Maaflah kawan-kawan. Nak kawan dengan kami ni hati kena kental. Jiwa kena kuat. Kalau cuit sikit dah menangis meratap nasib diri, lupakan je la niat nak jadi kawan kami. Kami memang kejam, tapi takde pulak sampai tahap sekejam zionis. Mulut laser menikam laksana halilintar memanah bumi dah memang trademark kami. Gurauan kasar lebih kasar dari permukaan jalan berturap tar memang aktiviti harian kami.
Kalau setakat mengungkit titisan air mata menaiki bas di laluan o-bahn lapan kali sehari, dengan nama panggilan kekal seumur hidup sebagai datin jangok kerana memakai rantai tiga lapis ke majlis rumah terbuka hari raya, membangkitkan isu arm rest dek kerana perut buncit mengalahkan ibu mengandung, isu katil tinggi sebelah senior junior, digoda menggoda pakcik pemandu bas dan kanak-kanak di bawah umur laksana pedophile, dan hanya sekadar itu anda rasa mahu mengadu satu semesta, maka lupakan hasrat untuk menjadi kawan kami.
Jangan pula rasa aneh bila kami saling menikam secara langsung tapi tidak pula ada yang berbunuh sesama sendiri. Kami memang begini. Jadi maaf jika anda sering tidak diajak ke sana-sini, kami tidak berkongsi juadah istimewa popia masin rentung, bihun goreng hangus, ayam masak merah halia habis serai kering kontang, kari kambing campur lembu. Kami bahagia begini dan akan terus begini. Anda tidak terpilih bersama kami mungkin kerana anda manusia aneh keluarga alien. Jadi maafkan kami dan teruskan kehidupan anda yang tak bermakna macam kami ni.

1 comment:
adekah saye mengenali orang yang dimaksudkan? bunyik cam parah ni...=)
Post a Comment