Dia tak perlu tau pun saya masih sayangkan dia.
Dia cuma perlu tau untuk tidak menikam belakang kawan.
Dia cuma perlu tau untuk tidak meletakkan maruah kawan di bawah tapak kakinya
Dan dia cuma perlu tau untuk belajar bercakap jujur.
Itu saja.

No comments:
Post a Comment