Hobi baru cikenit adalah melihat webcam dengan muka teruja sambil senyum-senyum comel. Bukan main seronok lagi beliau bila tengok muka sendiri display kat skrin komputer. Rekod terbaru beliau sudah seberat 4.6kg. Pertambahan 500gm++ dalam masa seminggu adalah sangat mengkagumkan. Teruskan usaha murni tersebut, semoga cikenit berjaya!
Saturday, February 20, 2010
It was my 27th birthday last year when we get married. One year has passed, but 365 days were not enough for me, so please give me more and more days to love you. I don't need any gift from you as Allah has given us Nasyran Al-Fath, the best and greatest gift, so far. Be mine forever, Sayang. I Love You.
And Happy 28th Birthday to me!
Monday, February 15, 2010
- Kau kena pukul dengan orang yang paling kau percaya dan paling kau sayang.
- Kau ada angan-angan, cita-cita dan perancangan untuk sehidup semati dengan dia.
- Kau diherdik dengan tuduhan melulu dan dihamun dengan kata nista.
- Kau diugut akan dipukul lagi setiap kali timbul sengketa.
- Kau tak dipujuk atau dirayu maafkan dia atas kekasaran dia memukul kau.
- Kau jauh lebih baik dari segi pendidikan berbanding dia.
- Kau jadi rebutan ramai manusia di luar sana tapi kau tetap setia.
- Kau punya masa depan yang sangat cerah berbanding dengan kehidupan dia.
- Kau punya keluarga yang sayangkan kau dan mahukan yang terbaik.
- Kau belum punya ikatan sah, belum jadi milik dia sepenuhnya.
- Kau masih rindukan dia walaupun dia sudah jelak melihat muka kau.
- Kau masih mengharapkan dia walaupun terang-terangan dia mintak kau lupakan semuanya.
Aku sangat benci lelaki yang pukul perempuan. Sepanjang aku hidup, aku dah banyak sangat dengar isu ni di kalangan kawan-kawan aku sampai aku rasa muak dan nak muntah. Aku rasa sakit sangat bila kau diperlakukan dengan kejam tapi kau masih mengharapkan keadaan akan menjadi baik dan kau masih akan kekal bersama dengan lelaki tu.
Siapa kata putus cinta tak sakit, tak perit? Mana nak letak muka lagi tanggung malu, bila cinta putus separuh jalan. Logiknya kalau kau sayangkan seseorang, sanggup ke kau sakiti dia? Untuk apa terus bertahan kalau hanya lebih menyakitkan? Apa ertinya terus bertahan kalau hidup kau penuh tangisan daripada kegembiraan?
Aku tau pendapat aku tak diperlukan jadi aku diam. Tapi hati aku tetap terkilan, jadi aku hanya ada ruang maya untuk meluahkan. Bila kau sanggup hambakan diri pada yang tak tahu menghargai, hanya kerana cinta, kau sebenarnya menempah jalan derita. Apapun, aku cuma mampu jadi pemerhati yang sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk kau. Semoga Allah bantu kau buat keputusan yang bijak.
Sunday, February 14, 2010
Tetaplah menjadi bintang dilangit
Agar cinta kita akan abadi
Biarlah sinarmu tetap menyinari alam ini,
Agar menjadi saksi cinta kita
Berdua...
Berdua..
Sudah..
Lambat sudah...
Kini semua harus berakhir
Mungkin inilah jalan yang terbaik
Dan kita mesti relakan kenyataan ini
Agar cinta kita akan abadi
Biarlah sinarmu tetap menyinari alam ini,
Agar menjadi saksi cinta kita
Berdua...
Berdua..
Sudah..
Lambat sudah...
Kini semua harus berakhir
Mungkin inilah jalan yang terbaik
Dan kita mesti relakan kenyataan ini
(Kasih Tak Sampai by Padi)
Awak,
Saya dah jumpa kesayangan saya. Saya tak perlu raikan Hari Kasih Sayang sebab hari-hari pun saya sayang dia. Saya harap awak jumpa kesayangan awak dan awak dapat raikan Hari Kasih Sayang yang awak idamkan selama ini. Takpelah kalau tak pernah sambut dengan saya pun, sebab kasih awak kat saya memang takkan pernah sampai.
Friday, February 12, 2010
Aku rasa kau terlebih tahu kot status aku ni isteri orang, kau pulak sedar diri tak kau ni suami orang? Bila kau bosan ke, banyak masa terluang ke, kenapa kau telefon aku, bukan telefon isteri kau? Pantang silap cakap sikit, kau mula emosi, nak merajuk tak tentu pasal dengan aku. Anehnya kau ni. Isteri kau kan ada, pi la manja-manja dengan dia. Kenapa macam kekurangan kasih sayang je kau ni? Kenapa cari aku pulak?
Dulu sebelum aku kahwin, ok je boleh sembang biasa-biasa. Tapi tiba-tiba je kau asyik nak melucah pulak sekarang. Sangap sangat ke kau ni? Memang sangat aneh, ok? Apa je aku cakap, semua kau nak putar belit menuju ke arah kelucahan. Eh, geli tau tak nak sembang benda dalam kain dengan kau. Kenapa kau tak sembang je dengan bini kau, boleh la kau nak melucah sesuka hati pun.
Kau bangga je cerita kau tipu bini kau konon dah stop smoking, tapi belakang dia sehari sekotak 20 kau belasah. Tak cukup tu, macam-macam benda lagi kau tipu, siap gelak-gelak bangga lagi cerita dekat aku. Tak perlu kot kau berpura-pura baik depan dia, tapi belakang dia kau mensetan bagai nak gila. Lepas tu kau nak provoke pasal perangai suami aku pulak. Eh, lantak dia la nak perangai macam mana, aku yang hadap hari-hari, baik ke, setan ke, suami aku kot. Kau kenapa tak jaga diri kau, jaga bini kau baik-baik?
Pasal anak pun nak jadi isu. Tak perlu kot kau nak compare anak kau dengan anak aku. Kau je yang terbaik segala, aku serba serbi tak kena, kan? Aku dah bagi kau menang semua, tapi kenapa nak argue jugak? Ambik la semua yang kau nak, kau nak cerita dabik dada sampai ke langit ketujuh pun, aku sikit tak kisah. Sampai tujuh keturunan pun kau nak bermegah, suka hati kau la. Ambik semua, aku sikit pun tak nak.
Aku ingatkan lagi tambah usia lagi jadi matang, tapi makin berotak lipas la pulak. Eh, kesiannya kau ni. Sindrom kesedihan dan sindrom kesepian melanda ye? Pi la balik tatap muka bini sama anak kau. Aku letih la nak layan kau sembang lebat tak sudah-sudah. Anggap je la kau yang sentiasa juara dalam segala segi, tak perlu la kau nak tunjuk macam aku loser sangat. Aku kan the biggest loser, EVER. Ingat tu.
Esok lusa kalau kau telefon tapi aku tak answer tu, faham sendiri je la apa maksudnya ye? Tak payah la kau berusaha gigih nak dail nombor aku berjuta kali. Kau patut faham sendiri, sedar yang aku memang malas nak layan kau. Jangan sampai aku cakap straight to your face, nanti kau jugak emosi tak sudah. Aku penat dah, gimme a break, will ya?
Tuesday, February 09, 2010
Nasyran Al-Fath @ 2 months young
My cheeky little hero turns 2 months young today. Weighing at 4.015kg (with his birth suits on), as a 'borderline prem' baby, he is making good progress, upgrading his growth chart from the red zone to the yellow zone. InsyaAllah, hopefully when he turns 3 months young, he'll safely be in the white zone.
Sayang,
Ikut usia sebenar awak, patutnya awak baru sebulan tau. Sekarang ni, awak develop hobi baru, suka main air liur. Comot la awak ni, dah la suka sangat minum susu banyak, pastu muak banyak-banyak kat Mummy. Memang masam je la Mummy ni bau muak awak. Eh tapi Mummy tak kisah, tak marah pun. Mummy lagi suka awak minum susu banyak, nanti awak cepat besar.
Ikut usia sebenar awak, patutnya awak baru sebulan tau. Sekarang ni, awak develop hobi baru, suka main air liur. Comot la awak ni, dah la suka sangat minum susu banyak, pastu muak banyak-banyak kat Mummy. Memang masam je la Mummy ni bau muak awak. Eh tapi Mummy tak kisah, tak marah pun. Mummy lagi suka awak minum susu banyak, nanti awak cepat besar.
Awak suka sangat angkat kepala, apa yang awak tengok entah la. Mummy kena jaga baik-baik, tambah pulak masa tengah dukung awak. Takut je tak perasan kepala awak terhantuk ke apa. Tapi Alhamdulillah, Allah pelihara awak. Selalu kan Sayang, lepas dah kenyang menyusu, mata mengantuk nak tidur, awak suka sangat senyum comel. Geram betul tengok awak, Mummy rasa nak gigit je tau.
Awak ni kan, manja sangat dengan Daddy. Daddy pun bukan main lagi cakap lembut je dengan awak. Kalau la Mummy usik nak marah-marah awak, mesti Daddy marah Mummy balik, sebab tengok awak dah cebik nak nangis. Mummy sayang awak sangat la, mana ada Mummy marah betul-betul.
Eh, awak sekarang dah botak la. Boleh la kawan baik dengan Atuk, sama je fesyen rambut. Setiap kali lepas mandi, dah bersiap lawa, mesti Mummy bawak awak dekat dengan Atuk, bagi Atuk cium. Kesian Atuk tau Sayang, Atuk dah tak larat jalan, dah tak daya nak dukung awak. Tapi, jangan risau, setiap kali lepas mandi mesti Atuk cium awak, tak pernah miss. Kita sama-sama doa mintak pada Allah bagi Atuk boleh jalan balik macam dulu, nanti Atuk boleh bawak awak jalan-jalan pergi kedai Cik Kassim beli gula-gula. Tapi nak makan gula-gula kena tunggu awak ada gigi dulu.
Awak suka tidur kat bilik aunty, sebab bilik aunty sejuk sangat. Selalu aunty dukung awak sampai awak terlelap, aunty bagi awak tidur dalam bilik dia. Dapatlah Mummy online kejap, layan BarnBuddy, HappyFarm, FarmVille dekat FB. Mummy kan petani virtual berjaya, duit dah beratus ribu, kalau la boleh tukar duit virtual tu dekat Bank Negara, tentu Mummy dah jadi kaya, kan?
Ashu yang nakal melampau tu rajin sangat tolong Mummy siapkan awak. Cakap je nak suruh tolong apa, semua dia buat. Nanti awak dah besar sikit, awak kena baik dengan Ashu tau, sebab Ashu tu sayang sangat kat awak. Ashu cakap kat Mummy, dia tak nak anak buah lain dah, dia nak awak sorang je. Pening Mummy nak layan kerenah Ashu.
Opah tu kan, selalu sangat tegur Mummy kalau Mummy kasar-kasar dengan awak. Ala, bukan Mummy sengaja, Mummy ni bukannya dari lahir terus jadi seorang ibu, banyak lagi benda yang Mummy kena belajar. Opah tu memang lebihkan awak dari Mummy, siap suruh Mummy pindah duduk dengan Daddy, tinggalkan awak dengan Opah. Weekend baru datang jenguk awak. Eh, mana boleh. Nanti mestilah Mummy nangis selalu sebab rindukan awak. Jangan risau, Mummy takkan tinggalkan awak tau, Sayang.
Pak Long, Cik Epah dengan Cik Ajim selalu bawak awak jalan-jalan, pusing-pusing ambik angin luar. Awak suka jalan-jalan kan? Kalau duduk dalam rumah, ada je akal awak nak merengek ajak Mummy jalan kat luar. Nanti la, tunggu awak dah besar sikit, Mummy bawak jalan-jalan jauh sikit ye? Sekarang ni, kita jalan depan rumah je la tau.
Sayang,
Awak jadi anak yang baik tau. Dengar cakap Mummy sama Daddy. Semua orang dalam rumah ni sayang awak sangat. Minum susu banyak-banyak tau supaya awak berjaya masuk White Zone secepat mungkin. Ingat tau, Mummy sayang awak sangat dan Mummy takkan tinggalkan awak. Much love, XOXO Sayang!
Love,
Your Mummy.
Sunday, February 07, 2010
Sebenarnya aku rasa kau ni gila annoying dan irritating amat. Most of our friends tahu yang kau bermasalah dengan suami kau, tapi kau sibuk nak complaint pasal suami orang lain. As if suami kau terbaik di dunia. Kalau kau rasa kau calon syurga, isteri mithali idaman para suami di luar sana, teruskan je la kehidupan kau dengan bahagia. Tak perlu kot kau nak compare dengan hidup orang lain.
Kau tak perlu pura-pura bahagia depan kami semua, nanti pantang bercakar sikit, kami jugak yang kau cari nak meraung mengadu nasib. Aku kesian amat setiap kali kau update status di FB, konon penuh bahagia menikmati syurga dunia segala, sebab aku tahu sangat perangai suami kau yang pasang awek sini sana. Cukuplah berpura-pura. Kau tak penat ke?
Aku tak pernah berminat nak tahu suami kau baik ke, jahat ke, curang ke, setia ke, tak perlu kot kau jaja cerita merata. Aku pun tak pernah rasa nak jaja cerita hidup aku macam mana, kau je yang sibuk nak ambik tahu, nak complaint hidup aku serba serbi tak kena. Kau tak penat ke aa? Sudah-sudahlah. Kita bukan budak kecik lagi. Ikut kau la nak berlakon hidup bahagia ke apa, jangan sibuk sangat nak ambik tahu hal aku boleh tak? Sebab aku pun tak berminat la nak tahu hidup kau macam mana. Tolonglah berhenti menjadi seorang yang annoying dan irritating. Meluat amat, tau tak?
Haih.
Haih.
Saturday, February 06, 2010
Hari ni buat Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul untuk Cikenit. Dalam dok cancel plan tu, berjaya jugak buat majlis untuk dia. Dah la cari kambing pun last minute, main google je, syukur sangat jumpa blog Encik Zul Seri Bumi Ternak, main calling-calling je. Dapat jugak kambing sekor untuk Cikenit. Kalau ikutkan untuk anak lelaki kena 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu, tapi Nabi dulu buat untuk cucu dia Hassan dan Hussin seorang sekor je, so ikut mana terbaik la.
Servis Encik Zul memang terbaik, highly recommended, siap boleh request potong daging kecik-kecik, dan permintaan khas orang surau, mintak buang gigi kambing siap-siap. Macam lawak, tapi Encik Zul ni pun layan je. Punya sempoi, anak buah dia mai hantar kambing dari Beranang ke Sungai Besi naik motor je. Kagum betul.
Overall, Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, lauk semua sedap, memang orang surau masak terbaik ah, berbaloi-baloi. Ayam goreng rempah 40 ekor, kambing sekor pun selamat jadi kari, untuk Tuan Rumah dapat bawak balik kuah je. Tetamu pun boleh tahan ramai jugak. Kawan-kawan yang datang pun stock CC clicks sama Geng Cik Kiah. Cik Yah yang ramai sangat jemputan, Alhamdulillah lauk semua cukup.
Sekarang ni, Cikenit pun dah botak licin. Baru la nampak lelaki. Selalu je orang silap ingat dia perempuan. Tapi tengok kepala dah dogol macam sedihla pulak. Lambat lagi nak tunggu rambut dia tumbuh lebat balik. Takpela, bersyukur sangat sebab dah lepas tuntutan untuk Aqiqah dia.
Marhaban & Berendoi
Tahnik & Cukur Jambul
Kasik potong sampai licin!
Sekejap je Cikenit dah nak masuk 2 bulan. Berat pun dah naik jadi 4.2kg. Pipi layut, dagu berlapis, rasa nak geget geget je selalu. Cepat betul la masa berlalu. Kang pejam celik, tau tau dah nak kena pi meminang anak dara orang. Harap Cikenit membesar dengan sihat dan sempurna, jadi anak yang taat, soleh, baik dan hormat semua orang. InsyaAllah
Sticky Mode Entry (until 06/02/2010)
Yes, you get it right.
I don't care who you are, where you are from (eh dah macam lagu BSB pulak)..
If you read this, consider yourself invited to this event.
Please email me at clieblie [at] gmail [dot] com for the formal invitation (with map included) to be sent to you.
Thanks.
Tuesday, February 02, 2010
Keadaan kesihatan Ayah makin teruk dari hari ke hari, tapi kami cuba tak fikirkan sangat, cuba yakinkan diri keadaan akan bertambah baik, semua penderitaan ni akan berakhir dengan kegembiraan. Terlalu banyak kesedihan dan kepayahan yang terpaksa kami hadapi, tapi mengenangkan ini semua dugaan yang Allah berikan dan Dia pasti tahu apa sebenarnya yang terbaik untuk kami, kami pujuk diri dan cuba sedaya-upaya untuk terus tabah dan bertahan.
Hidup ini terlalu singkat untuk dipenuhi dengan tekanan dan kesedihan. Orang luar hanya tahu melihat dan membuat taksiran sendiri, tapi hanya kami yang merasa pedih seksa dalam situasi runcing begini. Semoga akan ada sinar bahagia buat Ayah, dan Ayah akan kembali cergas, ceria dan sihat macam dulu. Dalam keadaan ni, memang penting untuk kami terus bersatu dan berkhidmat untuk Ayah, kerana entah esok lusa, entah ada lagi ke peluang untuk kami masih dapat lihat Ayah tersenyum bahagia. Semoga ada yang di luar sana, sudi untuk turut sama mendoakan kesejahteraan Ayah, mengharapkan segala yang terbaik.
Tuhan, kami masih perlukan Ayah di sisi, jadi tolong pinjamkan Ayah buat kami lama-lama lagi, ye? Terima kasih, Tuhan!
Subscribe to:
Posts (Atom)